Browsing by Author "Abdullah, L."
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Literatur Kajian Zakat dan Maqasid Syariah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Bhari, A. ;Abdullah, L. ;Yaakob, M. A. Z. ;Khalid, M. M.Mohamed Yusof, M. F.Senario fatwa yang diputuskan oleh institusi fatwa di Malaysia sentiasa berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip hukum Islam yang bersifat fleksibel dan meraikan perubahan persekitaran. Mutakhir ini memperlihatkan penentuan sesuatu fatwa zakat tidak lagi secara langsung terikat dengan mazhab Syafie. Ini menunjukkan keterbukaan penerimaan pendapat pelbagai mazhab yang lain dan pandangan sarjana hukum fiqh kontemporari oleh pihak berautoriti dalam mengeluarkan hukum atau fatwa berkaitan zakat masa kini. Hal ini boleh dilihat terhadap senario hukum dan fatwa yang berubah daripada sandaran mazhab Syafie kepada pandangan mazhab lain atau pandangan tokoh fiqh kontemporari. Terdapat pelbagai penyelidikan telah dijalankan yang membincangkan fatwa, zakat dan maqasid syariah dalam bentuk tulisan disertasi, tesis, buku atau artikel jurnal. Artikel ini bertujuan mengkaji literatur yang berkaitan dengan fatwa zakat dan penggunaan maqasid al-shariah yang akan dikaji secara deskriptif menggunakan kaedah penyelidikan dokumentasi perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan maqasid al-shariah telah ditulis dalam pelbagai bahasa, aspek dan aplikasi. Walau bagaimanapun, tiada kajian khusus yang dihasilkan berkaitan dengan maqasid fatwa zakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Instrumen Pembahagian Harta Pusaka Islam di Singapura(Universiti Sains Islam Malaysia, 2015) ;Intajalle, F. M. ;Abdullah, L.Yaacob, A. M.Hukum faraid dan wasiat merupakan dua instrumen utama syariah dalam menyelesaikan pembahagian harta pusaka Islam dengan bertujuan menjaga kemaslahatan dan kebajikan ahli waris yang ditinggalkan selepas berlakunya sesuatu kematian. Dengan kehidupan masyarakat Islam yang berubah-ubah,pelbagai isu baru yang dikenalpasti telah memberi kesan kepada bentuk pemilikan harta dan cara dalam menyelesaikan pembahagian harta pusaka orang Islam di Singapura. Hasil daripada itu, para pengkaji masa kini terutamanya di Malaysia telah mengemukakan pelbagai instrumen alternatif sebagai jalan keluar kepada isu-isu yang timbul. Para pengkaji mencadangkan pemilik harta agar membuat perancangan awal bagi menjamin kebajikan ahli warisnya. Berdasarkan kepada instrumen-instrumen yang telah dicadangkan, kajian ini bersesuaian dengan konteks masyarakat Islam di Singapura. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembinaan Kriteria Filem Patuh Syariah Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Opir, H. ;Yusof, M. ;Abdullah, L. ;Hj Siren, N. ;Md Yusoff, Y.Abdullah, W.Y.Filem sebagai naskhah seni memberi impak yang besar kepada masyarakat. Namun, filem tempatan masih kurang memberi nilai positif terhadap pembinaan karekteristik disebabkan majoriti pengarah dan penerbit filem ghairah menghasilkan filem mengikut rentak pasaran dan berorientasikan keuntungan. Tidak dinafikan terdapat filem berunsur dakwah tetapi masih terdapat elemen yang tidak mematuhi piawaian syarak walaupun wujud garis panduan hiburan. Justeru, kajian ini sangat signifikan untuk membina mekanisme yang boleh dijadikan panduan kepada pemain industri filem. Metode kajian menggunakan reka bentuk kualitatif melalui analisis isi kandungan berdasarkan hukum fiqh, fatwa-fatwa dan garis panduan berkaitan filem. Ia juga menggunakan metode wawancara dan observasi. Hasil kajian adalah membina kriteria filem patuh syariah yang bersifat holistik dan mampu menjadi garis panduan dalam penghasilan filem yang berkualiti. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Polemik Pelantikan Amil di Kalangan Wanita(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Bhari, A. ;Abdullah, L. ;Khalid, M. M. ;Yaacob, M. A. Z.Mat Rani, M. A.Amil atau golongan yang terlibat dengan pentadbiran zakat perlu memiliki kriteria dan kualiti sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha. Penentuan hukum fiqh termasuk di dalam penentuan amil di Malaysia secara umumnya adalah berdasarkan kepada pandangan mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, terdapat keputusan fatwa dan praktis amalan berkaitan ibadah zakat di Malaysia dilihat mengambil kira pandangan di luar kerangka mazhab Syafie. Justeru, artikel ini akan membincangkan larangan pelantikan amil zakat di kalangan wanita di dalam praktis pengurusan zakat di Malaysia yang disandarkan kepada pandangan mazhab Syafie. Di samping itu, analisis analisis pandangan sarjana hukum fiqh dan maqasid syariah yang dipertimbangkan oleh pihak institusi fatwa di Malaysia akan dibincangkan di dalam artikel ini dan seterusnya memperincikan unsur maqasid di dalam pelantikan amil di kalangan wanita.