BAB PERTAMA PENGENALAN 1 BAB PERTAMA PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Sejarah telah membuktikan bahawa warisan peradaban Melayu yang mendasari sosiobudaya masyarakatnya telah berkembang maju sehingga dapat memberi sumbangan yang besar di Kepulauan Melayu. Sumbangan tersebut terpancar dalam variasi ilmu antaranya melalui kosmologi agama, bahasa seperti peribahasa, pantun, perbilangan adat, kata-kata hikmat, ilmu perubatan tradisi, undang-undang Melayu lama dan lain-lain1. Ilmu-ilmu ini terlihat wujud dalam masyarakat Melayu sebagai gambaran manifestasi terhadap pembinaan intelektual bangsa yang beradab, bersopan, berinovasi dan berdedikasi terhadap budaya dan tamadun yang dibangunkan2. Ilmu perubatan Melayu tradisional menjadi salah satu aspek perbincangan ilmu yang giat diperbahaskan mulai seawal abad ke-17M lagi. Meskipun begitu, kajian mendapati bahawa abad ke-19M dilihat menjadi titik tolak yang merubah sejarah sosiobudaya, infrastruktur dan ekonomi di Tanah Melayu, sehingga ia memberi impak terhadap kajian ilmu yang baru untuk diperkenalkan dalam kalangan masyarakat, antaranya ialah ilmu perubatan tradisi. Perbahasan ilmu perubatan yang membabitkan perbincangan hal ehwal penyakit yang tular dalam hidup masyarakat, simptom- simptom, ramuan ubatan (materia medika) yang digunakan sebagai preskripsi rawatan, 1Aminudin Mansor. 2016. “Mencari Akar Persuratan Melayu”. Utusan Malaysia-Digital. Diakses pada 27 November http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/mencari-akar-persuratan-melayu. 2 Abdul Latiff Abu Bakar. 2012. Jati Diri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan dan Dasar Kerajaan dalam Buku Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia. Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1-34. 2 campuran rawatan Islam dan ilmu perbomohan menjadi salah satu aspek yang menarik untuk dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam. Dorongan terhadap pembinaan disiplin ilmu kesihatan yang mengaplikasikan penggunaan rawatan berasaskan flora dan fauna 3 ini berlaku disebabkan beberapa faktor utama antaranya ialah campur tangan British dalam usaha perkembangan dan pembinaan sistem kapitalis di Tanah Melayu4 untuk memenuhi keperluan golongan pelabur pada abad ke-19M telah membawa beberapa perubahan besar terhadap sosiobudaya masyarakat. Sistem yang diperkenalkan ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan buruh asing secara besar-besaran ke Tanah Melayu sehingga kepesatan perkembangan ekonomi negeri-negeri Melayu telah membawa kepada masalah sosial yang gawat seperti kegiatan kongsi gelap dan masalah kesihatan yang ketara dalam golongan imigran5. Hal ini telah mengakibatkan penularan penyakit berlaku akibat eksploitasi ekonomi yang dialami oleh negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British yang mana ianya bertambah serius apabila pihak British telah melakukan pembersihan tanah untuk estet, perkembangan kegiatan perlombongan dan tenaga buruh daripada golongan imigran yang dibawa ini tidak mempunyai sistem imun semula jadi. Malah, penyelia perkhidmatan perubatan ketika itu juga tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan6. 3 Arba’iyah Mohd Noor. 2014. Menyingkap Ilmu Perubatan Melayu Tradisional Menerusi Beberapa Manuskrip Terpilih Dalam Jurnal. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya, N 23, Bil 1, 24. 4 Amarjit Kaur. 1991. Semenanjung Tanah Melayu pada Abad Ke-19: Suatu Tinjauan Ekonomi dalam Masyarakat Melayu Abad ke-19. Jabatan Sejarah: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1. 5 Noraini Mohamed Hassan. 2008. Penyakit Tropika di Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896-1914. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1. 6 ibid. xv. 3 Penularan penyakit ini dikenali sebagai penyakit tropika iaitu penyakit berjangkit mengikut budaya setempat masyarakat7. Antara penyakit tropika yang tular pada waktu ini di Tanah Melayu adalah penyakit beri-beri, malaria dan penyakit usus8. Faktor yang kedua pula ialah pembersihan tanah dan penebangan hutan yang mengganggu sistem ekologi yang sedia ada serta penyakit berjangkit daripada binatang 9 . Keberhasilan daripada peristiwa ini, masyarakat Melayu telah bertindak mengambil inisiatif dalam menangani penyakit tropika melalui sistem rawatan kesihatan yang sistematik, yang mana terdapat suatu keperluan bagi kajian untuk meneliti usaha yang dilakukan oleh masyarakat Melayu akan kaedah yang terbaik yang dilakukan kepada herba-herba terpilih, untuk dijadikan sebagai ubat-ubatan bagi menangani penyakit yang muncul pada waktu tersebut. Berdasarkan hal ini, adalah penting untuk kajian ini menyoroti secara tuntas mengenai ilmu rawatan kesihatan yang diperkenalkan oleh para pengamal perubatan tradisi ini, antara lain mengenai preskripsi dan ramuan ubatan (materia medika) yang digunakan bagi menangani setiap penyakit yang wujud sepanjang proses penyakit ini muncul. 7 Dari sudut geografi, tropika merujuk kepada kawasan yang terletak dalam lingkungan latitud 23° 27´ U (Tropics of Cancer) dan 23° 27´ S (Tropics of Capricon) yang meliputi kawasan Asia Tenggara, Korea, Jepun, Australia dan lain-lain. Secara umumnya penyebab penyakit tropika dipecahkan kepada lima iaitu protozoa, bakteria, virus bolehturas dan rickettsiae, pemakanan dan penyakit yang disebabkan oleh parasit haiwan. Manakala, keadaan penyakit tropika ini tertakluk kepada dua keadaan iaitu penyakit yang sememangnya berasal dan hanya menular di kawasan tropika seperti demam kuning, denggi dan African trypanosomiasis. Dan yang kedua ialah penyakit yang menular di kawasan tropika dan zon iklim sederhana seperti malaria, beri-beri, disenteri, kusta, hawar dan kolera dilihat Noraini Mohamed Hassan. 2008. xiv. 8 ibid. xiv. 9 Baharudin & Aiza Maslan. 2011. Sistem Kuarantin dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu pada Sekitar Abad ke-19. Jurnal Sejarah: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. V19. 80. Diakses pada 23 Mei 2019 di https://doi.org/10.22452/sejarah.vol19no19.4 4 1.2 Permasalahan Kajian Penggunaan herba di kalangan masyarakat Melayu dalam merawat penyakit menunjukkan mereka mempunyai ketinggian intelektual dan kearifan tempatan sehingga mempunyai keupayaan dalam mengenal pasti tumbuhan yang boleh dijadikan ubat atau yang mengandungi racun. Hal ini disebabkan mereka mempunyai pengalaman dan ilmu dalam berinteraksi dengan alam semula jadi sehingga mampu untuk mengubati dan merawat penyakit menggunakan ramuan daripada tumbuh-tumbuhan. Penularan penyakit yang berlaku pada abad ke-19M menjadi salah satu asbab di mana pengamal perubatan ketika itu mencatat ramuan dan kaedah rawatan yang digunakan dalam menangani penyakit yang tular dan penyakit sedia ada menggunakan tumbuhan herba. Antara hasil catatan yang boleh kita lihat ialah Kitab Perubatan Melayu MS 33 yang siap ditulis pada abad ke-19 tahun 1288H bersamaan 1872M. Sepanjang penelitian penulis terhadap teks di dalam manuskrip perubatan MS 33, penulis mendapati tumbuhan daripada keluarga Zingiberaceae kerap digunakan dalam merawat penyakit pada ketika itu. Antara penyakit yang dirawat menggunakan herba daripada keluarga Zingiberaceae seperti demam kepialu, pening kepala, muntah, senak, medu, restung dan sebagainya. Penggunaan herba daripada keluarga Zingiberaceae telah menunjukkan herba ini sudah semestinya mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sehingga salah satu herba daripada keluarga Zingiberaceae iaitu halia terakam dalam ayat al- Quran iaitu dalam surah al-Insan. Firman Allah SWT: 5 ًلِيبَجْنَز اَهُجاَزِم َناَك اًْسأَك اَهيِف َنْوَقُْسيَو (Al-Quran. Al-Insan 76:17) Maksudnya: Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil". (Al-Quran. Al-Insan 76:17)10 Ayat ini menggambarkan tentang nikmat yang akan dirasai oleh penghuni syurga. Semua penghuni syurga akan diberi sejenis minuman yang dicampur dengan zanjabil yang mana kelebihan halia menurut al-Baghwiy ialah halia ini akan menambahkan lagi kesedapan minuman dan melancarkan sistem penghadaman yang mana ianya telah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Arab untuk mencampurkan halia dalam minuman mereka11. Memandangkan herba daripada keluarga Zingiberaceae ada disebut di dalam al- Quran dan ianya juga ada disebut di dalam manuskrip perubatan Melayu sebagai ramuan ubatan (materia medika) yang mampu merawat penyakit, maka ia telah mencetuskan idea kepada penulis untuk mengkaji tajuk ini di samping melihat manfaat penggunaan herba daripada keluarga Zingiberaceae ini. Hal ini dilihat sebagai suatu dorongan utama bagi penulis untuk melakukan kajian terhadap manfaat dan aplikasi penggunaan tumbuhan Zingiberaceae dalam merawat penyakit pada abad ke-19M 10 Surah al-Insan 76:17. Al-Qur’an al-Karim. Terjemahan ayat al-Quran berdasarkan karya Abdullah Basmeih. 