Browsing by Author "A. Irwan Santeri Doll Kawaid"
Now showing 1 - 20 of 24
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Authenticity of Hadith in Sunan Abu Dawud: Funerals Chapter (Number Hadith 3101 To 3200)(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Ain Syakirah Hishamuddin ;Iman Aisyah Farhana Azman Hakim ;Nur Aisyah Faqihah Mohd ZamriA. Irwan Santeri Doll KawaidHadith is Muslims' second source of Islamic law principles. In debating Islamic law, both the Quran and Hadith have the authority of legal sources. The use of hadith among Muslims has gotten so casual that the use of fake hadith has become a habit within the ummah Islam. Learning Hadith is necessary because knowledge plays an important role in maintaining the integrity of hadith used in daily life. Furthermore, the goal of this study was to provide an overview and review of the hadith on the benefits of learning. There are still hadiths that we have not explored, and we must continue our investigation because there are several hadiths in Sunan Abu Dawud that describe funerals in greater detail. This research seeks to analyze statically the status of Hadith Sahih, hadith Hassan, and Hadith Dhaif in Sunan Abu Dawud in funeral chapter. When doing that way, we can be certain that the Book of Sunan Abu Dawud contains not just authentic hadiths, but also weak and other hadiths. However, to achieve this goal, qualitative methods were used in this study. Sunan Abu Dawud's hadith on "corpses" provides a through overview of Islamic burial practices and doctrines. Corpse preparation, prayer, funeral rites, and following of manners and laws are among the topics covered. This study will help individuals and the Muslim community comprehend correct death practices. Aside from that, this research can be beneficial to a wide range of people, particularly those studying takhrij or wanting to learn more about hadith in depth. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pembinaan Pangkalan Data Hadis Lengkap Dalam Bahasa Melayu Untuk Data Raya (Big Data) Yang Dihadapi Oleh Kumpulan I-Status Hadis: Satu Kajian Kes(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Helimy Aris ;Norzulaily Mohd Ghazali ;Mohd Fadzli Marhusin ;Norhidayah AzmanNurul Fathihin Mohd Noor ShahLedakan teknologi maklumat telah merancakkan lagi perkembangan ilmu, aplikasi dan pemprosesan maklumat. Data-data yang diperolehi sama ada daripada sumber maya atau konvensional didigitalkan, disusun dan dianalisa menggunaan mesin penyusun dan penganalisa. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain menggunakan mesin penyusun dan penganalisa data, penggunaan mesin pembuat keputusan juga dapat membantu menghasilkan output yang lebih baik dan tepat. Dalam bidang hadis, banyak pihak telah membangunkan pelbagai aplikasi digital berkaitan hadis menggunakan teknik yang ringkas mahupun yang lebih kompleks mencakupi kemampuan janaan dan paparan dapatan yang hebat dan penggunaan teknologi berasaskan awan. Tujuannya untuk memudahkan orang ramai mencapai data-data hadis Nabi SAW. Data dalam aplikasi-aplikasi tersebut biasanya dicapai daripada pangkalan data yang telah disiapkan. Namun, tidak banyak aplikasi atau pangkalan data berkaian hadis yang bercirikan maklumat dan paparan yang hebat yang dibina dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang amat bagus hanya terdapat dalam bahasa asing. Ketiadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ketiadaan dana, sumber manusia, kepakaran dan pelbagai lagi. Kertas kerja ini akan cuba membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan i-Status Hadis, USIM dalam membina pangkalan data hadis lengkap untuk tujuan data raya. Kajian kes ini akan cuba mengkaji permasalahan yang mereka hadapi serta melihat solusi kepada penyelesaiannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faedah Takhrij Hadis kepada Sanad Dan Matan: Satu Kajian Analisis(USIM Press, 2021-12) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Amiruddin