54 APENDIX 1: SAMPLE OF INFORMED CONSENT PERSETUJUAN TERMAKLUM Tuan / Puan, Untuk makluman tuan/puan ini adalah merupakan satu keperluan projek penyelidikan bagi pelajar Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan dadah dan Alkohol (SPADA) Universiti Sains Islam Malaysia Semester 3 2022/ 2023 untuk mendapatkan pendedahan kepada pengalaman dilapangan. Adalah diharapkan tuan/puan dapat memberikan kerjasama dan persetujuan untuk ditemuramah dan direkod bagi tujuan penyelidikan tugasan ini. Tuan/Puan akan diminta untuk menjawab beberapa soalan mengenai pengalaman berkaitan penyelidikan iaitu (Exploring the Padang Terap communities perception on the illegelization of Kratom under the dengerous Drugs Act 1952 ) Kajian Penerokaan tentang persepsi masyarakat tentang cadangan kerajaan yang mahu meletakkan Ketum dibawah Akta dadah berbahaya 1952. Sepanjang sesi temubual dijalankan maklumat yang diberikan adalah sulit dengan segala perkongsian pengalaman direkod dan akan mematuhi prosedur kajian yang telah ditetapkan serta ianya hanya digunakan bagi tujuan akademik sahaja. Sekiranya tuan/puan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam temubual ini dan membenarkan temuduga dijalankan mengikut prosedur seperti yang dinyatakan di atas sila tandatangan mengikut maklumat dibawah. Saya telah membaca maklumat yang tertera di atas dan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam projek penyelidikan ini. Tandatangan Klien :........................................ Tarikh :.................................... Nama klien: : Alamat : No. Telefon : Nama Penemuramah: Mohd Abdul Hafis bin Ibrahim No Matrik : 3211088 55 APENDIX 2: SAMPLE OF QUESTIONAIRES Exploring the Padang Terap community's perception on the illegalization of Kratom under the Dangerous Drugs Act (1952). Background: - - Name , age, from - Do you regard yourself as a regular or a recreational Kratom user? - Do you regard yourself as a Kratom planter? - When did you start to plant kratom? - What are the medicinal values of the Kratom plants that you know? - How does Kratom help you in your work and daily life? RQ1 : Why do people in the area continue to sell Kratom even though it has been declared a controlled substance under the Poisons Act (1952)? - What is your purpose of selling kratom? - Why is kratom your main choice to sell than other non-farm income? - What motivates you to sell Kratom? - What do you see yourself in the future if you continue to sell the Kratom? - How does by sell kratom might help you? - How much overall do you know about the penalties of the Poison Act (1952)? - What are your insights about the Poison Act (1952) penalties? RQ2 : What is the perception of Padang Terap people of Kratom gazette as an illegal substance under the Dangerous Drug Act (1952)? - What is your opinion on the Malaysian society image on Kratom (generally)? 