1987. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 11 Saipolbarin Ramli. 2015. Istilah Tumbuh-tumbuhan Dalam Al-Quran Al-Karim: Kajian Leksikografi Dan Analisis Wacana Bahasa Arab. (Tesis Phd). Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya. 164- 165. 6 apabila salah satu herba daripada keluarga Zingiberaceae ini telah disebut di dalam al- Quran yang mana secara jelas ia menunjukkan keutamaan dan kelebihan tumbuhan herba tersebut. Selain itu, dorongan bagi mengkaji herba dari keluarga Zingiberaceae ini juga adalah dinilai melalui pertimbangan pakar perubatan tradisional iaitu Abdul Ghani Hussien yang mendakwa bahawa herba yang banyak digunakan dalam perubatan tradisi merupakan bahan sokongan dalam proses pembuatan ubatan moden. Manakala, tumbuhan herba yang kurang digunakan dalam perubatan tradisi merupakan bahan aktif dalam pemprosesan ubatan yang mana ianya menjadi bahan utama dalam proses mengubati penyakit 12 . Berdasarkan sorotan awal terhadap manuskrip MS 33 ini, penulis mempunyai hipotesis yang mana tumbuhan herba daripada keluarga Zingiberaceae ini berpotensi menjadi salah satu bahan aktif13 dalam merawat penyakit kerana kekerapan penggunaan herba ini dalam merawat penyakit yang tular dan penyakit sedia ada dalam MS 33 dalam lingkungan sederhana daripada keluarga herba yang lain seperti Apiaceae, Piperaceae dan Solanaceae. Selain itu, teks preskripsi dalam manuskrip MS 33 juga menunjukkan kesan positif penggunaan herba daripada keluarga Zingiberaceae dalam merawat dan mencegah penyakit pada waktu itu. 12Abdul Ghani Hussien. 2018. “Kajian Sains dan Tumbuhan Ubatan Melayu”. (Seminar). Conference On Natural Science and Heritage from Islamic Perspective (INSPIRE). Langkawi Seaview Hotel, Kedah. 6- 8 Ogos 2018. 13 Sifat bahan aktif ini adalah memberi kesan terapeutik iaitu kelegaan serta penyembuhan terhadap penyakit. ibid. 7 1.3 Persoalan Kajian Berdasarkan permasalahan kajian yang diulas di atas, maka dapat dirumuskan beberapa persoalan dalam kajian ini, antaranya ialah: i. Apakah sifat-sifat morfologi 14 dan biologi 15 herba terpilih daripada keluarga Zingiberaceae sehingga digunakan dalam merawat penyakit seperti yang tercatat di dalam manuskrip MS 33? ii. Apakah corak kandungan manuskrip kitab perubatan MS 33 dalam aspek aplikasi tumbuhan herba dan rawatannya? iii. Bagaimanakah penggunaan herba terpilih daripada keluarga Zingiberaceae diaplikasikan dalam merawat penyakit seperti yang tercatat dalam MS 33? 1.4 Objektif Kajian Sehubungan dengan itu, kajian ini mempunyai beberapa objektif utama yang ingin dicapai, antaranya seperti berikut: i. Mengidentifikasikan sifat-sifat morfologi, biologi dan manfaat tumbuhan herba daripada keluarga Zingiberaceae seperti yang tercatat dalam manuskrip perubatan MS 33. ii. Mengkaji corak kandungan karya perubatan Melayu MS 33 daripada aspek sejarah, deskripsi dan literasi teks serta menghasilkan transliterasi terhadap teks terpilih MS 33. 14 Kajian mengenai proses pertumbuhan dan ekologi sesuatu tumbuhan. Rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat di Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu dicapai pada 28 May 2019 di http://prpmv1.dbp.gov.my 15 Ilmu pengetahuan tentang keadaan dan sifat makhluk hidup (termasuk manusia, binatang dan tumbuh- tumbuhan). Rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat di Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu dicapai pada 28 May 2019 di http://prpmv1.dbp.gov.my 8 iii. Menganalisis aplikasi herba daripada keluarga Zingiberaceae dalam merawat penyakit sebagaimana yang tercatat dalam manuskrip MS 33. 1.5 Skop Kajian Dalam melakukan kajian terhadap “Aplikasi Herba Daripada Keluarga Zingiberaceae Dalam Kitab Perubatan Melayu: Transliterasi Dan Analisis Teks Terpilih Daripada MS 33”, penulis membahagikan skop kajian kepada beberapa fokus utama iaitu: 1.5.1 Pemilihan kepada manuskrip perubatan MS 33 ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu: i. Manuskrip perubatan yang dipilih ini mewakili korpus kitab Tib yang lain yang terdapat dalam koleksi-koleksi manuskrip di dalam dan luar negeri. Manuskrip perubatan ini adalah koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka dan diberi nombor MS 33. Manuskrip ini antara manuskrip yang lama dari segi usia penyalinannya iaitu 154 tahun mengikut perkiraan tahun hijrah. Catatan yang terdapat di dalam manuskrip tersebut mengesahkan usia manuskrip yang dipilih ini selesai disalin pada bulan syawal 1288H bersamaan 1872M. Manuskrip ini setebal 491 folio yang mana ianya dicatat oleh Muhammad Salleh bin Ahmad Penambang. Manuskrip ini dipercayai milik Raja Besar Kelantan berdasarkan cop mohor kerajaan Kelantan pada folio akhir manuskrip ini16. 16 Pisol Bin Maidin. 1995. Konsep Kesihatan Dan Etnofarmakologi: Satu Kajian Falsafah Berdasarkan Beberapa Naskhah Manuskrip Perubatan Tradisional (Bustan Al-Salatin, Kitab Tibb Dan Taiyib Al- Ihsan). (Disertasi Master). Fakulti Sains Universiti Malaya. 161-162. 9 ii. Manuskrip MS 33 merupakan salah satu daripada karya ilmu perubatan Melayu yang dianggap unik dengan ciri-cirinya yang istimewa dan tersendiri. Pertama, keadaan naskhahnya yang kemas dan cantik, tulisan tangannya mudah dibaca dan menggunakan khat riq’ah. Kemahiran menulis ini menunjukkan bahawa penyalinnya sudah tentu seseorang yang mahir dengan tulisan jawi dan Arab. Selain itu, susunan pembicaraannya juga sistematik dengan disertai fahrasat yang membantu memudahkan rujukan. Manuskrip ini dibahagikan kepada 147 fasal dan setiap fasal mengandungi beberapa bab tertentu. Manakala daripada segi kandungannya, sesuai dengan konsep dan tradisi penulisan kitab-kitab tib dalam tradisi penulisan ilmu tradisional Melayu. iii. Selain itu, manuskrip MS 33 ini memperlihatkan satu gambaran sistem perubatan Melayu tradisional yang mengekalkan semua unsur dalam proses difusi budaya dan pengetahuan17. Selain itu, ianya merupakan catatan manuskrip yang lengkap dari aspek pernyataan maklumat dan cara rawatan menggunakan herba daripada keluarga Zingiberaceae. Maka, fokus penulis dalam kajian ini akan tertumpu kepada preskripsi teks yang menggunakan tumbuhan daripada keluarga Zingiberaceae dalam merawat penyakit seperti yang tercatat dalam manuskrip perubatan MS 33. 17 ibid. 176. 10 1.5.2 Skop kajian ini juga terbatas kepada pemilihan keluarga Zingiberaceae berdasarkan sorotan dan analisis awal penulis terhadap 5 buah manuskrip perubatan yang menggunakan herba ini dalam merawat penyakit. Berdasarkan Jadual 1 di bawah, manuskrip bernombor MS 33 merupakan antara manuskrip yang mempunyai sebutan atau penggunaan keluarga Zingiberaceae yang terbanyak iaitu sebanyak 266 sebutan dan kebanyakan preskripsi yang disebut adalah lengkap. Jadi, dalam kajian ini penulis memfokuskan kajian herba daripada keluarga Zingiberaceae dilakukan terhadap manuskrip MS 33. Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Keluarga Zingiberaceae Dalam Merawat Penyakit Bil. Tumbuhan Herba Keluarga Zingiberaceae Kekerapan Penggunaan Dalam Merawat Penyakit MSS 2502 MS 33 MSS 1653 MSS 1754 Mengenai Macam- Macam Khasiat 1 Halia (Zingiber Officinale Roscoe) 16 59 1 6 15 2 Lempoyang (Zingiber Zerumbet (L.) Roscoe) 5 8 0 2 0 3 Cekur (Kaempferia Galanga) 6 30 1 2 0 4 Kunyit (Curcuma Longa) 29 75 1 20 16 5 Lengkuas (Alpinia Galangal) 11 8 1 2 3 6 Temu kunci (Boesenbergia Pandurata) 0 3 0 0 0 7 Temu putih/temu kuning (Curcuma Zedoaria) 10 13 0 0 1 8 Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza) 2 8 0 0 1 9 Temu hitam (Curcuma Aeruginosa) 0 1 0 0 0 10 Halia bara 0 15 0 1 0 11 (Zingiber Officinale Var Rubrum) 11 Bonglai (Zingiber cassumunar) 12 46 0 0 0 Jumlah 91 266 4 33 36 Sumber: Kitab Ilmu Perubatan MS 33 1.5.3 Fokus kajian ini juga terbatas kepada pengaplikasian herba daripada keluarga Zingiberaceae dalam merawat penyakit seperti yang tercatat di dalam manuskrip perubatan MS 33. Antara faktor pemilihan keluarga Zingiberaceae juga adalah disebabkan salah satu herba daripada keluarga ini ada disebut di dalam al-Quran secara khusus iaitu perkataan halia atau bahasa arabnya zanjabil. Firman Allah SWT: ًلِيبَجْنَز اَهُجاَزِم َناَك اًْسأَك اَهيِف َنْوَقُْسيَو (Al-Quran. Al-Insan 76:17) Maksudnya: Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil" (Al-Quran. Al-Insan 76:17). Maka daripada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa herba daripada keluarga Zingiberaceae ada manfaat dan kelebihan yang perlu diterokai. Antara tumbuhan daripada keluarga Zingiberaceae yang akan menjadi fokus dalam kajian ini ialah Halia (Zingiber Officinale Roscoe), Lempoyang (Zingiber Zerumbet (L.) Roscoe Ex Sm), Cekur (Kaempferia Galanga), Kunyit (Curcuma Longa), Lengkuas (Alpinia Galanga), Temu kunci (Boesenbergia Pandurata), Temu putih atau temu kuning (Curcuma Zedoaria), Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza), Temu hitam (Curcuma Aeruginosa), Halia bara (Zingiber Officinale Var Rubrum) dan Bonglai (Zingiber cassumunar). 