Browsing by Author "Abd Razak, A.Z."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keterujaan Luar Biasa dan Implikasinya Terhadap Pelajar Pintar dan Berbakat di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Abd Razak, A.Z. ;Surat, S. ;Abd Rahman, S.Abd Majid, R.Keterujaan luar biasa merupakan satu keistimewaan yang ada pada pelajar pintar dan berbakat namun jarang diketahui oleh masyarakat umum. Keterujaan luar biasa ini merupakan salah satu isu sosioemosi yang dihadapi oleh pelajar pintar berbakat. Konsep keterujaan luar biasa ini mula dikenali di dalam bidang pintar dan berbakat dan memberikan impak yang besar dalam perkembangan diri serta masa depan pelajar. Kajian tinjauan telah dilakukan menggunakan instrumen Soal Selidik Keterujan Luar Biasa (II) bagi mengukur keterujaan luar biasa pelajar pintar dan berbakat ini. Pengkaji-pengkaji yang lepas bersetuju bahawa Soal Selidik Keterujan Luar Biasa (II) ini juga sesuai untuk digunakan bagi mengenal pasti individu pintar dan berbakat. Soal Selidik Keterujan Luar Biasa (II) mempunyai lima sub konstruk iaitu dimensi emosi, imaginasi, intelektual, psikomotor dan sensori. Hasil dapatan kajian dalam kalangan pelajar sekolah menengah (n=40) di sekolah pintar dan berbakat di Negeri Sembilan ini menunjukkan pelajar pintar dan berbakat mendapat skor tertinggi yang signifikan bagi sub konstruk intelektual iaitu (min=3.54) dan diikuti sensori (min=3.51), imaginasi (min=3.45), emosi (min=3.40) dan psikomotor (min=3.40). Kajian ini juga melalui Teori Disintegrasi Positif oleh Dabrowski menunjukkan pelajar pintar dan berbakat mampu melonjak cemerlang dan berusaha mengatasi kelemahan diri untuk berjaya jika mereka mampu menyesuaikan diri dengan keunikan keterujaan luar biasa yang dianugerahkan. Pengetahuan tentang keterujaan luar biasa ini perlu bagi membantu kecemerlangan pelajar pintar dan berbakat.