Browsing by Author "Abdullah, N. F. N."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Pengetahuan Dan Amalan Pengambilan Buah Kurma Dalam Kalangan Pelajar Bidang Sains Kesihatan Dan Pengajian Islam[The Level of Knowledge and Practices on Dates among Students from Health Sciences and Islamic Studies Background](Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Wan Daud, W. N.Abdullah, N. F. N.Amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sudah tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan penduduk di Negara ini, masih tidak banyak dikaji. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 207 pelajar peringkat ijazah tahun akhir bidang Sains Kesihatan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan 96 pelajar ijazah tahun akhir bidang Pengajian Islam daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Objektif kajian ialah untuk membandingkan tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar berlatar belakang Sains Kesihatan dan Pengajian Islam. Maklumat pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma oleh responden diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Keputusan kajian mendapati kebanyakan pelajar daripada bidang Pengajian Islam (94.8%) dan Sains Kesihatan (81.6%) mempunyai tahap pengetahuan mengenai buah kurma pada tahap yang baik. Amalan pengambilan buah kurma pada kekerapan setiap hari semasa bulan ramadhan adalah tinggi dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam (84.4%) dan Sains Kesihatan (80.7%). Walau bagaimanapun, amalan pengambilan setiap hari di luar bulan ramadhan adalah rendah iaitu cuma 15.6% dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam dan 6.8% dalam kalangan pelajar bidang Sains Kesihatan. Faktor rasa manis adalah penyebab utama mengapa amalan pengambilan buah kurma tidak diambil secara berterusan dalam kalangan kedua-dua kumpulan. Kesimpulannya, tahap pengetahuan dan amalan pengambilan buah kurma dalam kalangan pelajar bidang Pengajian Islam adalah lebih baik berbanding dengan pelajar bidang Sains Kesihatan. Walau bagaimanapun amalan pengambilan buah kurma di luar bulan Ramadhan adalah masih rendah untuk kedua-dua kumpulan yang dikaji. Kempen untuk menggalakkan pengambilan buah kurma dalam kalangan komuniti di Negara ini patut diadakan, memandangkan buah kurma mengandungi tinggi nutrient dan termasuk dalam jenis makanan yang disukai oleh Rasulullah.