2023 I-iECONS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 I-iECONS by Author "Abdul Rauf Hj. Ridzuan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dimensi Literasi Media dan Kesediaan Penyertaan Politik dalam Kalangan Pengundi Muda Baharu di Zon Selatan, Malaysia(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Siti Nurshahidah Sah Allam ;Mohd Sufiean Hassan ;Abdul Rauf Hj. Ridzuan ;Noor Afzaliza Nazira Ibrahim ;Nur Shazana Abdul RaniNajihah Hanisah MarmayaLedakan teknologi komunikasi dan maklumat pada hari ini membuka platform kepada golongan muda terutama pengundi muda (Undi18) untuk mendapat akses maklumat politik. Hal ini mendorong kepada pelaksanaan polisi penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Malaysia. Objektif kajian ini untuk mengkaji tahap kemahiran literasi media dan tahap kesediaan penyertaan politik dalam kalangan pengundi muda di Malaysia. Kaedah survei digunakan ke atas 547 responden dalam kalangan pengundi muda (18-26 tahun) di Malaysia. Soal selidik telah melalui proses kesahan pakar dan kesahan bersemuka yang menjadikan nilai Alpha Cronbach bagi setiap item adalah melebihi 0.07 yang membawa maksud mempunyai aras kesahan yang baik. Pekali alfa untuk semua item ialah 0.95. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran literasi media dalam kalangan pengundi muda adalah sederhana (min=3.93) dan tahap kesediaan penyertaan politik dalam kalangan pengundi muda adalah rendah (min=2.56). Namun, responden dilaporkan mempunyai tahap pengetahuan politik yang tinggi dan menjadikan media sosial merupakan platform popular untuk mendapatkan maklumat politik. Kajian ini melaporkan ibu bapa, sekolah serta media sosial merupakan agen yang mempengaruhi minat politik. Kajian ini membawa implikasi sosial bahawa Kerajaan perlu mempergiat kempen kemahiran literasi media di peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. Kepentingan kemahiran literasi media meningkatkan tahap kesediaan penyertaan politik dalam kalangan pengundi muda. Kajian ini turut membantu negara mencapai matlamat dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah Teras 5, iaitu Transformasi Modal Insan melalui Program Pembangunan Literasi Media dan Politik bagi melahirkan pemimpin berintegriti dalam kalangan golongan muda.11 43