2022 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2022 SAIS by Author "Ahmad Wifaq Mokhtar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Taklif Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Pelaksanaan Ibadat(Penerbit USIM, 2022) ;Azman Ab Rahman ;Muhammad Faiz Abd. Shakor ;Norakyairee Mohd Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Ahmad Wifaq Mokhtar; Nurul Nadia NozlanGolongan OKU adalah hamba Allah dan mempunyai kewajipan untuk beribadat kepada Allah mengikut kemampuan mereka. Walaupun golongan OKU ditakdirkan wujud kekurangan pada tahap keupayaan mereka sama ada mental atau fizikal, namun mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa hak dan kewajipan tertentu yang telah ditetapkan untuk golongan ini. Justeru, artikel ini akan membincangkan khusus berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam skop pelaksanaan ibadat. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam mengumpulkan data bagi mencapai kehendak objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kajian mendapati kedudukan taklif bagi golongan OKU Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan dan Fizikal wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan kemampuan dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada OKU Pelbagai yang melibatkan ketidakupayaan pendengaran dan penglihatan sejak dilahirkan, dan mereka yang mengalami ketidaksempurnaan akal yang teruk. Hal ini kerana mereka tidak mampu memahami dalil pentaklifan yang menjadi syarat utama menjadi mukalaf. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat secara umum dan golongan OKU khususnya berkenaan kedudukan taklif bagi golongan OKU dalam pelaksanaan ibadat.78 431