Browsing by Author "Adnan Bin Mohamed Yusof"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesesuaian Kandungan Buku Iqra' Braille 2 Kepada Golongan Oku Penglihatan Sebagai Asas Mempelajari Al-quran(Academic Inspired Network, 2019) ;Kauthar Abd Kadir ;Mahyuddin Hashim ;Haji Norakyairee Bin Mohd. Raus ;Nurul Asiah Fasehah Bt Muhamad ;Noornajihan Binti Ja’afar ;Adnan Bin Mohamed YusofNur Badriah Binti OmarBraille adalah tulisan timbul (emboss) yang digunakan oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan untuk membaca, menulis dan sebagainya. Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu golongan ini dalam menuntut ilmu terutama dari segi pembelajaran al-Quran. Salah satu dari hasilnya adalah Iqra’ Braille yang telah ditranskripkan oleh beberapa penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kajian ini bertujuan mengetahui model Iqra’ Braille 2 berkesesuaian dengan golongan OKU penglihatan berdasarkan objektif berikut: 1) mengenalpasti kesesuaian isi kandungan Iqra’ Braille 2 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, 2) mengenalpasti kesesuaian panduan dan aktiviti yang terdapat dalam Iqra’ Braille 2 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, dan 3) mengkaji kesesuaian persembahan Iqra’ Braille 2 bagi golongan OKU penglihatan. Metode kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisa dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan Iqra’ Braille 2 sesuai digunakan sebagai asas mempelajari al-Quran bagi OKU penglihatan dari sudut isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Iqra’ Braille 2 juga sangat membantu OKU penglihatan dalam mempelajari al-Quran. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara dan perlu diambil berat agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Diharapkan melalui kajian ini dapat membantu penyelidik-penyelidik pada masa hadapan sebagai garis panduan bagi meneruskan kajian berkaitan dan dapat membuat penambahbaikan pada modul sedia ada.