12 Dalam kajian ini, penulis akan cuba memperlihatkan betapa pentingnya manuskrip perubatan MS 33 iaitu karya ilmuan terdahulu dalam membina tamadun dan jati diri masyarakat Melayu. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini penting sebagai salah satu usaha membantu memperkayakan lagi sumber-sumber dan bahan rujukan yang menyentuh mengenai isu ilmu perubatan tradisi yang dirakamkan di dalam manuskrip melayu lama, sebagai lambang keunggulan ilmu dan ketinggian intelektual masyarakat Melayu silam. Perbincangan kajian ini juga merupakan maklum balas yang berfaedah di dalam usaha mengangkat martabat keunggulan manuskrip perubatan Melayu sebagai sumber sejarah Melayu yang boleh dipercayai dan sesuai digunakan oleh generasi akan datang sama ada dalam bidang sains, perubatan, sastera mahupun pengajian kontemporari. Selain itu, kajian ini menonjolkan kelebihan dan khasiat herba daripada keluarga Zingiberaceae dalam merawat kepelbagaian penyakit menurut sudut pandang korpus alam Melayu dan pengamal-pengamalnya. Akhir sekali, kajian ini diharapkan mampu menjadi contoh yang baik di dalam usaha menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat masa kini bahawa catatan perubatan yang ada pada manuskrip Melayu masih relevan untuk digunakan dalam kajian kotemporari pada masa kini. 13 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Tumbuhan Herba Istilah herba secara am bermaksud semua jenis tumbuhan yang mana-mana bahagiannya termasuk daun, batang, buah, kulit batang, akar ataupun bunga yang mempunyai nilai perubatan ataupun digunakan dalam masakan. Tumbuhan herba juga dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu tumbuhan liar, tumbuhan hiasan, sayuran, ulam dan rempah. Di dalam kajian H.C Ong, beliau mengklasifikasikan sebanyak 54 jenis herba yang digunakan oleh penduduk setempat untuk menyembuhkan penyakit ringan. Selain itu, menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat lebih daripada 2000 hingga 3000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia telah digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional. Manusia yang mendiami dengan tumbuh- tumbuhan dapat mengenal pasti dan dapat membezakan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan dan mengandungi racun. Ini menunjukkan sejak zaman berzaman, mereka sudah mempunyai ilmu untuk mengubati dan menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan bahan daripada tumbuh-tumbuhan18. 1.7.2 Keluarga Zingiberaceae Zingiberaceae adalah salah satu suku anggota tumbuhan herba yang berbunga dan termasuk dalam bangsa Zingiberales daripada jenis Commelinids 19 . Zingiberaceae merupakan familia terbesar dari biologi Zingiberales, dengan perkiraan 50 genus dan lebih lebih dari 1000 spesies yang mana tanaman jenis ini banyak ditemukan di daerah 18Ong HC et. al. 2011. “Traditional Knowledge of Medicinal Plants Among The Malay Villagers In Kampung Tanjung Sabtu, Terengganu Malaysia”. Indian Journal of Traditional Knowledge. Vol.10. Julai. 460-465. 19Commelinids adalah sekumpulan empat bangsa dan satu suku yang monofiletik dan memiliki keterkaitan taksonomi yang kuat, baik dari segi fenotipe maupun dari sisi molekul. Keempat bangsa ini adalah arecales, commelinales, poales, dan zingiberales. Tokawa H et. al. 2008. Recent Advances In The Investigation Of Curcuminoids. Chinese Med 3. 11. 14 tropika, khususnya di kawasan Asia Tenggara20. Tanaman ini biasa digunakan sebagai tanaman hias, perasa dalam makanan dan ubat tradisional. Masyarakat Cina zaman dahulu menggunakan rizom dari tanaman ini sebagai ubat pencernaan, hepatitis, penyakit kuning, diabetes dan infeksi bakteria. Malah, dalam perubatan tradisi masyarakat Melayu juga ada catatan mengenai penggunaan tumbuhan herba daripada keluarga Zingiberaceae dalam merawat penyakit seperti penyakit demam, sakit kepala, muntah, loya dan sebagainya21. Antara 11 jenis herba daripada keluarga zingiberacea yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah Halia (Zingiber Officinale Roscoe), Lempoyang (Zingiber Zerumbet (L.) Roscoe Ex Sm), Cekur (Kaempferia Galanga), Kunyit (Curcuma Longa), Lengkuas (Alpinia Galanga), Temu kunci (Boesenbergia Pandurata), Temu putih/temu kuning (Curcuma Zedoaria), Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza), Temu hitam (Curcuma Aeruginosa), Halia bara (Zingiber Officinale Var Rubrum) dan Bonglai ((Zingiber cassumunar). 1.7.3 Kitab Perubatan Melayu MS 33 Kitab Perubatan Melayu ialah sebuah manuskrip yang merujuk kepada sebarang naskhah bertulisan tangan sama ada ditulis pada kertas, kulit, daun, buluh dan sebagainya. Manuskrip perubatan Melayu dikenali dengan istilah Arab iaitu Kitab Tib atau Tibb yang bermaksud “kitab ubat”, “kitab perubatan” atau “ilmu perubatan”. Terdapat lebih kurang 100 manuskrip tentang ilmu perubatan Melayu yang ditulis ratusan tahun dahulu. Kebanyakan manuskrip ini sebenarnya catatan pelajar semasa mereka berguru dengan pengamal perubatan yang mahir. Salah satu keistimewaan 20 T.K.Lim. 2014. Edible Medicinal and Non-Medicinal Plants: Volume 8 Flowers. London: Springer Dordrecht Heidelberg New York. 857. 21 Abdul Ghani Hussain. 2015. MSS 2999 Kitab Tib Pandangan Dan Tafsiran Perubatan Moden Terhadap Manuskrip Perubatan Melayu. Kepong: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, xvi. 15 manuskrip perubatan Melayu ialah mempunyai satu set sistem dan pendekatan yang eksklusif daripada segi konsep terhadap penyakit, mendiagnos penyakit, merawat penyakit, pantang larang dan cara mengelak penyakit. Selain itu, kandungan di dalam manuskrip tidak terbatas kepada mengubati penyakit malah ianya juga membicarakan mengenai cara menjadi tabib, ilmu mengenali tumbuhan herba dan sebagainya22. Kitab ilmu perubatan MS 33 merupakan manuskrip yang mempunyai 491 folio yang ditulis oleh Muhammad Salleh bin Ahmad Penambang. Seterusnya, kitab ini mengandungi 20 susunan baris pada setiap muka surat dan bilangan perkataan pada setiap baris adalah tidak tetap dan berbeza bagi setiap folio. Setelah diteliti, jenis kertas yang digunakan ialah kertas Eropah dan kitab ini telah melalui pembukuan secara “codex”. Selain itu, kitab ini ditulis dalam tulisan jawi rumi menggunakan dakwat hitam dan kaedah tulisan yang digunakan menyerupai jenis tulisan khat riq’ah. Di samping itu, kitab ini selesai ditulis pada tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masihi namun begitu, tarikh bermulanya penulisan tersebut tidak dinyatakan oleh penulis. Menurut catatan yang ada di kitab ini, tempat asal kitab ini ialah negeri Kelantan dan merupakan kepunyaan Raja Besar Kelantan (Sultan Muhamad II, memerintah dari 1839-1886). Di samping itu, semasa dijumpai kitab ini berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai kulit keras berwarna merah. Hasil daripada kajian yang dilakukan, terdapat beberapa pengulangan perkataan yang terdapat dalam kitab ini antaranya ialah bab ubat, afiat, lumat-lumat, giling, rebus dan bedakkan23. Antara kandungan yang 22 Muhammad Salleh bin Ahmad Penambang. 1872. Kitab Ilmu Perubatan MS 33. Koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka, diakses melalui Perpustakaan Universiti Malaya, http://spcats.umlib.um.edu.my/mymanuskrip. 23 A. Samad Ahmad. 1982. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 7. 16 dibincangkan di dalam MS 33 ialah petua rawatan penyakit barah, penyakit kayap, ubat sengal, sakit perut atau sembelit, merawat letih lesu badan dan sebagainya. 