E-Prosiding Seminar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi 2022 (SPPT 2022)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing E-Prosiding Seminar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi 2022 (SPPT 2022) by Author "Ainun Syafiqah Shaharuddin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memperkasakan Agenda Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi Melalui Platform Program Pelajar: Pengalaman dari FEM International Mobility Student 2022 (FIMS 2022)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2022); ;Ainun Syafiqah ShaharuddinUmmul Nadiah PambiAgenda pengantarabangsaan di peringkat pengajian tinggi merupakan salah satu peranan dan strategi yang penting untuk memberi nilai tambah dalam aspek penyebaran ilmu dan meluaskan impak kepada komuniti di peringkat nasional dan juga global. Di Malaysia, aspirasi pengantarabangsaan ini secara khusus termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Aspek kajian dan perbincangan mengenai agenda pengantarabangsaan ini lebih banyak tertumpu kepada aspek polisi dan strategi. Namun, kajian tentang keterlibatan pelajar dalam merealisasikan agenda ini didapati masih kurang. Justeru, artikel ini bertujuan mengetengahkan contoh aktiviti program pengantarabangsaan anjuran pelajar dan mengenalpasti impak program ini dalam mencapai aspirasi agenda pengantarabangsaan. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes, artikel ini meneliti program FEM International Mobility Student 2022 (FIMS 2022) yang dianjurkan oleh Sekretariat Mahasiswa/Mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM (SekreFEM). Dapatan menunjukkan bahawa melalui penganjuran program ini, para pelajar memperolehi nilai tambah dalam aspek kognitif dan kemahiran insaniah di samping dapat merealisasikan objektif knowledge transfer di kalangan para peserta dari tujuh buah negara yang menyertai program tersebut. Secara umumnya, aspirasi pengantarangsaan ini dapat direalisasikan oleh pelbagai pihak terutamanya oleh para pelajar sendiri di mana impak dan aspek penghayatan oleh pelajar adalah lebih mendalam dan menyeluruh.15 126