Mohd SobaliAhmad Izzuddin Abu BakarTakhrīj hadith (retireieval of hadith) is being considered as a process of disclosing the position of hadith in its premier sources. In this era, this process has become among the matters that are highly demanded to be carried out by various parties to those who are quoting the hadith of the Prophet SAW in their writings. Among the objectives of it is to ease the reader to find the location of the hadith and its source that were quoted from and to preserve the hadith of the Prophet SAW from being manipulated. Meaning that, it can be an evidence to prove that the hadith is truly has its relation to the Prophet SAW and not an invention. Hence, Takhrīj hadith was stressed and became an important matter. Apart from these benefits, there are other benefits related to the Takhrīj that can be obtained in many aspects, especially pertaining with the matn and sanad. This article aims to analyse those benefits as well as describe its positiveness to the ummah dan to the hadith itself. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadith Mawdu’ Dalam Kitab Bughyah Al-Tullab Karangan Sheikh Daud Al-Fatani (Juzuk 1): Satu Kajian Semula(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Mohd Zohdi Mohd AminA. Irwan Santeri Doll KawaidMutakhir ini terdapat kajian dijalankan bagi menyemakstatus hadis di dalam kitab jawi atau kitab kuning karangan para ulama di alam Melayu. Sebahagian kajian mendakwa terdapatnya hadis mawdu’di dalam kitab berkenaan. Dakwaan ini secara tidak langsung menjejaskan reputasi ulama tersebut di mata masyarakat. Walaupun begitu, terdapat dakwaan berkenaan tersasar dari kebenaran apabila gagal menerapkan sepenuhnya disiplin ilmu hadis yang diakui oleh para ulama. Sehubung itu, kertas kerja ini akan mengetengahkan aspek kesilapan yang berlaku melalui kajian terhadap tiga hadis yang dihukum sebagai palsu oleh Itsama-e Nawae, di dalam tesis Siswazah tajuk“Hadith-Hadith dalam Bughyah al-Tullab Karangan Sheikh Daud al-Fatani (Juzuk 1): Takhrij dan Analisis”. Kajian menerapkan metode analisis secara deduktif dan induktifserta perbandingan. Penentuan hukum hadis pula berdasarkan kaedah takhrij hadis serta ilmu hadis yang disepakati oleh para ulama hadis. Kajian mendapati bahawa kewujudan perawi hadis berstatus pendusta di dalam sanad hadis tidak memadai untuk dijadikan hujah dalam menghukum hadis berkenaan sebagai hadis palsu. Bahkan perlu disertakan dengan petunjuk yang jelas menunjukkan bahawa hadis tersebut adalah suatu rekaan dan palsu. Kajian mendapatibahawa ketiga-tiga hadis yang dihukum palsu tersebut sewajarnya dihukum sebagai hadis da’ifatau tersangat da’ifdan bukannya hadis palsu kerana tidak dibuktikan mempunyai petunjuk yang jelas bahawa ianya palsu - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Inovasi dalam Pengajaran Hadis: Penggunaan Laman Web Islamweb dalam Pengkajian Sanad(2012) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Mohd. Zohdi Mohd Amin ;Mohd Khairul Nizam Zainan NazriMohd Yusuf Bin IsmailPenggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan telah menjadi suatu yang lumrah pada hari ini. Selain tujuan pembentangan, interaktif dan perhubungan, banyak lagi aplikasi berkaitan dengannya boleh dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang hadis, banyak aplikasi ICT berkaitan dengannya telah dibangunkan. Tujuannnya adalah untuk memudahkan umat Islam mendekatkan diri mereka dengan sumber kedua terpenting mereka itu. Antara aplikasi-aplikasi tersebut ada yang sentiasa maju seiring dengan kemajuan dunia ICT yang bukan sahaja dengan pendigitalan kitab-kitab sahaja, malah dengan inovasi produk-produk lain. Kajian sanad adalah salah satu bidang pengajian yang mendapat manfaat daripada kemajuan ICT ini. Bidang yang dianggap agak mencabar dalam pengajian hadis ini dapat dipermudahkan dengan penggunaan teknologi tersebut, terutamanya dalam proses carian teks dan mendapatkan sumber rujukan berkaitan dan mengetahui maklumat perawi dengan pantas serta mendapatkan gambaran silsilah sanad. Laman web ‘islamweb’ adalah antara laman web yang mengandungi bahan berkaitan hadis dan sanad yang baik lagi canggih. Ia mempunyai pelbagai fungsi inovatif yang dapat membantu dalam pengajian sanad. