E-Proceeding International Language and Education Innovation Competition 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing E-Proceeding International Language and Education Innovation Competition 2024 by Author "Ab Adly Rabbanie Ab Rahim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication e-Muallaqat bagi Pembelajaran Multimedia Interaktif Sastera Arab: Analisis Keperluan(Penerbit USIM, 2024); ;Ab Adly Rabbanie Ab Rahim; ;Yee Chin Yi; ; Dewasa ini melihatkan penggunaan teknologi multimedia telah menjadi suatu keperluan penting dalam usaha yang membangun dan memperkembangkan kualiti pendidikan dan proses penyampaiannya. Seiring dengan perkembangan semasa modul e-Muallaqat adalah satu modul multimedia interaktif dalam proses pembelajaran sastera Arab. Modul interaktif ini dibangunkan untuk membantu pelajar dalam pemahaman dan pengamatan pembelajaran sastera Arab menerusi pendekatan yang lebih menarik, interaktif, kreatif dan mesra pengguna. Modul e-Muallaqat ini dilengkapi dengan beberapa elemen seperti penggunaan teks, grafik, audio dan animasi yang menjadikannya lebih unik berbanding penggunaan buku teks biasa secara tradisional. Selain itu, e-Muallaqat ini juga boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa menerusi paparan pemuka yang interaktif dan mesra pengguna. Justeru, ia memberikan fleksibiliti kepada pelajar dan guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah yang dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sastera Arab yang bersifat lebih kreatif dan interaktif. Seterusnya, modul interaktif ini mampu menarik lebih minat pelajar untuk mempelajari sastera Arab sekaligus mampu menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.32 15