Browsing by Author "Abdul Haiy Mahmod"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Komponen dalam Pembangunan Model Kurikulum Agro Menurut Perspektif Islam(USIM Press, 2023) ;Muhammad Yusuf Marlon Abdullah ;Azrulkhakim Suradi ;Mariam Abd Majid ;Halim Mokhtar ;Fakhri Sungit ;Mardhiah Yahaya ;Suwaibah AffandyAbdul Haiy MahmodPertanian merupakan kerjaya yang memenuhi keperluan ekonomi negara mampu menyelesaikan keperluan masyarakat seperti bekalan daging, sayur-sayuran dan perkara-perkara yang melibatkan penternakan dan pertanian. Sebanyak 551 ayat atau bersamaan 8.8% dari keseluruhan al- Qur’an berkaitan dengan bidang agro. Allah SWT telah memerintahkan manusia agar memakmur dan memajukan bumi ini termasuklah bidang agro. Kertas kerja ini ingin mengenal pasti komponen-komponen penting dalam membangunkan model kurikulum agro menurut perspektif Islam. Metodologikajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan tinjauan iaitu kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa antara komponen penting dalam membangunkan kurikulum agro menurut perspektif Islam adalah pengurusan kandang, pengurusan induk/anak, pengurusan makanan, pengurusan penyakit/rawatan, pengurusan baja organik dan pengurusan pemasaran. Impak daripada kajian ini akan memberikan gambaran awal terhadap komponen-komponen penting dalam membangunkan kurikulum agro daripada perspektif Islam yang boleh digabungkan dengan bidang lain seperti bidang tahfiz atau sains sosial untuk menaik taraf kehidupan masyarakat di Malaysia