Browsing by Author "A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-Nadawi"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Hadis di Era ICT(2014)A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-NadawiPendidikan atau pengajian adalah suatu yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut kesesuaian zaman dan keadaan. Pengajian hadis adalah antara bidang pengajian yang tidak terkecuali daripada mengalami proses perubahan tersebut. Semenjak ia terbit daripada empunya diri iaitu Nabi Muhammad s.a.w, ilmu ini telah mengalami pelbagai perubahan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Antara perubahan yang berlaku adalah daripada dahulunya ia diajar tanpa menggunakan kitab kemudian dengan diajarkan dengan menggunakan kitab, daripada diajarkan dengan menggunakan kitab yang bertulis tangan kepada penggunaan kitab yang bercetak, daripada dipelajari secara tidak formal kepada cara yang berbentuk formal dan berbagai lagi. Teknologi ICT adalah suatu kemajuan yang tidak asing lagi di zaman ini. Penggunaannya telah menjadi suatu budaya masyarakat dunia. Malah ia telah dijadikan alat penting dalam dunia pendidikan. Justeru itu, kertas kerja ini mencuba melihat kesesuaian teknologi ini untuk diaplikasikan dalam bidang pengajian hadis dan meneroka aspek positif yang terdapat dalamnya untuk dimafaatkan bagi kebaikan bidang ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peribadi Muawiyah ibn Abu Sufyan RA dalam Karya Melayu: Kajian Kritis Terhadap Tulisan al-Idrus(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Muhammad Zaid Bakar Redin ;Mustafa Khlaif Mohammad Abu Zaid ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-NadawiShumsudin YabiPeribadi Saidina Muawiyah ibn Abu Sufyan RA antara peribadi sahabat Nabi SAW yang sering dilanda kontroversi. Hal ini disebabkan beberapa tindakan beliau selepas kewafatan Baginda Nabi SAW yang dipandang salah oleh sebahagian umat Islam. Di antara tindakan beliau itu adalah perselisihan beliau dengan Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib RA yang menyebabkan tercetusnya perang saudara di antara umat Islam, pertukaran sistem khalifah kepada sistem beraja serta penentangan Bani Umayyah terhadap Ahl Bayt. Tindakan-tindakan tersebut telah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya. Kisah-kisah negatif yang sesetengahnya tidak berasas telah dimuatkan dalam banyak buku, terutamanya buku berkaitan sejarah Islam. Perkara ini juga diulangi oleh kebanyakan para penulis bukan Arab ketika menulis sejarah Islam di dalam bahasa ibunda masing- masing. Antara karya penulisan tersebut, buku "Muawiyah ibn Abi Sufyan" karangan Abdullah bin Hamid al-Idrus. Buku ini di antara karya terawal dalam Bahasa Melayu yang membicarakan secara khusus peribadi Saidina Muawiyah RA. Namun buku ini tidak hanya mendatangkan riwayat-riwayat mengenai personaliti Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, bahkan turut mendatangkan beberapa kisah negatif serta hikayat yang mengaibkan mengenai diri beliau. Artikel ini bertujuan untuk meneliti fakta-fakta yang dikemukan buku ini terhadap Saidina Muawiyah RA dengan menggunakan metodologi analisa dan metodologi kritis, terutamanya dalam mengkritik fakta yang tidak tepat dalam mengaitkan diri beliau dalam sesuatu peristiwa. Dapatan kajian mendapati maklumat yang dikemukakan dalam buku ini mengundang syak wasangka serta persepsi buruk terhadap Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, selain itu ia tidak mengaplikasikan methodologi yang betul dalam menukilkan riwayat-riwayat sejarah. Tambahan pula, kisah-kisah serta hikayat-hikayat yang dikemukakan kebanyakannya berunsur permusuhan dan kebencian. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pertanian Menurut Pandangan Quran dan Sunnah(Unplished Work, 2013)A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-NadawiPertanian merupakan bidang pekerjaan yang dipandang penting oleh Islam. Ini kerana ia adalah suatu wasilah bagi memenuhi salah satu fitrah manusia, iaitu fitrah fizikalnya yang memerlukan kepada sumber makanan. Selain itu, ia juga menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan sosial yang ia adalah antara maqasid syariah. Iaitu dalam bab hifz al-Nafs (menjaga jiwa/nyawa). Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama umat Islam, secara langsung dan tidak langsung, ada menyentuh tentang kepentingan pertanian. Sunnah terutamanya, ada menyebut tentang beberapa perkara berkaitan pertanian berikutan perkaitannya dengan urusan kehidupan manusia. Kertas kerja ini bertujuan mendedahkan beberapa nas yang terdapat dalam Quran dan Sunnah yang berkaitan bidang ini untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam menjalankan aktiviti ini.