1.8 Sorotan Literatur Kajian mengenai aplikasi herba daripada keluarga zingiberaceae dalam kitab Perubatan Melayu dalam manuskrip MS 33 tidak banyak lagi diterokai secara mendalam oleh para sejarawan. Bahagian ini membincangkan tentang kajian berkaitan yang pernah dilakukan oleh para penyelidik untuk menambah baik dan mencari kesinambungan terhadap kajian yang bakal dikaji oleh penulis selain mengetahui sejauh mana tahap pencapaian kajian-kajian lepas dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan agama khususnya. Lazimnya, penulis akan menyoroti beberapa sumber rujukan yang dikira berautoriti sama ada buku-buku, beberapa naskhah tesis dan disertasi peringkat pengajian sarjana dan doktor falsafah serta artikel jurnal tempatan dan luar negara. Perbincangan dalam bahagian ini dibahagikan kepada tiga tema iaitu: i. Tema: Manuskrip Perubatan Melayu ii. Tema: Tumbuhan Herba iii. Tema: Keluarga Zingiberaceae 1.8.1 Tema: Manuskrip Perubatan Melayu 1. Buku “Warisan Perubatan Melayu” oleh A. Samad Ahmad, (1982)24. Buku yang dihasilkan oleh A. Samad Ahmad iaitu “Warisan Perubatan Melayu” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang mana ia merupakan sebuah buku mengenai ubat-ubatan tradisional Melayu. Berdasarkan pemerhatian penulis, 24 ibid. 20. 17 kandungan yang dibincangkan dalam buku ini membincangkan senarai kandungan dan mukadimah manuskrip perubatan MS 33. Buku ini merupakan ringkasan beberapa bahagian dalam teks manuskrip dan meninggalkan bahagian-bahagian yang lain seperti penyakit-penyakit ketumbuhan. Kajian ini merupakan satu usaha yang perlu dihargai kerana tidak ramai golongan terpelajar yang menunjukkan minat terhadap warisan masyarakat Melayu. Sebagai penyunting, A. Samad Ahmad telah memberi penjelasan kepada beberapa perkataan yang memerlukan perincian lanjut. Malah, beliau juga turut menyediakan glosari yang memuatkan perincian bagi istilah-istilah yang ditemui dalam manuskrip tersebut. Secara keseluruhannya, beliau hanya memaparkan kandungan teks tanpa sebarang perbincangan atau analisis dan buku yang ditulis oleh beliau merupakan bentuk ringkasan secara umum dan tidak berfokus kepada tumbuhan Zingiberaceae. Dalam kajian manuskrip MS 33, A.Samad Ahmad merupakan orang pertama yang melakukan transliterasi walaupun tidak secara menyeluruh dan penulis menjadikan buku A.Samad Ahmad sebagai panduan dan rujukan dalam melakukan kajian ini. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh penulis akan membincangkan dari sudut kekerapan penggunaan herba dalam perubatan tradisional Melayu. Hal ini untuk memudahkan para pengkaji lain untuk menyelidiki secara ilmiah khasiat sesuatu jenis tumbuh-tumbuhan yang banyak digunakan dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Buku ini sangat membantu penulis dalam memahami sudut pandang masyarakat terdahulu terhadap ilmu kesihatan dan perubatan penyakit. Selain itu, ia juga membantu dan memberi gambaran awal kepada penulis dalam memahami teks manuskrip MS 33 ketika dalam proses transliterasi teks terpilih. 18 2. Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu oleh Harun Mat Piah (2006)25. Kajian ini merupakan hasil usaha beliau selama memegang tanggungjawab sebagai Mualim Tamu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2002. Kajian Harun memaparkan kepelbagaian kandungan 10 buah Kitab Tib iaitu MSS 300, MSS 747, MSS 758, MSS 1078, MSS 1292, MSS 1653, MSS 2219, MSS 2515, MSS 2590 dan MSS 1792. Harun menggunakan MSS 2515 sebagai teks dasar dan manuskrip yang lain dijadikan sebagai rujukan dan juga perbandingan. Berdasarkan pemerhatian penulis karya Harun ini mengandungi tujuh bab yang mana ianya juga mempunyai glosari untuk istilah-istilah umum dan glosari untuk istilah saintifik. Tujuh bab tersebut ialah pengenalan, syarat menjadi tabib dan hal ehwal mengenal penyakit, petua-petua umum untuk kesihatan diri, pengubatan penyakit melalui doa, jampi dan mantera, demam kepialu dan lain-lain penyakit. Walau bagaimanapun Harun hanya memilih beberapa teks yang berkaitan dalam manuskrip yang disenaraikan tadi dan meletakkannya mengikut kesesuaian pembahagian bab yang telah dilakukan. Maka dalam kajian ini, penulis akan menambah baik dengan memfokuskan kepada kaedah rawatan menggunakan tumbuhan herba daripada keluarga Zingiberaceae yang terkandung dalam MS 33 Kitab Ilmu Perubatan. Buku ini juga telah membantu penulis untuk memahami dengan mendalam mengenai sosio budaya masyarakat terdahulu melalui bahasa dan gaya hidup mereka pada ketika itu. 25 Harun Mat Piah. 2006. Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, 436. 19 3. Kitab Ubat Tradisional oleh Harun Mat Piah (2004)26. Di dalam karya ini, Harun membicarakan kandungan teks yang terkandung dalam khazanah lama sains iaitu sebuah kitab Tibb dari koleksi Muzium Negeri Terengganu berjudul Ubat Tradisional. Dalam teks ini, sesuatu jenis penyakit dikumpul dan dibicarakan dalam satu bab, diikuti penyakit lain dalam bab lain. Pembahagian dan urutan bab ini disenaraikan dalam fahrasat di folio awal teks. Dari segi penggunaan bahasa, teks ini menampakkan ciri-ciri dialek Terengganu terutama pada perkataan- perkataan yang berakhir dengan konsonan n, m dan ng. Demikian juga pada menggugurkan bunyi konsonan-konsonan itu di tengah beberapa perkataan seperti mudah dan muntah. Secara keseluruhannya, teks ini membicarakan penyakit-penyakit biasa dan kronik, bersama ubat dan rawatannya. Ia meliputi pengubatan penyakit, penggunaan dan penamaan ramuan, sukatan dan timbangan, sukatan waktu, kaedah pembuatan dan penggunaan ubat serta pantang larang yang jika dilakukan boleh menjejaskan matlamat pengubatan. Walau bagaimanapun, perbahasan yang terkandung dalam karya ini hanya menghuraikan dan mentransliterasi kandungan yang terdapat dalam kitab Tib ini secara umum. Hal ini menampakkan perbezaan yang mana kajian yang ingin dilakukan oleh penulis sangat berbeza yang mana berfokuskan kepada keseluruhan manuskrip dari aspek penggunaan tumbuhan herba Zingiberaceae sebagai ramuan ubatan dan impaknya dalam perubatan moden. 26 Harun Mat Piah. 2004. “Kitab Ubat Tradisional”. Seminar Kajian Naskhah Kesultanan Melayu IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur diakses di OPAC-Online Public Access Catalog http://www.pustaxa.dbp.gov.my 20 4. Konsep Kesihatan Dan Etnofarmakologi: Satu Kajian Falsafah Berdasarkan Beberapa Naskhah Manuskrip Perubatan Tradisional (Bustan Al-Salatin, Kitab Tibb Dan Taiyib Al-Ihsan) oleh Pisol Bin Maidin (1995)27 Disertasi ini mengenai ilmu etnofarmakologi iaitu mengkaji dan menyelidik ramuan ubatan sama ada daripada tumbuhan, mineral dan haiwan yang digunakan oleh sesuatu bangsa termasuklah kaedah-kaedah yang digunakan dalam pemilihan dan cara merumus ubat, racun dan antidote. Kajian yang dilakukan ini untuk memberikan kefahaman tentang ramuan ubatan yang digunakan oleh masyarakat tradisional dan rasional penggunaannya. Pendekatan yang digunakan oleh Pisol, dengan memberi kefahaman dari sudut falsafah dari aspek rasional pemilihan bahan, konsep kesihatan, aspek kosmologi, aspek epistemologi dan pandangan alam orang Melayu mengenai ilmu perubatan. Dalam kajian ini Pisol telah menganalisis 3 naskhah manuskrip dari sudut persamaan dan perbezaan doktrin perubatan yang terkandung di dalamnya secara umum. Walau bagaimanapun, disertasi ini tidak membincangkan secara terperinci mengenai tumbuhan herba yang digunakan dalam merawat penyakit, preskripsi dan aplikasi herba Zingiberaceae. Maka, kajian penulis akan menambah baik dari aspek penelitian rawatan dan manfaat penggunaan tumbuhan herba Zingiberaceae dari aspek perubatan tradisi dan perubatan moden dalam merawat penyakit tropika yang ada di Malaysia. 27Pisol Bin Maidin. 1995. Konsep Kesihatan Dan Etnofarmakologi: Satu Kajian Falsafah Berrdasarkan Beberapa Naskhah Manuskrip Perubatan Tradisional (Bustan Al-Salatin, Kitab Tibb Dan Taiyib Al- Ihsan). (Disertasi Master). Kuala Lumpur: Fakulti Sains Universiti Malaya,164. 