56 - What are your thoughts on the legality of Kratom? - How much overall do you know about the penalties of the Dangerous Drug Act (1952)? - What are your insights about the Dangerous Drug Act Act (1952) penalties? - What is your thought on the Kratom gazette as an illegal substance under the Dangerous Drug Act (1952)? - What do you see yourself in the future if Kratom gazette as an illegal substance under the Dangerous Drug Act (1952)? RQ3 : What impact will it have on local economies that rely on Kratom sales If Kratom is prohibited by the Dangerous Drugs Act (1952), - What do you see your local economy in the future if Kratom gazette as an illegal substance under the Dangerous Drug Act (1952)? - What do you see your own economic (household income) in the future if Kratom gazette as an illegal substance under the Dangerous Drug Act (1952)? 57 APENDIX 3: SAMPLE OF INTERVIEW TRANSCRIPT TEMUBUAL EN OSMAN Interviewer (I): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Encik, sebab sudi luang masa untuk adakan sesi interview untuk projek pengajian saya lah. Yang mana, projek ini untuk mencari ketum dan kesan ekonomi jika ketum diletakkan di bawah akta dadah berbahaya. So, saya nak bagitahu encik, interview ni tak lama lah. Maksimum dalam 30 minit. Dan, setiap soalan yang saya ajukan, tak ada jawapan yang betul atau salah. Kebebasan untuk encik, pandangan encik sendiri, berkaitan dengan soalan-soalan yang saya akan ajukan. So, sebelum kita teruskan sesi ni, boleh tak kita berkenalan dulu? Nak tahu sikitlah, tentang nama encik.. Umur, asal mana.. Tanya sikit pasal, jumlah pokok encik tanam, dan bila encik mula tanam pokok tu. Boleh encik? Responden (R): Nama saya Osman bin Atan. Orang panggil saya Bang Man lah. Saya umur 48 tahun. Saya berasal daripada Kampung Padang Cenderai, Padang Terap, Kedah. Berkenaan dengan pokok ketum ni, saya tanam lebih kurang 70 pokok lah, belakang rumah ada lah sikit.. Aaa, saya start tanam pokok ni lebih kurang 3-4 tahun dah. Tu pun, saya tengok kawan-kawan tanam dulu, saya pun tanam jugalah. Haa.. Adalah buat, apa nama.. jual jual sikit. Kalau ada orang beli, kadang- kadang buat berubat ke apa… Bolehlah sikit-sikit.. Orang kata apa? Dapat duit belanja kopi apa tu.. Boleh la buat sikit. I: Okay Encik. Kita terus kepada soalan yang nak ditanya lah. Memandangkan encik ada sebut tadi encik jual, apa… Tanam ketum tu. Lebih kurang 70 pokok lah. So, kenapa? Apa tujuan encik jual ketum tu? Tujuan sebenarnya, tujuan asal encik jual.. R: Okay, saya jual ketum ni sebenarnya untuk tambah pendapatan saya lah. Pada saya, sebelum ni buat kerja bendang. Saya buat bendang. Jadi, kadang-kadang pendapatan bendang saya ni pun, padi lah.. Penanaman padi lah. Kadang-kadang pendapatan dia pun tak berapa 58 nak mencukupi, jadi saya buat tanam pokok ketum untuk dapatkan pendapatan sampingan saya lah. Untuk tamping anak bini saya ni. Haaa.. I: Berapa relung encik? Bendang encik berapa relung? R: Saya ni, buat bendang dua relung. Dua relung tak banyak mana.. Selalu kalau kata padi ni kalau jadi elok, serelung saya boleh dapatlah dalam RM1400. Bergantung pada padi sayalah. Kalau kata padi saya kena penyakit ke apa, kadang-kadang boleh turun sampai RM1000. RM900 pun saya pernah dapat encik. Haa… I: Uish.. Haha. Itu untuk, okay contoh kalau RM900 tu untuk berapa.. Macam mana eh? Kira, padi ni kira macam mana? R: Aaa, padi ni tanam, hasil dia setahun dua kali je. Nak kata 6 bulan sekali lah. I: Makna kata kalau dua relung tu, baru.. R: Lebih kurang RM2400. Itu pun kalau padi elok lah. Kalau padi kena penyakit, kadang-kadang tak sampai. I: RM2400 untuk, 6 bulan? R: Yaa, 6 bulan. I: Okay encik. Saya nak tanya, kenapa encik, ya lah, kenapa tanam ketum? Kenapa tak