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan kaedah terbaru dalam pengajian sanad dengan menggunakan laman web islamweb.net yang boleh dimanfaatkan oleh para pengajar mata kursus berkaitan pengajian sanad untuk memudahkan pelajar memahami ilmu tersebut - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Hadis Iftiraq al-Ummah Menurut Neraca Para Ulama Hadis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Ahamad Asmadi SakatA. Irwan Santeri Doll KawaidPerpecahan umat Islam kepada 73 puak telah diberitakan oleh Rasulullah melalui sebuah hadis yang dikenali sebagai hadis Iftirāq al-Ummah. Hadis ini menjelaskan bahawa wujudnya satu puak yang berada dalam kebenaran (al-Firqah al-Nājiyah), manakala puak yang selebihnya disifatkan sebagai puak yang sesat. Rentetan itu, terdapat puak yang mendakwa diri masing-masing sebagai al-Firqah al-Nājiyah, sekaligus melontar kesesatan terhadap pihak yang bertentangan dan berlainan aliran. Keadaan ini mendorong sesetengah pihak menolak hadis ini kerana dianggap sebagai punca perbalahan dan perpecahan umat. Sewajarnya penolakan sesebuah hadis perlulah berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan sandaran sanad hadis dan tidak semata-mata bergantung kepada sangkaan wujudnya ʻillah pada makna hadis. Justeru kajian kualitatif dijalankan terhadap 33 periwayatan hadis Iftirāq al-Ummah yang diriwayatkan melalui 14 orang para sahabat. Analisis sanad hadis dengan mengikut metode ahli hadis dijalankan terhadap rantaian sanad hadis di samping penilaian terhadap pertautan di antara sanad. Kajian mendapati bahawa sebahagian sanad hadis ini berada pada kedudukan hasan, dan dapat ditingkatkan ke tahap sahih dengan adanya shawāhid daripada lima periwayatan para sahabat. Setiap riwayat tersebut menguatkan di antara satu sama lain. Manakala riwayat yang selainnya tidak lekang daripada kecacatan dan kelemahan periwayatnya. Riwayat yang sahih menjelaskan bahawa al-Firqah al-Nājiyah ialah al-Jamāʻah dan al-Sawād al-A'zam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Penyeragaman Gaya Penulisan Takhrij Bagi Penulisan Ilmiah: Satu Cadangan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Zulhimi Mohamed Nor ;Amiruddin Mohd SobaliMohd Zohdi Mohd AminTakhrij hadis adalah penyataan sumber asal bagi hadis daripada sumber-sumber utama Islam. Objektifnya ialah untuk memelihara hadis Nabi SAW daripada dimanipulasi serta menjelaskan perkara lain yang berkaitan dengan hadis tersebut. Penyataan takhrij telah menjadi budaya pada penulisan hari ini. Kebanyakkan penulisan, terutamanya penulisan ilmiah, menyaratkan agar setiap hadis yang dibawakan dalam penulisan itu perlu dikemukakan takhrijnya. Namun, meskipun begitu, kebanyakkan takhrij yang dikemukakan didapati tidak mempunyai keseragaman dari sudut gaya penulisan. Ketidakseragaman tersebut berpunca daripada ketiadaan garis panduan yang jelas dalam dalam menentukan gaya tertentu. Artikel ini bertujuan membincangkan ketidakseragaman tersebut serta mencadangkan beberapa gaya agar diaplikasikan dalam penulisan ilmiah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ketokohan Ulama Hadis Dalam Bidang Tafsir(Penerbit USIM, 2023)A. Irwan Santeri Doll KawaidQuran dan hadis Nabi SAW merupakan dua sumber rujukan utama Islam yang perlu difahami dengan baik oleh umat Islam. Disebabkan kepentingannya, penguasaan terhadap kedua-duanya telah menjadi tumpuan utama oleh ulama Islam dari zaman awal Islam. Namun, disebabkan kepelbagaian kecenderungan, kekangan dan perkara lain, walaupun ada di kalangan para ulama yang dapat menguasai kedua-duanya, tetapi tidak semua mereka menonjol dalam kedua-duanya. Malah sesetengah mereka hanya menonjol dan menghasilkan karya-karya yang menjadi rujukan