21 5. Kitab Tibb (MSS 489): Kepelbagaian Jenis Penyakit Dan Bahan-Bahan Perubatan oleh Abdul Razak Abdul Karim (2002)28. Menerusi artikel Abdul Razak ini, beliau memaparkan pelbagai jenis penyakit dan bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Jenis penyakit dibuat berdasarkan jantina, umur pesakit sama ada kanak-kanak ataupun orang tua, bahagian badan dan jenis penyakit yang dihidapi secara fizikal ataupun spiritual. Penyakit yang khusus bagi golongan wanita adalah seperti keguguran, meroyan, resdung dan penyakit khusus bagi lelaki yang dinyatakan dalam kitab ini hanya dua jenis iaitu penyakit palam (penyakit lelaki yang tersumbat saluran kencing) dan penyakit purut (bahagian telur lelaki yang membengkak akibat daripada angin yang menyerang bahagian tersebut). Penyakit yang tidak dinyatakan jantina pula ialah seperti bisul, kayap, demam, lumpuh, dan sebagainya yang mana setiap jenis penyakit ini dibahagikan pula kepada sub-jenis yang berlainan. Misalnya sakit perut dibahagikan kepada sakit perut tajam, sakit perut cirit, sakit perut muntah, sakit perut mencucuk-cucuk dan sebagainya. Walau bagaimanapun kajian ini hanya berfokuskan kepada jenis penyakit yang terdapat dalam Kitab MSS 489 tanpa perincian dan analisis yang mendalam. Maka dalam kajian yang dilakukan oleh penulis, penyakit yang dinyatakan tidak berfokuskan kepada jantina tetapi dikategorikan dan berfokuskan kepada penggunaan herba daripada keluarga Zingiberaceae seperti halia, lempoyang, kunyit, cekur, lengkuas dan lain-lain dalam merawat penyakit. 28Abdul Razak Abdul Karim. 2002. “Kitab Tibb (MSS 489): Kepelbagaian Jenis Penyakit Dan Bahan- Bahan Perubatan”. Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Jilid 10. 77. 22 6. Penyakit Demam Dalam Perspektif Hadith Dan Manuskrip Pengubatan Melayu [Kitab Bermacam-Macam Khasiat]: Satu Analisis oleh Nurulwahidah Fauzi (2019)29. Menerusi artikel Nurulwahidah et.al ini, beliau membincangkan mengenai rawatan penyakit demam dari aspek hadis berdasarkan sumber al-Kutub al-Sittah dan dari aspek perubatan Melayu berdasarkan Kitab Bermacam-Macam Khasiat. Artikel ini menilai persamaan dan menganalisis perbezaan dalam merawat penyakit demam dari sudut falsafah perubatan, kaedah penyediaan ubatan dan kaedah rawatan. Hasil kajian mendapati perbincangan mengenai demam dalam al-Kutub al-Sittah mempunyai sembilan hadis yang membincangkan tentang demam dan rawatannya, bahan rawatan demam, doa yang sesuai menjadi ruqyah bagi rawatan demam dan teknik rawatan demam. Manakala, dalam Kitab Bermacam-macam Khasiat membincangkan jenis materia medika berdasarkan penyakit demam seperti demam lumpuh, demam lenguh lumpuh dan ubat demam. Walaupun terdapat perbezaan dari sudut falsafah perubatan yang mana dalam perubatan Melayu menekankan kaedah ubatan campuran dengan mempelbagaikan campuran herba dan perubatan yang disarankan Nabi SAW menggunakan kaedah rawatan tunggal yang mengaplikasikan sesuatu bahan terhadap sesuatu jenis penyakit, artikel ini sebenarnya membantu penulis memahami jenis-jenis perubatan yang ada dalam bidang ini. Hal ini kerana dalam Kitab Ilmu Perubatan MS 33 mengaplikasikan kaedah ubatan tunggal dan kaedah ubatan campuran. Oleh kerana artikel ini hanya memfokuskan mengenai penyakit demam, maka kajian yang dilakukan oleh penulis akan membincangkan lebih lanjut mengenai jenis-jenis penyakit yang dirawat menggunakan herba daripada keluarga Zingiberaceae. 29Nurulwahidah Fauzi, Khadher Ahmad & Wan Noor Azila. 2019. “Penyakit Demam Dalam Perspektif Hadith Dan Manuskrip Pengubatan Melayu (Kitab Bermacam-Macam Khasiat): Satu Analisis”. Al- Bayan Journal of Quran and Hadith Studies. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. V17. 87-124. 23 1.8.2 Tema: Herba dan Tumbuh-tumbuhan 1. Medicines in Malay Villages oleh Roland Werner (2002)30. Manakala Roland Werner (2002) pula membincangkan mengenai pengubatan di kampung-kampung Melayu di dalam bukunya Medicines in Malay Villages. Kelebihan yang terdapat di dalam buku ini ialah Roland memuatkan mengenai pengemaskinian nama-nama botani, membahaskan mengenai pengubatan di kampung Melayu yang memuatkan nama-nama botani dalam bahasa Melayu dan kegunaan tumbuhan tersebut dalam merawat penyakit. Selain itu, di bahagian yang lain diberi judul The Medical Book Of Malayan Medicine yang membincangkan mengenai kepelbagaian kaedah untuk merawati sesuatu penyakit seperti demam kepialu, sembelit, resdung, bengkak- bengkak dan demam kura. Kaedah rawatan ini pula melibatkan penggunaan tumbuh- tumbuhan yang dijadikan ramuan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, buku ini hanya membahaskan penyakit yang dirawat serta materia medika secara umum. Jadi, dalam kajian penulis akan menambah baik dari aspek penglibatan penggunaan tumbuhan herba secara khusus daripada keluarga zingiberaceae yang dilihat dari perspektif ilmu tradisional iaitu catatan manuskrip perubatan MS 33 dan sains perubatan moden. 30 Roland Werner. 2002. Medicines in Malay Villages. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 12. 24 2. “Istilah Tumbuh-tumbuhan Dalam Al-Qur’an Al-Karim: Kajian Leksikografi Dan Analisis Wacana Bahasa Arab” ditulis oleh Saipolbarin Ramli (2015) 31. Kajian yang dilakukan oleh Saipolbarin Ramli membincangkan tumbuh- tumbuhan dalam al-Quran dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Perbincangan ini untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh- tumbuhan yang dilengkapkan dengan disiplin ilmu tafsir, hadis, balaghah, pertanian, perubatan dan geografi. Penulis melihat kajian ini telah membuka ruang penyelidikan baharu dalam pelbagai bidang seperti sains pertanian, sains perubatan, fiqh pertanian dan lain-lain. Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh Saipolbarin hanya tertumpu kepada perbincangan mengenai tumbuhan yang dinyatakan dalam al-Quran secara umum. Manakala, kajian yang akan penulis lakukan ini melibatkan aplikasi penggunaan tumbuhan daripada keluarga Zingiberaceae secara khusus dari aspek penggunaannya dalam merawat penyakit seperti yang tercatat dalam manuskrip MS 33. 3. “Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru” oleh Dr. Khadher Ahmad (2015). Artikel mengenai, “Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru” yang ditulis oleh Dr. Khadher ini membentangkan analisis bibliometrik terhadap sorotan literatur berhubung kapur barus yang merupakan salah satu herba tradisi alam melayu. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan kaedah carian yang memfokuskan semua bahan ilmiah lepas dan 31 Saipolbarin Ramli. 2015. Istilah Tumbuh-tumbuhan Dalam Al-Qur’an Al-Karim: Kajian Leksikografi Dan Analisis Wacana Bahasa Arab. (Tesis PhD). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 317. 25 pembahagian bidang utama berhubung kapur barus32. Kajian ini merupakan satu kajian baru dalam bidang pengajian Islam yang mana aliran kajian yang melibatkan kapur barus sebelum ini berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Meskipun kajian ini telah membuka ruang penyelidikan baru, namun ia tidak menyentuh dari aspek manuskrip perubatan Melayu yang mana khazanah masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan bidang pengajian Islam. Maka, dalam kajian yang dilakukan oleh penulis akan menambah baik dari aspek sumber utama yang mana penulis menjadikan teks utama datang daripada manuskrip perubatan Melayu iaitu kitab MS 33 yang berfokuskan kepada penggunaan tumbuhan herba keluarga Zingiberaceae. 4. “The Scientific Values of Malaysian Herbal Products” oleh Ibrahim Jantan (2006)33. Artikel ini mengkaji nilai sebenar produk herba Malaysia dalam aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan sebagai agen pengawetan. Dengan demikian ia menentukan kepentingan ubat herba sebagai alternatif atau pelengkap kepada ubat konvensional. Di dalam artikel ini menyatakan kebanyakan produk herba di pasaran Malaysia kurang maklumat tentang ramuan, petunjuk, dos, farmakologi, kontraindikasi dan kemungkinan kesan sampingan. Kebanyakan maklumat yang diterbitkan mengenai bukti keselamatan dan keberkesanan produk tidak disokong dengan bukti saintifik kerana perubatan tradisional masih bergantung kepada maklumat yang diperoleh melalui pengalaman. Artikel ini memudahkan penulis memahami sistem dan keperluan perubatan tradisional yang memerlukan bukti saintifik materia medika yang digunakan 32 Khadher et.al. 2015. “Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Penyelidikan Baru”. Jurnal Intelek. Perlis: Universiti Teknologi Mara. Vol 10. No1. 12-24. 33 Ibrahim Jantan. 2006. The Scientific Values of Malaysian Herbal Products. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. V4. No.1. 59-70. 26 agar kualiti ubatan yang dihasilkan mempunyai manfaat dan selamat digunakan. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya membahaskan secara umum berkaitan aspek kualiti dan keberkesanan tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia. Jadi, dalam kajian ini penulis akan menambah baik dengan menganalisis tumbuhan herba daripada keluarga Zingiberaceae seperti yang tercatat dalam manuskrip MS 33 dan melihat sama ada herba Zingiberaceae yang digunakan dalam rawatan tradisional ini boleh dibangunkan sebagai satu produk yang mana fungsi dan manfaatnya tetap sama. 5. “Use Of Traditional And Complementary Medicine In Malaysia: A Baseline Study” oleh Ami Fazlin (2009)34. Kajian yang dilakukan oleh Ami Fazlin mengenai penggunaan Perubatan Tradisional Dan Komplementari (TCAM) di Malaysia telah menimbulkan isu-isu dasar kesihatan awam yang penting. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menghuraikan kelaziman dan kekerapan pelbagai modal TCAM yang digunakan oleh penduduk Malaysia mengikut umur, jantina, status perkahwinan dan pekerjaan, tahap pendidikan dan kumpulan etnik untuk isu dan penyelenggaraan kesihatan. Artikel ini menunjukkan bahawa terdapat penggunaan TCAM yang tinggi oleh penduduk Malaysia, terutamanya dalam penggunaan terapi herba untuk kedua-dua isu kesihatan dan penyelenggaraan kesihatan. Kajian ini telah membantu penulis memahami asas penggunaan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia yang mana penulis akan menjadikan kajian ini sebagai asas dalam memahami struktur perubatan tradisional yang disebut dalam manuskrip MS 33. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya membahaskan mengenai penggunaan perubatan tradisional pada ketika ini. Jadi 34 Z.M. Siti et.al. 2009. “Use of Traditional and Complementary Medicine in Malaysia: A Baseline Study”. Complementary Therapies in Medicine. National Library of Medicine. V17. No 5-6. 9. 27 penulis akan menambah baik dari aspek melihat cara dan kaedah perubatan tradisional yang dilakukan oleh orang Melayu terdahulu seperti yang tercatat dalam manuskrip MS 33 dan meneliti penggunaan tumbuhan Zingiberaceae dalam merawat penyakit. 6. “Cymbopogan Nardus From Malay Society Tradition Perspectives: An Analysis of Chemical Composition Using Steam Distillation from Scientific Finding” oleh Nurulwahidah Fauzi et.al (2020)35. Kajian yang dilakukan oleh Nurulwahidah membincangkan mengenai Cymbopogon Nardus ataupun dikenali dengan serai wangi dari aspek perubatan Melayu dan kajian saintifik dengan melihat sebatian aktif yang ada pada serai wangi serta fungsinya dalam merawat penyakit. Dalam kajian ini mendapati serai wangi digunakan untuk merawat penyakit demam, sakit kepala, typoid, sinus dan sebagainya kerana ia mempunyai fungsi antikulat, antibakteria dan antiradang. Selain itu, kajian ini juga menentukan sebatian aktif yang terdapat pada daun dan batang serai wangi menggunakan kaedah penyulingan wap selama 2 jam. Dalam penemuan saintifik ini mendapati daun serai wangi menghasilkan kandungan minyak citronella yang lebih tinggi berbanding dengan batang serai wangi yang mana fungsinya sebagai antikulat untuk merawat penyakit kulit dan sinus seperti yang diaplikasikan oleh perawat tradisi Melayu. Jadi kajian yang dilakukan oleh penulis menekankan kaedah yang sama iaitu penelitian penggunaan herba dari aspek tradisi dan penilaian saintifik. Walaupun kaedah penelitian dalam kajian penulis sama dengan artikel ini tetapi fokus perbincangannya berbeza yang mana penulis menekankan tumbuhan herba daripada 35 Nurulwahidah Fauzi, Juliana Jumal & Aiman Rosli. 2020. “Cymbopogan Nardus From Malay Society Tradition Perspectives: An Analysis of Chemical Composition Using Steam Distillation from Scientific Finding”. Ulum Islamiyyah: The Malaysian Journal of Islamic Sciences. Universiti Sains Islam Malaysia. Vol. 31. 20. 28 keluarga Zingiberaceae dan penulis hanya memfokuskan sampel kajian manuskrip perubatan kepada Kitab Ilmu Perubatan MS 33. 1.8.3 Tema: Keluarga Zingiberaceae 1. Ekologi Dan Distribusi Zingiberaceae Di Kawasan Hutan Aek Nauli Kabupaten Simalungun oleh Sri Kurniati (2011)36. Kajian sarjana yang dilakukan Sri Kurniati membincangkan mengenai penelitian tentang ekologi dan distribusi herba dari keluarga Zingiberaceae di Kawasan Hutan Aek Nauli Kabupaten Simalungun. Dalam kajian ini, lokasi penelitian dibahagikan kepada 5 kawasan yang berbeza berdasarkan ketinggian kawasan untuk mengetahui jenis-jenis dan distribusi Zingiberaceae yang berada di kawasan tersebut. Hasil mendapati terdapat 13 jenis Zingiberaceae dari 7 genus iaitu Amomum apiculatum K. Schum., Amomum sp 1, Amomum sp2, Etlingera cf. megalocheilos (Griff) A.D. Poulsen., Etlingera sp, Geostachys sp, Globba patens Miq, Globba pendula Roxb, Hedychium collinum Ridl, Hedychium sp, Hornstedtia conica Ridl, Hornstedtia scyphifera (J. Koenig) Steud., dan Zingiber inflexum Bl. Kajian ini membantu penulis dalam memahami biologi dan habitat herba dari keluarga Zingiberaceae. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh penulis akan melihat potensi dan manfaat keluarga Zingiberaceae dalam merawat penyakit dari aspek perubatan tradisi. 36 Sri Kurniati. 2011. Ekologi Dan Distribusi Zingiberaceae Di Kawasan Hutan Aek Nauli Kabupaten Simalungun. (Master Disertasi). Universiti Sumatera Utara Medan. 97. 29 2. Efficacy Of Four Species Of Zingiberaceae Extract Against Vectors Of Dengue, Chikungunya And Filariasis oleh R.W. Mahardika, Khalijah Awang et. al (2017)37. Kajian ini mengenai aktiviti insektisida ekstrak mentah heksana yang diperolehi daripada empat spesies Zingiber: Zingiber officinale var. Rubrum (HZOR), Zingiber Montanum (HZM), Zingiber Spectabile (HZS) dan Zingiber Zerumbet (HZZ) telah dijalankan terhadap tiga vektor larva nyamuk: Ae. albopictus, Ae. aegypti, dan Cx. quinquefasciatus. Analisis GC / MS mendedahkan 43, 82, 50, dan 51 sebatian dari HZO, HZM, HZS, dan HZZ. Unsur utama utama yang terdapat dalam ekstrak HZO ialah zingerone (14.92%) dan benzaldehyde dimethyl thiol acetal (11.61%); Ekstrak HZM adalah dimetil 4-methylphthalate (12.64%) dan carbendazim (12.62%); Ekstrak HZS mempunyai 1,1'-ethylenebisdecalin (42.52%) dan 1-pentadecyne (11.5%); dan ekstrak HZZ adalah humulene epoxide II (20.84%) dan zerumbone (60.4%). Artikel ini membantu penulis memahami bahan aktif yang terdapat dalam tumbuhan halia dapat merawat penyakit denggi, chikungunya dan filariasis. Walau bagaimanapun, kajian ini lebih bersifat kepada kajian makmal yang menganalisis penggunaan herba halia dalam rawatan penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Manakala, kajian yang dilakukan oleh penulis akan menambah baik daripada aspek perbandingan fungsi keluarga Zingiberaceae daripada perspektif manuskrip perubatan melayu dan sains perubatan moden untuk melihat sama ada tumbuhan daripada keluarga ini mempunyai persamaan dan fungsi dalam merawat penyakit yang sama. 37 R.W. Mahardika, Khalijah Awang et. al (2017), Efficacy Of Four Species Of Zingiberaceae Extract Against Vectors Of Dengue, Chikungunya And Filariasis dalam Tropical Biomedicine 34(2):375-387. 30 3. Anatomi Sistematik pada Anggota Familia Zingiberaceae oleh Ahmad Dwi Setyawan38. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji struktur anatomi keluarga Zingiberaceae dan filogenetik hubungan antara keluarga Zingiberaceae berdasarkan ciri-ciri anatomi itu. Sampel diambil dari lamina dan daun serta pada epidermal bahagian atas dan bawah lamina selain daripada rizom, akar dan batang. Hasilnya menunjukkan bahawa bukti anatomi boleh digunakan sebagai ciri-ciri taksonomi. Pengelompokan yang dilakukan oleh penulis ini sesuai dengan klasifikasi famili Zingiberaceae yang banyak dilakukan penelitian berdasarkan sifat morfologi yang mana nilai perbezaan paling tinggi hanya 40 dalam indeks kesamaan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya berfokuskan kepada sifat dan morfologi tumbuhan Zingiberaceae sahaja. Manakala, kajian yang dilakukan penulis akan membandingkan fungsi dan kegunaan keluarga Zingiberaceae dalam merawat penyakit yang tercatat dalam manuskrip MS 33 serta penggunaan tumbuhan ini dalam rawatan moden. 4. Antioxidant And Antibacterial Activities Of Flavonoids And Curcuminoids From Zingiber Spectabile Griff oleh Yasodha Sivasothy, Shaida Fariza Sulaiman, Khalijah Awang39. Artikel ini mengenai potensi antioksidan spectaflavoside A (1) bersama-sama dengan kaempferol dan empat asetonlrhamnosides (2-6), demethoxycurcumin (7) dan curcumin (8), yang diasingkan dari rimpang Zingiber spectabile adalah dinilai menggunakan tiga ujian yang berbeza; 1.1-diphenyl-2-picrylhydrazyl (DPPH) ujian 38 Ahmad Dwi Setyawan. 2001. “Anatomi Sistematik pada Anggota Familia Zingiberaceae”. BioSMART. Universitas Sebelas Maret. V3. No. 2. 36-44. 39 Yasodha Sivasothy et. al. 2013. “Antioxidant And Antibacterial Activities Of Flavonoids And Curcuminoids From Zingiber Spectabile Griff”. Food Control. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. V30. 