tanam.. Ya lah, kenapa kita pilih ketum. Kenapa tak teruskan je, macam, usahakan bendang tu? Kenapa tak pilih tanaman lain… kenapa pilih ketum? Kan banyak boleh tanam pokok ke, contoh.. R: Ya, ya.. Okay. Saya pilih ketum ni pasal pokok ketum ni dia senang jaga sikit. Tak macam padi lah. Kalau padi ni dia, orang kata apa, selalu kena penyakit. Kadang-kadang saya nak kena sembur racun tu sampai dua tiga jenis. Pokok padi ni susah sikitlah. Jadi, ketum tu dia senang, dia tahan lasak. Pokok dia kalau kena hujan panas pun dia tak ada masalah. Haa, itu saya pilih ketum lah. Padi kalau tanam, untuk peringkat mula tu kalau tanam, padi tu terkena air, selalu anak padi dia akan mati. Risiko dia tinggi. Ha, jadi saya pilih ketum ni pasal ketum ni mudah jaga. Mudah jaga, jarang kena penyakit lah, 59 noh.. Lagi satu, saya tanam ketum ni pasal saya ada buat berniaga. Saya jual air. Air dia ni sebungkus saya jual RM5 lah. I: Ohh.. Haha.. Bungkus tu, makna kata, kita jual dekat penduduk kampung sekitar lah? R: Haa, saya jual sekitar, dekat penduduk kampung. Kadang-kadang ada orang luar mai masuk kampung ni, dia beli air apa semua, saya jual.. I: Permintaan okay la, air tu? R: Permintaan setakat la ni, alhamdulillah lah. Okay lah… Saya jual setakat la ni, pendapatan saya jual air ketum ni dah lebih kurang empat ke lima ribu, sebulan. I: Itu air sahaja? R: Air sahaja! Kadang-kadang, ada jugak orang mai beli daun. Haa, daun ada jugak. Daun saya jual sekilo RM30. Kalau orang luar mai, mintak nak beli daun, saya suruh depa kutip sendiri lah. Lepas tu saya timbang lah.. I: Ohh, faham. Timbang, then, depa bayar lah? R: Haa, depa bayar ikut kilo lah. Saya jual sekilo RM30. Haa. Ikut permintaan depa lah depa nak banyak mana kan. I: Aaa, jadi encik, apa yang kata, terdorong untuk encik tu, untuk jual ketum tu? Orang kata, pendorong kita lah. Kenapa? Mungkin ada sebab, yang kuat untuk nak jual ketum juga. R: Dia macam ni encik. Saya ni buat bisnes jual ketum ni pasal orang rumah saya ni, bini saya ni tak bekerja. Dia pun ada tanggungan anak ramai, empat orang. Semua sekolah lagi. Jadi saya pun, sekolah tak tinggi mana, SRP je. Jadi, saya buat bisnes jual ketum ni lah untuk cover bendang saya ni. Maklumlah, bendang saya ni pendapatan saya dapat RM2400, itu pun kalau padi elok lah, untuk 6 bulan. 6 bulan ni nak cover, memang tak cukup lah encik. Dengan belanja anak sekolah, dengan bini pun tak bekerja. Jadi saya pun nak, belanja harian, memang tak cukup. Jadi saya buat, sampingan jual ketum ni lah. Sekarang ni ya lah, macam-macam, barang semua mahal. Jadi saya memang jual air ketum ni lah. Sambutan memang tinggi lah. 60 I: Ramai lah? R: Ramai. Setakat ni alhamdulillah, memang ramai. Banyak budak- budak muda kampung ni, Kadang-kadang kampung luar pun ada, mai beli sini. I: Kira macam, tak putus lah.. R: Ha! Tak putus. Bekalan tu, memang tak putus lah. Air tu memang laku sangat lah. I: Okay encik. Macam mana pulak, encik rasalah, kalau encik sekarang ni pun dah jadi “tokoh” pokok kan. So, saya rasa akan berterusanlah kalau permintaan, encik cakap tadi tak putus, bekalan tak putus.. So, encik boleh tengok tak, rasa-rasa encik di masa akan datang, dalam tiga empat tahun dari sekarang, encik rasa diri encik masa tu macam mana? Keadaan encik masa tu? R: Saya tanam ketum je