E-Proceeding International Language and Education Innovation Competition 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing E-Proceeding International Language and Education Innovation Competition 2024 by Author "Allina Natasya Binti Alfian"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Produk Inovasi Kit +Press Math(Penerbit USIM, 2024) ;Nurul Shahirah Binti Hashiman ;Allina Natasya Binti Alfian ;Nurul Syazwani Binti Nasaruddin ;Nur Nabilah Binti AbdullahNorfarhana Binti Mohammad DinProduk inovasi Kit +Press Math merupakan sesuatu kaedah pengajaran baharu yang dapat membantu kanak-kanak berkaitan masalah penyelesaian soalan tentang operasi tambah dalam matapelajaran matematik awal. Antara masalah tersebut adalah kanak-kanak tidak dapat menggunakan kaedah yang kebiasaannya digunakan iaitu bentuk lazim dan menggunakan jari serta mengingat di dalam otak berkenaan nombor yang perlu ditambah terutamanya pada nombor yang lebih besar seperti puluh dan ratus. Malah kebanyakan daripada kanak-kanak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan satu soalan operasi tambah. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada tujuan utama kit ini dihasilkan iaitu mengenal pasti keberkesanan produk inovasi Kit +Press Math ini terhadap operasi tambah dalam matapelajaran matematik awal. Selain itu, pelaksanaan Kit +Press Math bersama kanak-kanak juga adalah bagi mengenal pasti minat mereka semasa menyelesaikan soalan operasi tambah bagi matematik awal. Produk inovasi tidak hanya memberi tumpuan terhadap kanak-kanak, malah ianya juga dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak tentang operasi tambah dengan lebih menyeronokkan bersama kanak-kanak. Maka, produk inovasi Kit +Press Math ini diharapkan dapat diperkenalkan dengan lebih meluas dalam membantu kanak-kanak agar tahap penguasaan mereka terhadap operasi tambah matematik awal dapat ditingkatkan dengan lebih cemerlang seiring dengan peringkat umur mereka.11 12