hingga ke hari ini dalam satu atau beberapa bidang ilmu sahaja. Justeru, ada di kalangan mereka yang menonjol dalam bidang tafsir dan fekah, atau dalam bidang tafsir, bahasa dan beberapa bidang lain. Ada juga di antara mereka yang menonjol dalam lebih daripada itu. Termasuklah di kalangan mereka adalah ulama hadis. Terdapat beberapa ulama hadis yang dikesan menguasai dan menonjol dalam beberapa ilmu. Di antaranya ilmu tasfir. Malah mereka terkenal dalam bidang tersebut. Selain mempunyai karya agong dalam bidang hadis, mereka juga menghasilkan karya yang tidak kurang pentingnya dalam bidang tersebut. Disebabkan latar belakang mereka dalam bidang hadis, metodologi mereka dalam menafsirkan Quran mempunyai perbezaan daripada ulama tafsir lain yang bukan dari bidang hadis terutamanya dari sudut penekanan terhadap aspek riwayat. Kajian ini bertujuan membincangkan sumbangan mereka dalam bidang tafsir serta menganalisis metodologi yang mereka terapkan dalam menafsirkan Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kitab Hadith Di Alam Melayu: Sorotan Kajian(Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Indonesia, 2014-08)A. Irwan Santeri Doll KawaidBanyak kajian telah dibuat terhadap kitab hadith yang telah ditulis oleh ulama di alam Melayu. Kajian-kajian tersebut menunjukkan bahawa kitab hadith telah ditulis oleh ulama Melayu sejak abad ke 17 M lagi. Kajiankajian tersebut turut menunjukkan bahawa ilmu hadith bukanlah ilmu yang dipinggirkan penulisannya oleh ulama Melayu meskipun rantau nusantara lebih terkenal dengan penumpuan terhadap pengajian dan juga penulisan dalam bidang fiqh, akidah dan tasawwuf. Kajian-kajian tersebut juga membuktikan bahawa ulama Melayu selain menyebarkan ilmu hadith secara pengajaran turut menyebarkannya secara penulisan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kritik Teks Hadith & Penggunaannya dalam Menilai Hadith(Penerbit USIM, 2023) ;Helimy Aris ;Amran Abdul HalimA. Irwan Santeri Doll KawaidKajian ini adalah bertujuan menonjolkan seni kritik teks hadith yang kesannya dalam proses penilaian terhadap hadith. Perbahasan mengenainya banyak dilakukan oleh sarjana-sarjana Hadith terdahulu. Namun, ia tidak pusatkan dalam satu bab yang khusus sehingga ada yang menyangka ahli hadith terlalu mengabaikan aspek kritik matan dalam penilaian mereka. Kajiankajian lepas menunjukkan topik ini masih baru diterokai oleh pengkaji-pengkaji hadith semasa. Penulis telah menggunakan kajian perpustaakan dalam usaha menonjolkan kewujudan seni kritik hadith dalam kalangan ahli hadith. Hasil kajian menunjukkan seni kritik teks hadith telah digunakan oleh tokoh-tokoh hadith terkemuka dalam menilai perawi dan hadith dan ia sekaligus menunjukkan tuduhan sebahagian pihak terhadap ahli hadith adalah tidak berasas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembinaan Pangkalan Data Hadis Lengkap Dalam Bahasa Melayu Untuk Data Raya (Big Data): Kajian Kes Terhadap Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kumpulan I-Status Hadis(USIM Press, 2023) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Helimy Aris ;Norzulaili Mohd Ghazali ;Mohd Fadzli Marhusin ;Norhidayah Azman ;Nurul Fathihin Mohd Noor ShahZulhilmi Mohamed NorThe rapid development of the Industrial Revolution 4.0 has brought significant changes to the information-seeking paradigm among users. This change is observed from the print-based information seeking paradigm to web-based sources seeking. As a result, many parties are giving the creation of digital information priority over conventional information. In the field of Hadith (sayings and actions of the Prophet Muhammad), a plethora of digital information has been provided by various parties. Such data, commonly found in various applications, is typically accessed from prepared databases. But the majority of the applications are in other languages. Few Hadith-related applications provide complete data and presentations created in the Malay language. This absence is due to various factors, including a lack of funding, human resources, expertise, and others. This study attempts to discuss the challenges faced by the i-Status Hadith group of USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) who are attempting to build a complete Hadith database for digital data purposes. This case study will attempt to examine the problems they encounter and explore potential solutions for resolution. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengintegrasian Aplikasi ICT Berkaitan Hadis dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Berkaitan Hadis di Universiti Awam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Shumsudin YabiMohd Yusuf IsmailPenggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi suatu yang lumrah dalam dunia pendidikan hari ini. Selain bagi tujuan pembentangan, interaktif dan perhubungan, banyak lagi aplikasi berkaitan ICT yang telah dibangunkan yang boleh digunakandalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang hadis, telah terdapat banyak aplikasi ICT berkaitan hadis yang dibangunkan. Ia bertujuan memudahkan umat Islam mendekatkan diri mereka dengan sumber kedua terpenting itu serta bagi membolehkan mereka menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengannya. Aplikasi-aplikasi tersebut sentiasa maju seiring dengan kemajuan baru yang terdapat dunia ICT yang bukan sahaja berbentuk pendigitalan kitab-kitab hadis sahaja malah dengan kewujudan pelbagai fungsi yang maju yang lain. Kajian ini ingin meninjau adakah aplikasi-aplikasi berkaitan hadis tersebut dintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus berkaitan hadis di universiti awam (UA) Malayisa; apakah ia didedahkan, digunakan, digalakkan penggunaannya dan apakah persepsi, kebolehpercayaan, tahap kemahiran, pengetahuan, kekerapan penggunaan serta halangan yang dihadapi pensyarah bidang hadis dalam pengintegrasiannya? Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang dilakukan ke atas para pensyarah bidang hadis di beberapa UA Malaysia bagi mengenalpasti pengintegrasian tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa, dari sudut pengetahuan, kebanyakan pensyarah bidang hadis di UA Malaysia mengetahui dan mahir menggunakan aplikasi ICT berkaitan hadis. Dari sudut tahap pengintegrasian pula, rata-rata mereka menerima baik dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan hadis.Tidak timbul halangan pengaplikasiannya dari sudut polisi serta sokongan daripada pihak institusi merka. Namun masih terdapat beberapa pandangan yang kurang bersetuju dengan pengintegrasian sepenuhnya ICT kerana bagi pandangan mereka, unsur-unsur keaslian ilmu hadis perlu dikekalkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penilaian Status Hadith di Era Digital(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Helimy Aris ;Amran Abdul Halim ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Zulhilmi Mohamed Nor ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Norzulaily Mohd Ghazali ;Mohd Fadzli Marhusin ;Norhidayah AzmanNurul Fathihin Mohd Noor ShahPenilaian status hadith sangat penting sebagai satu langkah berinteraksi dengan sunnah yang merupakan sumber kedua perundangan Islam. Tulisan ini bertujuan menjelaskan melalui kajian perpustakaan tentang kaedah penilaian status hadith di sisi sarjana hadith dan kewajarannya di era ICT dan digital. Kajian mengenai hal ini jarang dilakukan khasnya dalam bahasa melayu. Hasil kajian mendapati penilaian status hadith sama ada secara naqli, dirā`ī atau kombinasi kedu-duanya masih relavan dilakukan pada zaman digital dan ia semakin mudah dengan bantuan aplikasi digital hadith yang menjadi faktor proses penilaian dapat dilakukan dengan lancar dan cepat - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Polemik Tuduhan Al-hafiz Abu Abdu Al-rahman Al-sulami Al-sufi Sebagai Seorang Pemalsu Hadis(Tazkia University College of Islamic Economics, 2019) ;Mohd Khairul Ni’mat Doll Kawaid ;Ahamad Asmadi Sakat ;Fadlan Mohd