lah. Kalau lah kerajaan bagi lah, orang melayu kita ni jual. Kalau kerajaan tak kacau lah. Saya rasa saya tanam lagi pokok ketum ni belakang rumah saya encik. I: Oh tambah lagi? Hahaha R: Tambah lagi pendapatan. I: Kalau tak kacau lah? R: Kalau tak kacaulah.. Haa. Mungkin bendang pun saya tak buat dah, pasal sambutan ketum ni memang sangat-sangat, memberangsangkan. Bekalan tak putus, memang laku sungguh. Haa. Itu pun, apa nama, kalau kerajaan tak kacau lah. Pasal benda ni benda salah, jadi saya pun tak berani. Saya tanam 70 pokok je lah, noh. Encik tengok bangsa lain, semua maju. Kita ni nak tanam ketum sikit pun tak boleh. Depa dok kacau. Itulah saya pun tak berani nak tanam banyak-banyak, saya takut juga. Tapi, memandangkan la ni, kos sara hidup tinggi. Saya terpaksa jual jugalah kecil-kecil, untuk tampung belanja dapur sikitlah. I: Ohh.. Em, encik, macam mana encik tengok ketum ni? Macam mana dia boleh, encik rasa dia boleh bantu encik? Macam mana dia boleh membantu encik, dari sudut apa? Dari segi apa. 61 R: Aaa, macam saya cakap tadilah. Nak harap duit bendang saja, saya rasa memang tak cukuplah. Dua relung je, dengan zaman la ni, semua serba-serbi mahal encik. Kan? Saya lagi nak pakai duit ni, anak sekolah nak beli barang-barang semua. Barang semua mahal encik, noh. Jadi kalau nak harapkan bendang saja, memang tak cukuplah. Memang tak cukup. Jadi, itu yang saya buat jual ketum ni. Lagipun ketum ni bagi saya, bukan salah pun. Dia bukan dadah. Dia air daun. Kita, dulu dok buat ubat. Zaman tokwan saya dulu pun, dok minum air ketum ni. Orang dulu-dulu buat bendang kan, kerja teruk, berat.. Jadi depa minum air ketum ni lah, untuk, orang kata apa, nak pulihkan balik tenaga tu. I: Tapi biasa orang bendang je kan.. R: Haa, kami orang dok buat kerja kampung, orang minum air ni la. Bagi saya, tak salahlah. Air ni ubat lah. I: Ya lah, dia daun macam encik cakap tadi kan. R: Haa! Dia daun, bukan dadah pun. Dia daun, orang kata apa, ubat herba. Haa.. I: Haa, encik cakap apa tadi. Orang dulu-dulu minum dah lama.. R: Ha! Dulu, orang dulu dulu memang ramai minum ni. Zaman la ni, yang jadi salah. Dulu tak ada apa encik. Haa. I: Emm, encik. Tanya sikitlah. Kita dah cerita ketum banyak tadi kan. Jadi saya nak tahulah, emm, encik jual ketum. Saya nak tanya encik, encik tahu tak tentang akta racun, lepas tu, tentang hukuman akta racun tu sendiri? Sebab ketum ni kita tak boleh lari. Kalau Kedah ni, tangkap ketum, ha akta racun. So, terlanjur encik jual ni, encik tau tentang akta racun dengan hukuman dia.. Macam mana tu? R: Ohh.. Akta racun eh? Oh… Akta racun ni saya biasa dengar lah. Orang kampung sini pun banyak kena tangkap! Minum ketum. I: Budak-budak muda lah eh? R: Ha, budak-budak muda ni. Depa beritahu, apa nama.. Kalau kena ni, selalu dia bawah akta racun. I: Kalau yang kena tangkap tu lah? 62 R: Haa, dia bawah akta racun. Bayar denda, lepas lah. Haa… Saya pun pernah kena tangkap! I: Oh ye ke? R: Haaa.. Banyak kali jugalah. I: Lepas tu? R: Tapi saya tak masuk lokap la, saya bayar sikit dengan polis tu, lepas tu keluar lah. Hahaha.. I: Haha.. Oh kira, akta ni boleh bayarlah? R: Haa, saya bayar je lah dengan polis tu. Tapi, berapa saya tak ingatlah. Banyak kali juga. I: Banyak kali? Haha R: Haa. Tapi, setahu saya, kalau ketum ni, tanam ketum tak salah