714-720. 31 pemotongan radikal,pengurangan kadar antioksidan feriti (FRAP) dan ujian pemutihan b-karotena, sementara aktiviti antibakteria terhadap lapan bakteria yang dibawa oleh makanan; Escherichia coli, Klebsiella pneumoniae, Proteus vulgaris, Salmonella typhimurium, Vibrio parahaemolyticus, Bacillus cereus, Bacillus licheniformis dan Staphylococcus aureus ditentukan menggunakan ujian microdilution sup. Kajian ini adalah untuk melihat sama ada bahan aktif daripada herba Zingiberaceae mempunyai potensi untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan yang mana rizom Z.Spectabile mungkin menjadi sumber pengawet semula jadi dalam industri makanan. Kajian ini lebih kepada kajian makmal yang menganalisis bahan aktif yang terdapat dalam salah satu herba daripada keluarga Zingiberaceae. Manakala, kajian penulis akan menambah baik dalam mencari persamaan fungsi keluarga zingiberaceae yang telah dijalankan secara saintifik ini dan juga yang tercatat dalam manuskrip MS 33. 5. Botani dan Bioaktivitas Lempuyang (Zingiber zerumbet (L.) Smith.) oleh Marina Silalahi40. Kajian ini mengenai Zingiber Zerumbet (L.) Smith yang telah lama digunakan oleh manusia sebagai ubat, sayuran, dan rempah. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan botani, kegunaan, dan bioaktiviti Zingiber zerumbet. Kajian ini adalah penelitian yang dilakukan oleh penulis berdasarkan buku panduan, disertasi dan tesis serta media dalam talian seperti Web, Scopus, PubMed, Jurnal, dan sebagainya. Zingiber Zerumbet (L.) telah digunakan sebagai antipiretik, antiradang, antiulser, analgesik, dan antimikroba. Artikel ini menyatakan Zingiber Zerumbet merupakan sejenis halia liar yang telah lama dibudayakan di Pulau Jawa dan dimanfaatkan sebagai 40 Marina Silalahi. 2018. “Botani Dan Bioaktivitas Lempuyang (Zingiber Zerumbet (L.) Smith.)”. Jurnal EduMatSains. Universiti Kristen Indonesia. V2 (2). 147-160. 32 ubat tradisional. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menyatakan sifat bahan aktif salah satu herba daripada keluarga Zingiberaceae iaitu lempoyang. Jadi melalui artikel ini, penulis akan menambah baik dari sudut pandang penggunaan herba keluarga Zingiberaceae di alam melayu dan menganalisis penyakit yang dirawat yang menggunakan Zingiberaceae sebagai materia medika dalam rawatan. 6. Medicinal Properties of Ginger (Zingiber officinale Rosc.) oleh Samir Malhotra1 and Amrit Pal Singh41. Artikel ini menyatakan tumbuhan perubatan merupakan aplikasi penting dalam farmaseutikal, kosmetik, pertanian dan industri makanan. Keberkesanan beberapa produk herba adalah tidak diragukan lagi, contoh yang paling terkini ialah Silybum marianum (Linn.) Gaertn (silymarin), Artemisia annua Linn. (artemisinin) dan Taxus baccata Linn. (taxol). Ujian rawak yang terkawal telah membuktikan keberkesanan beberapa bahan ubatan yang ditetapkan, misalnya Zingiber Officinale Rosc. yang dikenali sebagai halia. Beberapa kajian telah dilakukan yang menunjukkan bahawa halia mempunyai antiinflamasi yang signifikan, kesan antiemetik dan kimoterapi. Kajian ini meringkaskan pelbagai kajian saintifik dan cuba menganalisis status penyelidikan dalam aktiviti farmakologi halia. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya tertumpu kepada dapatan kajian yang sedia ada mengenai morfologi, fungsi dan aktiviti taksonomi halia. Maka kajian ini membantu penulis dalam memahami status keluarga Zingiberaceae dalam penyelidikan terkini dan kajian penulis akan menambah baik penyelidikan dari aspek morfologi, fungsi dan aktiviti taksonomi keluarga Zingiberaceae seperti yang tercatat dalam manuskrip MS 33. 41 Samir Malhotra1 & Amrit Pal Singh. 2003. “Medicinal Properties Of Ginger (Zingiber Officinale Rosc.)”. Natural Product Radiance. India: NISCAIR-CSIR. Vol 2. (6). 296-301. 33 Justeru, kajian-kajian ini amat berguna bagi penulis kerana ianya memberi gambaran awal berkaitan dengan data-data dan elemen-elemen yang diperlukan untuk memberi gambaran yang jelas tentang kajian etnofarmakologi dalam bidang pengajian Islam. Penyelidikan ilmiah ini menjelaskan tentang konsep tumbuhan herba yang terdapat di dalam Kitab Ilmu Perubatan MS 33, yang mana ia menggabungkan bidang pengajian islam, sejarah melayu serta etnofarmakologi. Hal ini menunjukkan ada perbezaan diantara kajian penulis yang bakal dihasilkan dengan kajian lepas. 1.9 Metodologi Penyelidikan Berdasarkan objektif yang digariskan, kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan metode pengumpulan data dan metode analisis data. Maka dari aspek penyelidikan, terdapat beberapa metode yang bersesuaian akan diguna pakai seperti metode kajian kepustakaan, metode transliterasi teks, metode penelitian filologi, analisis kandungan, serta metode induktif dan deduktif. 1.9.1 Metode Pengumpulan Data Dalam usaha untuk melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan metode kajian kepustakaan, metode transliterasi teks dan metode penelitian filologi untuk pengumpulan, pengenalpastian dan mengeksplorasi teks manuskrip perubatan MS 33 dan bahan-bahan berkaitan bagi memperoleh sumber maklumat yang berwibawa untuk tujuan pengkajian. 34 i. Metode Kajian Kepustakaan. Kajian kepustakaan adalah usaha yang dilakukan oleh penulis untuk menghimpun bahan dan maklumat serta meneliti data bagi mendapatkan idea permasalahan kajian. Metode ini juga diaplikasikan dengan merujuk kepada buku-buku, artikel-artikel dan bahan bertulis sama ada maklumat dari sumber primer seperti teks Melayu lama (manuskrip) dan sumber sekunder seperti buku yang diterbitkan, jurnal, disertasi, tesis dan seumpamanya. Rujukan ini terdiri daripada bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia. Ia dapat dikelaskan dalam pembahagian berikut: a) Sumber primer: Sumber primer merangkumi satu buah manuskrip perubatan Melayu iaitu Kitab Ilmu Perubatan MS 33. Kitab Ilmu Perubatan MS 33 ini diperolehi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan melalui laman sesawang Perpustakaan Universiti Malaya (http://spcats.umlib.um.edu.my/mymanuskrip) yang mana ia merupakan naskhah manuskrip yang belum lagi ditransliterasi secara menyeluruh. Pemilihan naskhah manuskrip di atas adalah disebabkan usianya yang paling tua serta kandungan dan isi perbincangan manuskrip itu sendiri yang dilihat antara naskhah yang paling banyak membicarakan topik-topik tentang perubatan dan pelbagai jenis penyakit. Ia juga antara naskhah kitab Tib yang paling lengkap pembicaraan kandungannya berbanding dengan naskhah yang lain dalam memperihalkan cara rawatan dan tumbuhan herba yang diguna pakai dalam merawat penyakit. b) Sumber Sekunder: Terdapat beberapa sumber rujukan yang penting dan memberikan bantuan yang besar kepada penulis dalam menyusun dan merangka disertasi ini yang 35 melibatkan ilmu etnofarmakologi dan manuskrip melayu, misalnya Herbs The Green Pharmacy Of Malaysia oleh Indu Bala Jaganath, Medicines in Malay Villages oleh Roland Werner, Traditional Malay Medicinal Plants Oleh Muhamad Zakaria, MSS 2999 Kitab Tib Pandangan Dan Tafsiran Perubatan Moden Terhadap Perubatan Melayu oleh Abdul Ghani Hussain, Warisan Perubatan Melayu oleh A. Samad Ahmad, Falsafah Dan Prinsip Asas Perubatan Melayu oleh Nornizam Ngadeni dan Kitab Perubatan Melayu Tayyib Al-Ihsan Fi Tibb Al-Insan oleh Wan Ahmad Ibn Wan Muhammad Zayn Al-Fatani. Selain itu, terdapat buku, tesis dan artikel jurnal yang mempunyai peranan penting dalam menghasilkan dan mencorakkan kajian ini seperti Kaedah Persampelan Tumbuhan Untuk Pengecaman Yang Betul oleh Zainon, A.S, Medicinal Plants: Quality Herbal Products For Healthy Living oleh Chang Yu Shyun, Monograf Herba Malaysia terbitan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Tumbuhan Obat Penggunaan dan Khasiatnya oleh Supriadi, Tumbuhan dan Perubatan Tradisional oleh Muhammad bin Zakaria, Magis Belantara Herba Orang Asli terbitan Jabatan Muzium Malaysia, Profil Sosioekonomi Pengamal Perubatan Tradisional Melayu oleh Intan Burulhani (etc) dan Tumbuhan Ubatan Malaysia oleh Kamarudin Mat Salleh. Melalui pendekatan kajian kepustakaan ini, penulis berusaha mengenal pasti ramuan ubat-ubatan dan beberapa perkataan yang tidak diketahui maknanya. Dalam usaha mengenal pasti ramuan ubat-ubatan pula, penulis menggunakan beberapa sumber. Sumber paling utama ialah Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika gagal mencari sebarang maklumat di dalam kamus 36 tersebut, barulah penulis merujuk kepada Warisan Perubatan Melayu oleh A. Samad Ahmad terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kitab Tibb: Ilmu Perubatan Melayu oleh Harun Mat Piah. Melalui kaedah ini juga, kajian telah dilakukan dengan mengenal pasti dan mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat, data dan bahan dari sumber primer dan sekunder bagi menyempurnakan disertasi ini. Berikut merupakan antara perpustakaan yang menjadi tempat rujukan kepada penulis iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia, Alam Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Arkib Negara, Perpustakaan Za’ba Universiti Malaya dan Perpustakaan Umum Universiti Sains Islam Malaysia serta institusi lain yang berkaitan secara fizikal dan atas talian mengikut kesesuaian. ii. Metode Transliterasi Teks Metode transliterasi teks adalah satu proses mengalih tulisan iaitu daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi. Ini adalah salah satu usaha penulis untuk memahami, meneliti dan menganalisis maklumat yang terdapat pada catatan manuskrip MS 33 yang dicatat pada abad ke-19. Dalam proses menggunakan metode transliterasi teks dalam kajian ini, penulis merujuk kepada buku A.Samad Ahmad “Warisan Perubatan Melayu”, Harun Mat Piah “Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu” dan Abdul Ghani “MSS 2999 Kitab Tib Pandangan Dan Tafsiran Perubatan Moden Terhadap Manuskrip Perubatan Melayu” sebagai panduan dalam melakukan metode ini. Melalui penelitian penulis, ejaan yang digunakan dalam manuskrip ini adalah ejaan lama dan tanpa tanda baca dan perenggan. Jadi pada 37 peringkat awal, penulis membuat bacaan pada keseluruhan teks yang terpilih dan membuat catatan pada perkataan yang sukar difahami, dengan meletakkan perkataan yang paling dekat dengan teks aslinya dan melengkapi maksud teks setelah dibuat perbandingan bagi memastikan teks manuskrip tidak diadaptasi. Setelah itu, penulis juga meletakkan tanda baca dan perenggan bagi memudahkan penulis memahami kandungan dalam manuskrip MS 33. Oleh itu, metode ini diperlukan yang mana ia membantu penulis dalam proses menyiapkan data bab ketiga, bab keempat dan bab kelima. iii. Metode Penelitian Filologi Metode penelitian filologi diaplikasikan dalam kajian ini bagi menghasilkan idea manuskrip perubatan MS 33 mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Proses metode penelitian filologi ini adalah melalui pengumpulan data, deskripsi teks, transliterasi dan pembahasan secara literatur serta penelitian teks manuskrip MS 33 bagi mendapatkan sumber-sumber yang berkaitan dalam memahami manuskrip MS 33. Melalui metode ini penulis telah mentransliterasikan teks terpilih dan menterjemahkan teks yang ditulis dalam bahasa rumi tanpa menjejaskan isi kandungan teks. Selain itu, penulis juga telah menyunting teks dengan memperhatikan tanda baca dan penyusunan setiap bahagian preskripsi sehingga seluruh teks terpilih dapat difahami dengan baik. Metode penelitian filologi ini membantu penulis dalam memahami budaya setempat pada ketika itu dan membantu penulis dalam proses transliterasi teks MS 33. 38 1.9.2 Metode Analisis Data Setelah memperoleh data-data yang mencukupi dengan mengaplikasikan metode pengumpulan data, penulis akan menganalisis data secara terarah melalui pengaplikasian metode analisis kandungan serta metode deduktif dan induktif. i. Metode Analisis Kandungan Pendekatan ini merujuk kepada analisis yang dilakukan ke atas sesuatu bahan untuk mendapat gambaran tentang masyarakat pada masa lampau. Dalam konteks kajian ini, metode ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganalisis isu-isu berkaitan tumbuhan herba Zingiberaceae dan penyakit yang dirawat menggunakan herba ini. Kandungan manuskrip perubatan MS 33 dianalisis untuk mendapat gambaran mengenai kewujudan sains perubatan bagi orang Melayu. Adakah mereka mempunyai cara rawatan yang sistematik? Apakah ramuan yang digunakan sama atau berbeza untuk setiap penyakit? Apakah teras yang membentuk cara rawatan mereka? Adakah cara perubatan mereka terikat dengan unsur tempatan, budaya dan rohani mereka? ii. Metode Deduktif Metode deduktif merupakan cara untuk membina satu teori atau merumuskan suatu gagasan pemikiran tentang fenomena yang dikaji. Oleh itu, penulis menganalisa data berkaitan manuskrip perubatan MS 33 dengan menggunakan kaedah klasifikasi data-data tersebut untuk menghasilkan data yang lebih berbentuk khusus dari aspek penggunaan herba dan jenis penyakit yang tercatat dalam manuskrip MS 33. Sebagai contoh pada peringkat awal, penulis telah membahagikan kajian ini kepada tiga tema iaitu tema (i) manuskrip perubatan 39 Melayu, tema (ii) herba dan tumbuh-tumbuhan dan tema (iii) keluarga Zingiberaceae. iii. Metode Induktif Metod induktif merupakan kaedah menganalisis data melalui pola berfikir yang mencari pembuktian dari yang bersifat khusus kepada umum. Ia boleh digunakan dengan cara menumpukan beberapa istilah yang digunakan untuk menerangkan maksud dan intipati istilah tersebut seterusnya membuat kesimpulan umum. Metode ini membantu penulis dalam merangka dan menyusun maklumat dalam bab kedua, bab ketiga dan bab kelima dari aspek mencari, menilai dan menganalisis maklumat mengenai keluarga Zingiberaceae, manuskrip perubatan MS 33 dan penyakit yang dirawat menggunakan tumbuhan Zingiberaceae. 1.10 Sistematika Penulisan Disertasi ini merupakan satu kajian mengenai pengaplikasian tumbuhan herba daripada keluarga Zingiberaceae yang tercatat di dalam manuskrip perubatan Melayu yang bernombor MS 33. Penulis memberikan tumpuan menganalisis corak penggunaan tumbuhan herba Zingiberaceae yang terdapat dalam MS 33 dalam merawat penyakit selain menganalisis kegunaan dan fungsinya terhadap penyakit yang dirawat secara tradisional mahupun perubatan saintifik. Dalam membincangkan tajuk kajian ini, penulis telah membahagikan kajian ini kepada 6 bab. BAB PERTAMA: PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 40 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Definisi Istilah 1.8 Sorotan Literatur 1.9 Metodologi Penyelidikan 1.10 Sistematika Penulisan BAB KEDUA: TUMBUHAN ZINGIBERACEAE 2.1 Pengenalan 2.2 Tumbuhan Zingiberaceae Dalam Teks Terpilih MS 33 2.2.1 Halia (Zingiber Officinale Roscoe) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.2 Lempoyang (Zingiber Zerumbet (L.) Roscoe) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.3 Cekur (Kaempferia Galanga) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.4 Kunyit (Curcuma Longa) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.5 Lengkuas (Alpinia Galanga) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.6 Temu Kunci (Boesenbergia Pandurata) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan 41 c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.7 Temu Putih/Temu Kuning (Curcuma Zedoaria) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.8 Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.9 Temu Hitam (Curcuma Aeruginosa) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.10 Halia Bara (Zingiber Officinale Var Rubrum) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.2.11 Bonglai (Zingiber cassumunar) a. Pengenalan b. Biologi Dan Habitat Tumbuhan c. Morfologi Tumbuhan d. Kegunaan dan Manfaat dalam Perubatan Tradisi e. Kandungan Bahan Kimia 2.3 Kesimpulan BAB KETIGA: PENGENALAN KITAB ILMU PERUBATAN MS 33 3.1 Pengenalan 3.2 Deskripsi Manuskrip MS 33 3.3 Kandungan Kitab Ilmu Perubatan MS 33 3.3.1 Jenis-jenis Tumbuhan Herba dan Bahan Semula jadi Yang Dijadikan Ubat- ubatan 3.3.2 Rawatan Penyakit 3.3.3 Istilah Yang Biasa Digunakan dalam Proses Pembuatan Ubat 42 3.3.4 Kaedah Rawatan atau Pengubatan 3.3.5 Kaedah Sukatan, Ukuran dan Timbangan 3.3.6 Sukatan Waktu 3.3.7 Pantang Larang 3.4 Ciri-ciri Umum Penulisan Kitab Ilmu Perubatan MS 33 3.4.1 Corak Persembahan 3.4.2 Doksologi dalam Bahasa Arab 3.4.3 Gaya Bahasa Penulisan Kitab Ilmu Perubatan MS 33 3.4.4 Penggunaan Kata 3.4.5 Ilustrasi: Gambar dan Lakaran 3.5 Analisa Sistem Ejaan Jawi MS 33 3.6 Kesimpulan BAB KEEMPAT: TEKS TERPILIH KELUARGA ZINGIBERACEAE: TRANSLITERASI KITAB ILMU PERUBATAN MS 33 4.1 Pengenalan 4.2 Transliterasi Teks Terpilih BAB KELIMA: APLIKASI HERBA DARIPADA KELUARGA ZINGIBERACEAE DALAM KITAB ILMU PERUBATAN MS 33 5.1 Pengenalan 5.2 Analisis Jenis Penyakit dan Materia Medika dalam Keluarga Zingiberaceae yang Digunakan dalam MS 33 5.3 Analisa Kegunaan Keluarga Zingiberaceae dalam Perubatan Tradisi dan Perubatan Moden 5.4 Kesimpulan BAB KEENAM: PENUTUP 6.1 Pengenalan 6.2 Kesimpulan 6.3 Cadangan dan Saranan BIBLIOGRAFI LAMPIRAN