Browsing by Author "Abu Zahrin, S. N."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Prososial Dan Impaknya Terhadap Sebuah Ketamadunan: Satu Kajian Tinjauan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Abu Hassan, F. N. ;Abu Zahrin, S. N.Mohd Hoesni, S.Kehidupan dalam era terkini terdedah dengan persekitaran yang mementingkan aspek yang bersifat materialistik dan individualistik. Setiap individu berpotensi untuk mengabaikan segala apa yang berlaku disekitarnya, hatta ketika terdapat individu lain yang sangat memerlukan bantuan. Hal ini demikian kerana wujudnya sifat mementingkan diri sendiri. Kesibukan menguruskan dan memenuhi keperluan peribadi menjadi keutamaan, maka, menghulurkan bantuan di saat orang lain terdesak memerlukan pertolongan menjadi pilihan kedua. Mereka beranggapan bahawa menghulurkan bantuan kepada orang lain tidak memberi manfaat atau ganjaran. Terdapat pelbagai insiatif yang telah dilakukan oleh para aktivis sosial bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan keterlibatan dalam melaksanakan tingkah laku prososial seperti membantu orang lain tanpa mengharap balasan. Oleh yang demikian, kertas ini bertujuan untuk membincangkan faktor yang mempengaruhi tingkah laku prososial berdasarkan kajian-kajian sedia ada dan mensintesiskannya daripada sudut pandangan Islam. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku prososial iaitu faktor rasa berterima kasih, religiositi dan intensiti menonton rancangan realiti (reality show). Implikasi kajian ini adalah untuk mewujudkan satu usaha bagi menerapkan cinta kemanusiaan dalam kalangan ummah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penerapan Indikator Cinta Kemanusiaan Melalui Kursus Pengajian Ketamadunan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Siran, F. H. ;Abu Zahrin, S. N. ;Yunos, N. ;Mohamad Jodi, K. H. ;Ali, N.Abu Hassan, F. N.Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa cinta kemanusiaan dalam diri manusia semakin terhakis. Peningkatan kadar peperangan, pertumpahan darah dan jenayah di seluruh dunia seperti peperangan di Palestin dan Syria yang mengorbankan ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa memjelaskan penularan fenomena ini. Manusia seolah-olah telah tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap mangsa yang terbunuh. Justeru, indikator cinta kemanusiaan dilihat sebagai salah satu alternatif solusi untuk membendung fenomena ini daripada terus berlarutan. Hasil kajian konseptual ini telah mengenal pasti beberapa indikator cinta kemanusiaan; iaitu keinginan untuk membantu (prosocial/altruisme), filantrofi, prihatin, cinta kebaikan, kesederhanaan (wasatiyah), mematuhi undang-undang, empati, nilai jati diri, tanggungjawab sosial, keagamaan, belas kasihan dan toleransi. Pihak yang berkenaan boleh menjadikan indikator cinta kemanusiaan ini sebagai nilai yang perlu dididik dan diterapkan dalam diri individu supaya bagi meningkatkan rasa cinta kemanusiaan dalam diri sekaligus mengelak daripada terlibat dengan sebarang siri kekejaman, seterusnya melahirkan generasi penyayang dan harmoni. Kajian ini mencadangkan agar indikator Cinta Kemanusiaan yang telah dikenalpasti ini dapat diterapkan melalui Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia memandangkan kepentingan kursus ini kepada pelajar-pelajar Insitusi Pengajian Tinggi di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Wakaf Dan Cinta Kemanusiaan Untuk Kesejahteraan Umat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Radin Hasbani, R. A. A. ;Abu Zahrin, S. N.Haron, M. S.Kehadiran Islam adalah bertujuan untuk memenuhi semua tuntutan kehidupan. Wakaf adalah salah satu elemen yang dianggap sebagai satu pemberian kepada masyarakat. Wakaf termasuk dalam aspek filantrofi dan cinta kemanusiaan dan berkait antara satu sama lain kerana ia adalah satu cabang yang dilihat dalam Islam menjurus kepada sifat keprihatinan sesama muslim. Selain itu, aspek Filantrofi atau kedermawanan juga menghubungkan cinta kemanusian yang menjadi asas kepada titik tolak kedamaian semua bangsa di seluruh dunia. Perbincangan semasa mengenai cinta kemanusiaan atau filantrofi masih kabur dalam pandangan umat Islam. Dengan adanya badan-badan organisasi wakaf dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sekaligus dapat membantu ekonomi umat Islam ke arah yang lebih baik. Apabila wakaf dan cinta kemanusiaan dapat dihayati sepenuhnya, maka ia dapat menyumbang kepada kesejahteraan ummah. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif secara analisis tematik berkaitan Wakaf. Oleh itu, pengkaji akan menganalisis bagaimana peranan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan memainkan peranan dalam membantu masyarakat menjamin kesejahteraan ummah.