2022 SAIS (Extended Abstract)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 SAIS (Extended Abstract) by Author "Abdul Rashid Abdul Aziz"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kebimbangan Terhadap Pencapaian Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar(Penerbit USIM, 2022-12) ;Nur Ain Mustafar ;Abdul Rashid Abdul AzizNurun Najihah MusaPencapaian akademik yang baik melambangkan kecemerlangan bagi setiap pelajar. Namun, dalam mencapai kecemerlangan tersebut, antara aspek penting yang harus dihadapi oleh pelajar adalah kebolehan mengawal kebimbangan menghadapi ujian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kebimbangan menghadapi ujian dan pencapaian bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahun tiga kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan analisis deskriptif dan korelasi melalui perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 26. Seramai 80 orang pelajar dalam lingkungan umur 18 - 26 tahun ke atas telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik yang dikendalikan sendiri untuk kegunaan pengumpulan data yang merangkumi Test Anxiety Inventory (TAI) dan skor pencapaian bahasa Arab dalam peperiksaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan (r (80) = .035, p <.05) antara kebimbangan menghadapi ujian dan pencapaian bahasa Arab dalam kalangan pelajar kaunseling tahun 3 yang dikaji. Konklusinya, kajian ini dapat memberi kesedaran dan menggalakkan pelajar membuat persediaan lebih awal sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan menghadapi ujian. Sebaiknya pencapaian bahasa Arab ditingkatkan dengan bimbingan melalui program bimbingan dan kaunseling akademik yang harus diaktifkan di setiap fakulti terutama sebelum peperiksaan.23 5