Browsing by Author "Ab Rahman, A."
Now showing 1 - 9 of 9
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Skim Agihan Zakat kepada Asnaf Fi Sabilillah Mengikut Maqasid Syariah: Kajian di Selangor dan Negeri Sembilan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ab Rahman, A. ;Syed Mohd Najib Syed OmarMokhtar, S. Z.Fi sabilillah merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Pendekatan maqasid syariah dilihat sangat penting dalam pengagihan zakat kepada asnaf fi sabilillah bagi memastikan agihan zakat yang diberikan menepati pensyariatan dan hikmah tuntutan zakat. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati secara umumnya skim-skim yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada fi sabilillah melengkapi setiap aspek maqasid syariah. Namun, semakan semula perlu dilakukan bagi memastikan skim-skim tersebut mengikut keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada 7 golongan asnaf dari semasa ke semasa agar selari dengan konsep maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Majlis Agama Islam di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat asnaf fi sabilillah secara berkesan dan telus. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Measuring the Constructs of an Islamic Human Development Model (I-Hdm) for Nigeria's Rural Community(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Oladapo, I. A.Ab Rahman, A.This paper seeks to validate the Islamic human development model (I-HDM) by providing empirical evidence on the interrelatedness of social justice and human rights (exogenous and the three contextalised factors of education, health, and income (endogenous) based on the Maqasid Shariah framework. Conventionally, human development is measured through education, income and health, however, other integral components of development such as social justice and human rights are not taken into consideration in this mainstream model. This paper employed quantitative research design and used a survey questionnaire to collect the data. The findings support the hypothesised model with the model fit, significant inter-factor relationship, and high overall internal consistency of 0.804. The findings further show that many people living in rural Nigeria are unaware of their social and economic rights and the government responsibility to fulfilling them. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ab Rahman, A. ;Tengku Zainal Abidin, T. M.Mohamed Nor, Z.Had kifayah zakat merupakan mekanisme menentukan tahap ekonomi seseorang individu untuk menjalani kehidupan secara normal. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat Negeri bertangungjawab dalam menentukan had kifayah zakat yang diaplikasikan di negeri masing-masing. Kaedah sedia ada yang digunapakai oleh kebanyakan MAIN dan institusi zakat adalah mengikut taksiran cukai pendapatan dan purata garis kemiskinan. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan maqasid syariah sebagai alternatif baharu dalam penetapan had kifayah zakat. Artikel ini akan mengenalpasti definisi had kifayah zakat dan maqasid syariah menurut Islam. Artikel ini juga akan menilai item-item yang terdapat dalam had kifayah zakat berdasarkan pandangan Islam seterusnya disesuaikan dengan maqasid syariah. Artikel ini mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah berdasarkan kepada tahap keperluan manusia iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dilihat mampu menjadi kaedah alternatif yang berkesan dan memenuhi kehendak Syarak. Implikasi artikel ini dapat dijadikan rujukan kepada institusi-institusi zakat di Malaysia dalam kajian semula kaedah penetapan had kifayah zakat. Kajian lanjutan boleh dijalankan oleh institusi-institusi zakat negeri bagi mengenalpasti had kifayah zakat di setiap negeri berdasarkan kepada maqasid syariah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Sel Stem dalam Pengkulturan Daging: Analisis Menurut Perspektif Hukum Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Hamdan, M. N. ;Ramli, M. A.Ab Rahman, A.Daging kultur adalah salah satu inovasi terbaru dalam penghasilan produk makanan yang bersifat mesra alam selain menerima permintaan tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Daging ini tidak lagi dihasilkan secara alami melalui penternakan di ladang, sebaliknya dihasilkan di makmal dan kilang. Bahkan daging kultur boleh mendatangkan manfaat yang banyak kepada pengguna. Kajian ini akan membincangkan konsep dan sejarah daging kultur, faktor penghasilan dan teknik yang digunakan dalam menghasilkan daging kultur. Di samping itu, analisis hukum dijalankan dengan menilai fatwa semasa berkaitan status daging kultur. Kajian menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kepada jurnal, buku dan fatwa semasa bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa daging kultur yang dihasilkan bersumberkan lembu yang disembelih adalah Halal dimakan manakala daging kultur yang menggunakan sumber sel stem dari lembu yang masih belum disembelih adalah tidak Halal dimakan. Proses pengkulturan daging juga berhubungkait dengan hukum pengubahan ciptaan Allah SWT di samping sumber stem sel akan menentukan hukum memakan daging kultur. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Agihan Zakat Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohamad Zaki, M. M.Ab Rahman, A.Zakat merupakan satu mekanisma ibadah bagi membantu golongan yang memerlukan. Menerusi bidang pendidikan, antara isu yang dihadapi oleh golongan asnaf adalah masih ramai pelajar yang tergolong dalam kalangan fakir dan miskin. Pada masa yang sama jumlah mereka yang masih tercicir daripada menerima bantuan zakat juga tetap berlaku. Selain itu, perekodan data golongan asnaf yang kurang efisien juga menjadi antara masalah yang dihadapi dalam penyaluran bantuan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendefinisian asnaf yang layak untuk menerima zakat pendidikan serta bentuk-betuk bantuan yang ditawarkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) selaku institusi zakat dalam mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf setiap tahun. Kajian ini turut membincangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh ZPP dalam menjalankan kewajipan mengagihkan dana zakat pendidikan kepada golongan asnaf secara adil dan telus. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati agihan zakat pendidikan merupakan antara agihan terbesar di ZPP. Terdapat dua bentuk agihan zakat pendidikan yang dilakukan oleh ZPP iaitu agihan kepada institusi dan individu. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ZPP telah melakukan pelbagai transformasi dan kepelbagaian dalam agihan zakat pendidikan antaranya seperti penggunaan laman sesawang, penubuhan skuad jejak asnaf dan program usahasama bersama agensi lain terutama bagi bidang yang diperlukan oleh umat Islam seperti kejuruteraan dan perakaunan. Penambahbaikan dalam sistem agihan ini adalah penting bagi memastikan peranan zakat pendidikan tercapai selari dengan objektif pensyariatan zakat kepada umat Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Ijtihad Jama'i dalam Pembentukan Skim Wakaf Tunai di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021) ;Ibrahim, ’AdninAb Rahman, A.Ijtihad jama’i merupakan sebuah mekanisme perbincangan para ulama dan pakar dalam menyelesaikan pelbagai masalah kontemporari. Dalam perihal pembangunan harta wakaf pada masa kini, ijtihad jama’i turut berperanan dalam mengoptimumkan potensi dan sumbangan harta wakaf kepada pelbagai sektor pembangunan ekonomi. Dengan mengambil kira kecenderungan orang ramai untuk memberi sumbangan wakaf secara tunai berbanding mewakafkan harta tak alih seperti tanah dan bangunan, kelulusan dan keharusan wakaf tunai telah mengembalikan fungsi wakaf sebagai sektor ekonomi yang ketiga. Di Malaysia, penawaran skim wakaf tunai adalah di bawah bidang kuasa negeri kerana ia adalah sebahagian daripada perihal pentadbiran agama Islam. Oleh itu, skim wakaf tunai yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan merujuk kepada peruntukan statutori negeri yang sedia ada atau merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Justeru, kajian ini merupakan kajian secara konseptual yang bertujuan mengkaji peranan ijtihad jama’i dalam pembentukan skim wakaf tunai bagi negeri-negeri di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Pemegang Taruh dalam Menjaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Semasa Pandemik COVID-19 dari Perspektif Ekonomi Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Hasbullah, N. A.Ab Rahman, A.Dalam usaha membendung penularan COVID-19, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua masyarakat. Memandangkan penguatkuasaan PKP ini mengambil masa hampir enam bulan, maka kajian ini membincangkan kesannya terhadap ekonomi rakyat. Dalam menangani kesan tersebut, pelbagai pihak yang merupakan pemegang taruh di Malaysia seperti kerajaan (termasuk kerajaan negeri), syarikat korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan individu telah tampil dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini. Kajian ini memilih beberapa institusi dan individu sebagai contoh dalam menonjolkan peranan mereka. Pemilihan ini dibuat kerana terdapat akses yang telus mengenai mereka berdasarkan carian di internet. Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa semua pemegang taruh di Malaysia yang terlibat sama-sama berganding bahu dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang terjejas dalam tempoh PKP akibat penularan COVID-19. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pendemik Covid-19(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Ab Rahman, M. F. ;Abdullah Thaidi, H. A. ;Ab Rahman, A.Ab Rahim, S. F.Pendemik COVID-19 telah mencetuskan keadaan cemas dan mengusarkan di seluruh dunia serta ia memberi impak mendalam dalam aspek kesihatan, ekonomi dan sosial. Cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia ialah dalam menyediakan Pelan Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat agar dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Persoalannya adakah hanya pihak kerajaan harus dipertanggungjawabkan dalam mendepani pendemik ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menilai peranan wakaf dalam mendepani pendemik COVID-19 sebagai salah satu usaha bagi meringankan beban kerajaan Malaysia, serta mencadangkan kepelbagain jenis wakaf serta mekanisme pelaksanaanya dalam mendepani pendemik ini. Kaedah kualitatif dilakukan dengan menggunakan metodologi kepustakaan untuk mengumpul data. Manakala penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan pengurusan tadbir urus wakaf berkesan tidak terhad kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku nazir am, malah peranannya diperluaskan kepada masyarakat sebagai nazir khas mahupun mutawalli dalam perkongsian tanggungjawab serta kepakaran bagi mendepani cabaran pendemik serta isu-isu berkaitan kesihatan di Malaysia, khususnya dalam penjanaan dana serta memupuk semangat kerjasama dan sukarelawan di kalangan masyarakat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role Of Islamic Finance In Mitigating The Economic Impact Of Covid-19 Towards the Attainment of Maqasid Al Shariah: A Case Study of Waqf Institutions in Kano State, Nigeria(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Gwadabe, Nura Abu Bakar.Ab Rahman, A.The study examines the potential roles of Islamic Finance in the contemporary world in the provision of waqf based economic, social welfare and youth empowerment to surpass the economic impact of COVID-19 pandemic, reduce people’s suffering and protect the human lives which is one of the cardinal objectives of shariah. The paper will attempt to give a framework for waqf to youth empowerment in the entrepreneurship, and human capital development for the socio- economic development of Kano state. This study examines the effect of accessibility to basic healthcare services and economic growth as parts of the objectives of Maqasid al-Shariah, which is protection of life and dignity. The paper adopted a qualitative approach to explore the role of waqf in the empowerment of the youth in order to survive the economic meltdown as a result of the COVID-19 pandemic. The structured interview questions were designed to explore the potentials of waqf in providing youth empowerment. The result of the study revealed that waqf is a kind of charitable Islamic empowerment which has the capability of providing empowerment to the youth and economic wellbeing to the Kano People through financing the small and medium enterprises. The study concluded that Waqf can be used to overcome economic challenges in this time of COVID-19 and post COVID-19 era towards the attainment of financial stability and realization of Maqasid Shariah.