2023 I-iECONS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 I-iECONS by Author "Abdullah Firdaus Abdul Jalil"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Pembentukan Parameter Kontrak Perniagaan Francais Dobi Layan Diri(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Mohd Huefiros Efizi HusainAbdullah Firdaus Abdul JalilKontrak perniagaan francais adalah elemen penting menghubungkan keperluan di antara francaisor dan francaisi sepanjang kontrak berlangsung. Kedua-dua peranan tersebut perlu menyatakan persetujuan ke atas kontrak ditawarkan sebelum perniagaan mula beroperasi. Kontrak yang ditawarkan mengandungi terma khusus yang menfokuskan kepada bentuk operasi perniagaan dan matlamat yang mahu dicapai. Persetujuan mematuhi setiap terma dalam kontrak dituntut supaya kemungkiran dalam mendirikan kontrak dapat diatasi. Walaubagaimanapun, terdapat isu dalam kontrak francais yang belum menemui cara penyelesaian dan ia berlarutan kepada tempoh masa yang lama untuk diselesaikan. Ia memberi impak kepada prestasi operasi perniagaan dan hubungan kedua-dua peranan. Oleh itu, kajian ini meninjau langkah penyelesaian kepada isu tersebut berdasarkan kaedah fiqh tertentudalam pembentukan parameter kontrak perniagaan francais dobi layan diri. Para fuqaha’ begitu meneliti menghasilkan kaedah fiqh menerusi kefahaman daripada sumber hukum utama Islam agar ia dijadikan rujukan dalam keperluan sejagat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah perpustakaan dan temubual bersama pakar. Hasil kajian mendapati kaedah fiqh yang disandarkan bersesuaian untuk dicadangkan dalam pembentukan parameter pelaksanaan kontrak dan menyelesaikan isu dalam perniagaan ini dengan segera. Kajian ini mencadangkan agar penghayatan kaedah fiqh dapat diperluaskan dalam kebanyakan kontrak perniagaan bagi memastikan matlamat operasi perniagaan dapat dicapai sepenuhnya4 20