encik. I: Oh ye ke. R: Haa, jual je yang salah! Kalau kata ada orang nak mai beli daun dekat rumah saya, saya suruh depa pi kutip sendiri! Haa. Lepas dah cukup, baru mai bayar dekat saya. Haa.. I: Ohh, kira depa kutip-kutip.. Berapa kilo depa mai, depa ambil, kira lah. R: Haa, saya kira lah berapa kilo. Baru saya ambil duit depa. Selamat lah sikit. I: Oh, selamat sikit lah? Sebab encik cakap, tanam tak salah! R: Haa! Tanam tak salah! Jual salah. I: Tu yang suruh dia kutip tu? R: Haa.. Lagipun setahu saya, kalau ni, hukuman dia tak berat mana pun. Haa.. I: Oh… Okay encik. Tadi encik kata, akta racun ni ringan sikitlah hukuman dia kan, berbanding dengan, macam encik cakap tadi, “bayar jelah”. Makna kata, ringanlah akta tu kan? Betul tak encik? Okay. So, saya nak tanya pula encik. Tentang Akta Dadah Berbahaya lah. Orang panggil ADB lah, biasa dengar kot. R: Haaa, biasa dengar. Biasa dengar. I: Okay. Itu, macam mana encik punya pengetahuan tentang Akta Dadah Berbahaya tu, boleh kongsi sikit tak? 63 R: Oh, akta tu eh? Oh, itu dadah je kan? Yang saya tahulah, untuk dadah. Ramai jugalah budak-budak kampung ni dok kena tangkap, pasal dadah ni. Polis tuduh dia, bawah akta itulah. Setahu sayalah. Saya rasa, ketum tak ada kena mengena. Dia racun je.. Haaa. I: Racun je eh. Maksudnya, setahu encik, ketum tak ada kena mengena dengan Akta Dadah lah. R: Ha, tak ada kena mengena. I: Okay encik, macam mana pulak encik punya pengetahuan tentang, hukuman Akta Dadah ni? Hukuman dia macam mana encik? Sepengetahuan encik lah, hukuman dadah ni. R: Dadah ni memang bahaya lah. Hukuman dia penjara, gantung pun ada. Berat jugalah hukuman dia ni. I: Kalau makna kata, ketum ni.. R: Bagi saya ketum ni tak berat mana lah. Dia tak macam dadah. Dadah ni sampai gantung. Ketum tak gantung. I: Ketum tak gantung eh.. R: Setahu saya lah. I: Okay, encik. Tadi encik dah cakap dadah ni, Akta Dadah Berbahaya ni, bahaya lah. Hukuman dia pun bahaya lagi. Kalau dibandingkan dengan akta racun tu. Tapi, untuk pengetahuan encik, kerajaan sekarang ni tengah cadang. Bukan cadanglah, maknanya, ada dibentangkan di parlimen, untuk meletakkan ketum ni, hukuman kesalahan dia, bawah Akta Dadah Berbahaya. So, encik sebagai orang yang mengusahakan tanaman ketum ni, macam mana pandangan encik? Setuju tak dengan, kalau kerajaan letak ketum ni bawah Akta Dadah Berbahaya? Macam encik sebut tadi lah, hukuman dia berat.. Macam mana pandangan encik? R: Uish, apa kerajaan ni? Tak percaya dekat kami ke? Kami ni orang kampung, orang Melayu dok buat kerja bendang ni kan. Lepas tu, buat sampingan jual ketum ni.. Apa buat lagu ni? Kan? Apa nama.. Ketum ni bukan dadah pun! Dia daun je kan. Kalau buat lagu ni, habislah kita orang Melayu.. Nak cari makan susahlah. Betul tak? Kalau kata kerajaan nak haramkan penjualan ketum ni, saya minta 64 kalau boleh, bantulah kami daripada sudut, macam naikkan harga padi.. I: Padi berapa harga encik? R: Harga padi daripada dulu, encik. Dah 10 tahun dah saya dok buat bendang ni, harga dok macam tu je, tak naik naik pun. Harga padi dalam lebih kurang se-tan RM1200, itu pun kalau padi elok lah. Kalau padi tak elok kadang-kadang RM1000 je encik. Itu pun tempoh 6 bulan saya nak belanja. Memang susahlah orang Melayu kita nak hidup kalau lagu ni. I: Makna kata, ya lah. Harga, 10 tahun dulu