Browsing by Author "Abd Razak Abu Musa Saar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Model Hybrid Wakaf Bagi Pembangunan Kediaman Warga Emas Yang Lestari(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Norman Hamdan ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Mohammad Aizuddin Abd Aziz ;Asmaddy Haris ;Ridzwan Bakar ;Abd Razak Abu Musa SaarMohd Aminur Rahman Mohamed RashidPenglibatan institusi awam dan swasta di dalam aktiviti pembangunan hartanah wakaf amatlah menggalakkan. Terdapat institusi-institusi yang mewakafkan hartanah yang dimiliki untuk pembinaan pusat ibadat seperti masjid dan surau, pusat pendidikan seperti sekolah tahfiz dan juga pusat komersil seperti rumah kedai. Selain hartanah wakaf, aktiviti berwakaf secara tunai juga amat popular dewasa ini sebagai satu medium masyarakat Islam untuk menyalurkan harta di jalan Allah. Potensi besar wakaf tunai dari sudut pengumpulan dana yang besar yang kemudiannya disalurkan untuk pembangunan hartanah wakaf sedia ada serta digunakan untuk membina bangunan-bangunan baru secara tidak langsung meningkatkan ekuiti pemilikan harta umat Islam. Di Malaysia, model pembangunan hartanah wakaf boleh dikategorikan kepada dua iaitu pembangunan wakaf sedia ada menggunakan dana wakaf tunai yang dikumpulkan dan juga pengumpulan dana wakaf tunai yang akan diistibdalkan kepada aset tetap seperti bangunan dan sekolah. Justeru, objektif utama kajia ini adalah untuk meneliti model wakaf tunai yang diperkenalkan dan diamalkan bagi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Kajian ini juga mencadangkan model hybrid wakaf bagi pembangunan kediaman warga emas yang menggabungkan keduadua wakaf hartanah dan tunai. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan penelitian data sekunder berkaitan dengan wakaf hartanah dan tunai serta model-model wakaf tunai yang dipraktikkan. Dapatan daripada kajian ini diharapkan menjadi pemangkin terhadap peningkatan aset-aset hartanah wakaf yang disumbangkan oleh individu dan institusi bagi tujuan kebajikan umat Islam.