Browsing by Author "Abu Bakari, M."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pengurusan Dana Ziswaf oleh Dompet Dhuafa Dalam Memperkasakan Sosio-Ekonomi Dhuafa di Indonesia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Abu Bakari, M. ;Ahmad, S. ;Salleh, A. D.Md Salleh, M. F.Yayasan Dompet Dhuafa Republika atau lebih dikenali sebagai Dompet Dhuafa ialah institusi bukan keuntungan yang ditubuhkan untuk membantu dhuafa melalui aktiviti-aktiviti sosial dan kemanusiaan di Indonesia. Yayasan ini menguruskan dana ZISWAF (Zakat, Infaq, Sadaqah dan Wakaf) serta dana-dana lain daripada individu, kumpulan, syarikat atau institusi di Indonesia. Sehingga kini, Yayasan Dompet Dhuafa telah mengumpul dan menyalurkan dana ZISWAF untuk pelbagai program kemanusiaan, termasuklah program sosial dan ekonomi untuk pembangunan asnaf di hampir seluruh pelusuk Indonesia. Kejayaan pengurusan dan profesionalisme Dompet Dhuafa dalam mentransformasi dan memperluas manfaat zakat dan wakaf untuk membantu dhuafa ini telah diiktiraf di peringkat global melalui penghargaan dari Ramon Magsaysay Award Foundation (RMAF) pada tahun 2016. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pengurusan dana ZISWAF oleh Dompet Dhuafa dalam memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual bersama kumpulan berfokus. Data kemudiannya dianalisis menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa program yang dianjurkan oleh Dompet Dhuafa melalui dana ZISWAF dapat membantu memperkasakan sosio-ekonomi dhuafa di Indonesia. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak pengurus zakat dan wakaf dalam menguruskan dana�yang mampu membangunkan aspek sosial dan ekonomi dhuafa di masa akan datang.