punya harga kan. Tak naik- naik. R: Ha, tak naik-naik. Dok macam tu juga. I: Kalau barang? Barang harian naik? R: Harian, barang harian dok naik! Pandai pula depa buat barang semua naik. Padi tak baik. Hasil jualan padi tu tak naik. Jadi saya tak berapa setujulah kalau macam ni. I: Maknanya encik tak setujulah, keputusan kerajaan ni.. R: Saya tak setuju. Pasal benda ni dari zaman dulu lagi encik. Zaman- zaman tokwan kita minum air ni lah. Air orang kata apa, untuk buat kerja berat ni, kerja bendang apa semua.. Kadang-kadang kita bila badan lenguh-lenguh apa kita minum air ni lah. Bagi saya tak salah encik, kan? Kalau kerajaan buat lagu ni, naya lah kami.. Punca pendapatan saya boleh terjejas jugalah. I: Encik dengan, apa.. Saya nak tanya lah. Kalau andai katalah, kerajaan bertegas juga nak laksanakan ketum ni bawah Akta Dadah ni.. Cuba encik bayangkanlah. Di masa akan datang tu, macam mana keadaan encik? Dengan ketegasan kerajaan nak letakkan juga ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya, agak-agak masa akan datang macam mana keadaan diri encik? Kalau akta ni betul-betul dilaksanakanlah. R: Dia, macam ni encik. Macam yang saya katakan tadi lah. Kalau kerajaan tak bantu kami, macam mana kami nak teruskan hidup ni encik? Dengan keadaan la ni, barang semua mahal. Akan datang saya 65 rasa, lagi mahal encik. Kan? Kalau nak harapkan bendang ni, memang tak cukuplah. Betul-betul memang tak cukup. Jadi saya terpaksa jual juga ketum ni. Tapi, saya jual diam-diam lah. Kan. Kalau tidak memang saya tak boleh nak, apa nama.. Nak survive lah. Nak tanggung dengan kos perbelanjaan saya, dengan belanja anak- anak, belanja dapur apa semua. Memang tak cukup lah bagi saya. I: Kalau encik kata, rasa macam, kalau kerajaan laksanakan juga.. Encik akan secara senyap-senyap. R: Ha, senyap-senyap.. Saya tak buat berniaga terbuka macam ni lah. I: La ni terbuka lah? R: La ni terbuka lah. Orang beli semua mai depan rumah saya lah. Dia buat macam khemah berdiri kan. Jadi kalau kerajaan bertegas nak buat macam ni, saya kena jual diam-diam lah. I: Tapi buat jugalah? R: Buat juga. Nak tampung perbelanjaan saya. I: Tapi, macam mana encik, kalau, ya lah.. Kalau kena tangkaplah, dia dibawah Akta Dadah Berbahaya, hukuman dia berat kan.. So, encik rasa, nak jual jugak? R: Saya rasa saya akan jual juga. Saya, faktor komitmen, anak, perbelanjaan saya lah. Memang, la ni perbelanjaan memang sangat tinggi, jadi saya terpaksa jual juga. I: Walaupun encik tahu kalau laksanakan bawah Akta Dadah Berbahaya, hukuman dia berat lagi daripada Akta Racun? R: Saya jual juga. Sebab ini punca pendapatan saya. Saya belajar tak tinggi mana. Dok harap hat ni je lah nak boleh support untuk perbelanjaan saya. Haa. I: Ikut mana pun jual juga? R: Jual juga. Bagi saya, ketum ni tak salah. Dia daun, air herba kan. I: Ah, okay encik. Saya nak tanyalah dengan, ya lah. Tadi daripada awal encik sebut, sebab encik usahakan ketum, sebab faktor ekonomi lah. Untuk tingkatkan pendapatan ekonomi, pendapatan keluarga lah. Ekonomi keluarga kan. So, andai kata lah. Ni saya nak cakap, nak respon encik dari sudut ekonomi lah. Pendapatan ekonomi encik, 66 terjejas atau tidak, andai kata lah, encik kan sekarang bergantung dengan jualan ketum untuk tambahkan pendapatan ekonomi. So, pendapat encik lah, kesan