Browsing by Author "Abdelrahman Ibrahim Suleiman Islieh"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication A4stem: Memperkasa Pendidikan Stem Dan Bahasa Arab Melalui Pembangunan Modul Mooc(International Journal of Education and Pedagogy, 2022) ;Mohammad Hazmanyazid Haslubis ;Abdelrahman Ibrahim Suleiman Islieh ;Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin ;Rossidi Usop ;Mohd Zamrus Mohd Ali ;Mahiz Spawi ;Zulkarnin ZakariaAhmad Fuad Mohamad AminPendidikan STEM dan Bahasa Arab sering terpisah dalam kurikulum di sekolah. Pembangunkan modul yang dikenali A4STEM bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam subjek sains tulen adalah satu usaha merapatkan jurang yang ada. Kajian ini dirangka bagimenilai keberkesanan modul A4STEM di kalangan murid pintar berbakat di Kolej GENIUS Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dengan pendekatan integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ), modul interaktif bersepadu dalam platform “Massive Open Online Courses” (MOOC) telah dibangunkan. Kajian kualitatif ini melibatkan empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan KGI. Sampel kajian telah ditemu bual dan analisis teksperbualan telah ditranskrip secara manual. Kajian menunjukkan keberkesanan modul A4STEM dengan kandungan MOOC yang difahami dan menarik. Modul A4STEM sesuai dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dan STEM. Ianya berpotensi untuk dibangunkan dengan lebih komprehensif dan dilaksanakan di institusi pendidikan lain yang menerapkan subjek STEM dalam kursus bahasa Arab mereka.