2022 SAIS (Extended Abstract)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 SAIS (Extended Abstract) by Author "Farhana Mohamad Suhaimi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Wakaf Menyokong Bantuan Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) Di Malaysia(Penerbit USIM, 2022-12)Farhana Mohamad SuhaimiOrang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan mereka disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya. Mereka ini mengalami keterbatasan mobilisasi sama ada anggota fizikal mahupun mental dalam menjalani kehidupan seharian. Tumpuan perlu diberikan kepada OKU sebagai sebahagian ahli masyarakat yang memerlukan sokongan untuk hidup berdikari. Oleh yang demikian, wakaf juga berperanan membantu kerajaan dalam menyokong meningkatkan kualiti kehidupan OKU dan ke arah memperkasa komuniti yang produktif dan sejahtera. Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat kemudahan dan keistimewaan OKU sedia ada dan bagaimana projek wakaf sedia ada menyumbang dalam usaha menyokong OKU di Malaysia. Kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk kualitatif dan data diperolehi melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati sumbangan wakaf tidak bersifat eksklusif, malah turut merangkumi keperluan OKU, walau bagaimanapun pelbagai inisiatif baru dengan kerjasama pihak berwajib yang bertanggungjawab dalam hal ehwal OKU boleh diperluaskan lagi untuk kemaslahatan OKU dan kesejahteraan masyarakat.37 27