Ulum Islamiyyah: Malaysian Journal of Islamic Sciences
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Ulum Islamiyyah: Malaysian Journal of Islamic Sciences by Author "Abdul Karem Toure"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Signifikan Ibadat Harian Dengan Rentak Circadian(Penerbit USIM, 2014); ; ;Abdul Karem ToureAl-Quran menjelaskan penciptaan malam dan siang sebagai tanda kekuasaan Allah SWT. Manakala rentak circadian merupakan satu ilmu yang mengkaji tentang rentak kehidupan manusia dengan kitaran malam dan siang. Perbahasan malam dan siang dalam al-Quran mengandungi pelbagai petunjuk yang signifikan bagi meningkatkan kualiti kehidupan fizikal dan spiritual manusia. Antara petunjuk al-Quran dan Sunnah mengenai konsep rentak circadian yang mampu meningkatkan kualiti fizikal adalah memperuntukkan waktu malam untuk tidur dan siang untuk bekerja, qailulah, beriadah dan tidur cara Rasulullah SAW. Manakala mengerjakan solat, qiamulail, berpuasa adalah antara petunjuk al-Quran dan Sunnah bagi meningkatkan kualiti spiritual manusia. Ajaran-ajaran ini mempunyai kesan secara langsung dengan konsep jam biologi manusia atau rentak circadian. Rentak circadian merupakan rentak kehidupan harian yang mencorak kitaran tidur dan bangun seseorang sepanjang 24 jam setiap hari. Namun begitu, konsep rentak circadian yang sedia ada jauh daripada roh al-Quran dan Sunnah. Justeru, objektif utama artikel ini ditulis adalah bagi menjelaskan hubungan antara ajaran Al-Quran dan Sunnah dengan konsep rentak circadian. Di samping itu, artikel ini juga akan menyentuh fakta saintifik yang telah dijalankan terhadap amalan solat, qailulah (day napping), cara tidur Rasulullah SAW, qiamulail dan kesannya terhadap kualiti rentak circadian. Artikel ini berbentuk penulisan kertas kerja konsep dengan mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli yang dipetik daripada tafsiran al-Quran, hadis dan fakta sains berkaitan rentak circadian. Hasil dapatan artikel ini mendapati bahawa segala ibadat yang disarankan oleh al-Quran dan Sunnah dapat meningkatkan kualiti fisiologi dan psikologi manusia berdasarkan konsep rentak circadian. Selain itu perbahasan rentak circadian ini hakikatnya menyeru manusia agar kembali kepada fitrah, hidup berpaksikan Allah dan natijahnya menjamin kesejahteraan dan kesihatan hidup di dunia dan akhirat.27 64