2023 iJURECON Poster Presentation
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 iJURECON Poster Presentation by Author "Amirul Naqib bin Ahmad Fathil Mubashshir"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Kebakaran Hutan Paya Gambut di Negeri Pahang: Tindakan dan Cabaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP)(Kolej PERMATA Insan, 2023-12-23) ;Amirul Naqib bin Ahmad Fathil Mubashshir ;Muhammad Danial Haqimi bin Mohamad Rozi ;Muhammad Noor Naim bin Mohd Noor Fadillah ;Auni Sumayyah binti Mohd HamizanNurul Farhah binti HamidiDi Semenanjung Malaysia, hutan paya gambut boleh didapati di negeri Pahang. Keluasannya meliputi 140,829.97 hektar daripada keseluruhan hutan di Pahang yang berjumlah 1.5 juta hektar. Hutan paya gambut berperanan menyerap karbon dioksida dan membantu menstabilkan iklim dengan memperlahankan proses pemanasan global. Selain itu, hutan paya gambut juga merupakan habitat perlindungan kepada spesis-spesis reptilia yang terancam. Dilaporkan bahawa tiga buah daerah di Pahang iaitu Pekan, Kuantan dan Rompin sering berhadapan dengan masalah kebakaran hutan paya gambut. Berdasarkan analisis imej satelit yang diperoleh dari Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), hutan paya gambut di daerah Pekan berisiko tinggi untuk terbakar pada musim kering yang dijangkakan berlaku antara Mei hingga September kerana Monsun Barat Daya. Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan usaha JPNP dalam pengurusan kebakaran hutan paya gambut. Penyelidikannya dilaksanakan secara kualitatif iaitu menganalisis laporan-laporan kebakaran hutan yang telah direkodkan oleh JPNP. Temu bual bagi mengumpulkan maklumat berkaitan pengurusan kebakaran hutan paya gambut turut diadakan. Sungguhpun faktor utama berlakunya kebakaran disebabkan oleh cuaca yang panas, namun pelbagai langkah telah diambil dalam menyelesaikan isu kebakaran hutan agar ekosistem hutan paya gambut dapat dikekalkan. Pelaksanaan penyelidikan ini membantu dalam mengenal pasti kaedah-kaedah yang telah digunakan bagi mengatasi masalah kebakaran hutan paya gambut yang saban tahun berlaku di negeri Pahang.41 53