Othman,A. Irwan Santeri Doll KawaidAbu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (325-412H) merupakan seorang ulama Hadis dari Khurasan yang hidup di kurun ke-lima yang beraliran sufi. Beliau mengarang banyak karya dan antara karya beliau yang terkenal adalah Haqaiq al-Tafsir, al-Thabaqat al-Sufiah dan al-Sualat li al-Daraquti. Kitab beliau al-Sualat li al-Daraquti merupakan sumbangan terbesar beliau dalam bidang hadis. Namun, disebalik ketokohan beliau, terdapat dakwaan yang mengatakan beliau seorang pemalsu hadis. Antara yang mendakwa demikian ialah Muhammad bin Yusuf Al-Qattan (w422H) dan al-Munawi (w1040H). Lantaran timbul polimik ini di kalangan ulama, kajian ini cuba mengkaji pandangan-pandang ulama lain terhadap beliau untuk mengenalpasti punca dakwaan tersebut dan adakah benar dakwaan tersebut? Kajian berbentuk kualitatif yang bersifat analisis dokumen ini mengadaptasikan beberapa metode seperti metode analisis data, metode persejarahan dan lain-lain. Data pula dikumpul melalui kajian perpustakaan lalu mengaplikasikan metode analisis kandungan. Hasil penelitian terhadap pandangan ulama didapati bahawa dakwaan tersebut adalah meragukan. Ini kerana, al-Dhahabi dan Ibnu Hajar hanya memberikan komentar ‘laisa bi ‘umdah’ terhadap beliau, iaitu komentar yang tidak menunjukkan beliau seorang pemalsu hadis., Diharapkan kajian ini dapat merungkaikan polemik yang timbul serta dapat mengembalikan kedudukan kitab beliau sebagai antara kitab dalam ilmu rijal yang penting. Kata kunci: ‘Abd al-Rahman al-Sulami al-Sufi, polemik, pemalsu hadis - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Riwayat Israiliyyat Dalam Tafsir Al-Quran: Persepsi Pensyarah Pengajian Islam Di Ipta Terpilih Di Malaysia(USIM PRESS, 2018) ;Syed Mohammad Chaedar ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Nur Saadah Hamisan@Khair ;Khairul Anwar MuhammadKhairul Nizam Zainan NazriRiwayat Israiliyyat mempunyai beberapa impak negatif yang boleh ditemui dalam kitab-kitab Tafsir al-Quran. Pelbagai usaha memurnikan dan membersihkan tafsiran-tafsiran ayat al-Quran dari fahaman yang tidak menepati kemurnian aqidah dan tata susila telah giat dijalankan sejak dahulu lagi. Lalu kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman para pensyarah terhadap riwayat Israiliyyat yang tersebar, mengenal pasti sejauh mana tahap kesedaran para pensyarah akan bahaya dan kepentingan riwayat Israiliyyat tersebut, dan menilai bagaimana cara mereka menyampaikan riwayat Israiliyyat tersebut khususnya riwayat yang menjejas akidah. Metod kajian menggunakan kaedah kajian lapangan yang melibatkan responden seramai 101 pensyarah daripada lima institut pengajian tinggi awam dan swasta iaitu Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dapatan kajian menunjukkanbahawa kesedaran dikalangan pensyarah akan bahaya Israiliyyat dapat dikenal pasti, meskipun mereka mendapati ada beberapa kepentingan dalam sebahagian riwayat Israiliyyat yang disokong oleh syariat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role Of Malaysian And Indonesian Ulama In Hadith Studies: Muhammad Idris Al-marbawi And T.m. Hasbi Ash Shiddieqy(Universitas Islam Negeri, Sumatera Utara Medan, 2019) ;Ramli Abdul WahidA. Irwan Santeri Doll KawaidThis study compares the roles of Muhammad Idris al-Marbawi from Malaysia and Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy from Indonesia in the field of hadith. Both scholars were considered to have contributed to the study of hadith in respective countries. This study is a library research, the data of which was obtained through documentary study. The works of the two scholars were used as primary sources and the the previous researches of expert on the two scholars were used as secondary sources. This study found that both scholars had involved in hadith studies and left a number of important works in the field. The authors also found that the two scholars who lived in the same period but in a different country also wrote in other Islamic fields, especially Qur’anic exegesis and Islamic law, in addition to hadith. The difference is that al-Marbawi developed the study of sufism, while Ash Shiddieqy had never wrote in this field. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Signifikan Kitab Arbau'n Hadithan Fi Ishtina' Al-Ma'ruf Bayna Al-Muslimin oleh Imam Al-Mundhiri Dalam Menggalakkan Melakukan Kebajikan Sesama Manusia: Satu Kajian(Unplished Work (Organizer: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)), 2022) ;A. Irwan Santeri Doll KawaidShumsudin YabiKitab Arba’un Hadithan fi Ishtina’ al-Ma’ruf Bayna al-Muslimin merupakan kitab hadis berbentuk hadis empat puluh yang pertama dikarang berkaitan kelebihan melakukan kebajikan kepada sesama manusia. Ia adalah antara karya Imam ‘Abd al-‘Adhim bin ‘Abd al-Qawiyy al-Mundhiri (w656H) yang bermaksud ia dihasilkan sekitar kurun ketujuh hijrah lagi. Kitab ini telah mendapat perhatian Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi yang telah menerbitkannya pada tahun 1985. Dalam kitab ini, Imam al-Mundhiri telah menghimpunkan empat puluh hadis tentang kelebihan melakukan kebaikan kepada sesama manusia daripada pelbagai kitab hadis klasik. Namun begitu, pengarang kitab ini, iaitu al-Hafiz al-Mundhri tidak menyatakan mukadimah, sanad hadis, sumber-sumber ambilan hadis-hadis malah apa-apa keterangan berkaitan hadis-hadis yang dipilih. Setelah beliau, Imam Muhammad bin Ibrahim al-Sulami al-Munawi (w803H) telah menambah baik kitab tersebut dengan menambahkan maklumat sumber-sumber ambilan hadis, menyatakan beberapa hadis yang menguatkan hadis-hadis yang terdapat dalamnya serta mensyarah hadis-hadisnya. Kemudian kitab ini diringkaskan oleh Muhammad bin Makhluf alTha’alabi (w875H). Meskipun Imam al-Mundhiri merupakan seorang ulama hadis begitu juga Imam al-Sulami dan al-Tha’alabi, namun hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab ini didapati tidak semuanya sahih. Malah Imam al-Sulami dan al-Tha’alabi juga didapati tidak banyak memberi komentar terhadap status hadis-hadisnya. Kertas kerja ini cuba mengupas tentang status kesahihan hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini serta menonjolkan signifikan kitab ini dalam menggalakkan aktiviti melakukan kebajikan kepada orang yang sedang dalam kesusahan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الإسلام دين السلام(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Shumsudin Yabi ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Akila MamatMuhammad Yosef Niteh - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الرواة العميان في كتاب "الضبط والتبيين لذوي العلل والعاهات من المحدثين" لابن المِبْرَد: جمعا ودراسة(USIM Press, 2022) ;Shumsudin Yabi ;Amran Abdul Halim ;Mesbahul Hoque ChowdhuryA. Irwan Santeri Doll KawaidThe Muslims exerted their utmost efforts in memorizing the hadiths of the Prophet, peace and blessings be upon him, and they followed various means and methods, and they spared no effort to preserve the pure Sunnah as the second source of Islamic legislation. So they knew their names, their births and their places of origin, and they followed their journeys in seeking knowledge, and from the total of the narrators a group of people with special needs, including the narrator described as blind. It is an important part of the science of Hadith that preserves the Sunnah for us to bear and perform as long as the hearing is correct. This study tries to take a look on The blind narrators with special needs, who In Al-Mabrard collected in his book "Al-Dabt Wat-Tabeen for the People of Illness and Disabilities among the Muhaddith", and know their personalities, their position in the narration, and the scholars' sayings about them. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الشيخ محمد الأمين الشنقيطي ومنهجه في التفسير بِلمأثور(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Shumsudin Yabi ;Amiruddin Sobali ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid ;Fadlan OthmanAkila Mamat