ekonomi kepada encik nanti akan datang, teruk tak kalau betul-betullah akta ni dikuatkuasakan oleh kerajaan? Adakah betul-betul teruk kesan ekonomi encik kalau akta ni betul dilaksanakan? R: Pendapat saya lah, orang Melayu kita la ni, apa nama.. Selalu peniaga macam kami lah, macam ni lah,kecil-kecil je kan. Tak macam orang Cina, depa lain. Depa berniaga, besar, depa buka kedai, dia punya modal pun besar. Kita ni orang Melayu macam ni je lah. Jual nasi lemak, goreng pisang.. Jual air ketum. Jadi, kalau kerajaan kuatkuasa ni, saya rasa punca pendapatan saya ni, kami lah, penjual-penjual ketum ni, kat kampung ni ada dua tiga tempat lagi. Memang terjejaslah. Mungkin lepas ni kami pun, tak boleh, orang kata apa.. Pendapatan tu tak cukuplah. Ha, tak cukup nak tampung dengan sekolah anak apa semua akan terjejas jugalah. I: Encik rasa tak, akan datang nanti, harga barang mungkin makin naik ke? R: Ya lah, harga barang tu makin naik. Jadi kami ni, pendapatan tak cukup, mungkin akan terjejas lagi lah. Makin susah lagi lah lepas ni. I: So, macam encik cakap tadi, kalau dengan permintaan ketum yang tak putus, encik rasa ke kalau keadaan tu berterusan, akan membantu encik dari segi ekonomi, sekarang dan akan datang? R: Ya lah. Permintaan tinggi la ni. Kalau kerajaan kuatkuasakan akta dadah ni, saya rasa jejas tu memang nampak sangatlah. Memang kami tak boleh nak ni lah. Pasal, nak jual ketum tu dah jadi salah, jadi tak boleh ni lah. Duit perbelanjaan saya jadi kuranglah. Bukan kata saya, anak kampung pun lepas ni tak dapat minum air ketum la lepas ni. I: Hahaha.. Tak dapat minum air ketum eh.. R: Haa, depa pun duduk bergantung dengan kami jugalah Haa. Saya dok berniaga jual air. Tu lah.. 67 I: So, maknanya, kesimpulan kat sini, kalau kerajaan betullah laksanakan ketum ni, akan menjejaskan ekonomi encik sendiri lah. R: Ya betul! Terasa jugalah. I: Kalau katalah kerajaan laksanakan juga tu, encik cadang tak nak usahakan bendang balik? Saya tanya je. R: Ha, saya akan usahakan bendang balik lah.. Tapi itulah, memang tak cukuplah. Saya bendang pun dua relung je, nak tampung semua memang tak cukup. Saya kena, kalau kata saya tak boleh tanam langsung ketum ni, saya terpaksa buat kerja lain. Jadi jaga sekolah ke. Ha, tulah.. I: Makna kata sekarang ni kalau jualan ketum ni, encik punya makan pakai semua cukuplah? R: Ah cukup.. Alhamdulillah cukup. Setakat la ni, alhamdulillah memang cukuplah. Nak kata senang tu, tak ada. Tapi cukuplah untuk perbelanjaan anak-anak apa semua, alhamdulillah lah… I: Jadi, kalau dilaksanakan juga undang-undang ni macam mana pula? Akan datang.. Rasa macam mana? R: Kalau dilaksanakan juga lah, saya rasa mungkin saya.. Saya tengok juga. Dia punya hukuman tu, had mana yang biasa kena ni lagu mana. Kalau kata berat sangat, saya mungkin, tak jual dah la lepas ni.. tapi kalau saya rasa boleh lepas lagi, boleh orang kata, tak ketat macam dadah tu, saya mungkin jual lagi la air ketum. I: Ohh.. Okay encik. Itu sahaja saya rasa untuk sesi kita harini. Terima kasih encik, atas kerjasama.. Sudi berkongsi tentang ketum dan kesan ekonomi terhadap pengusaha ketum jika dilaksanakan dibawah Akta Dadah Berbahaya. Saya harap, kita boleh bekerjasama lagi lah di masa akan datang. Ya encik? Terima kasih banyak… Assalamualaikum. R: Waalaikumussalam warahmatullah.