Browsing by Author "Afaf Sukari,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Sistem Crowdfunding Dalam Membantu Pesakit Jantung Di Malaysia Ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Azman Ab Rahman ;Wan Muhammad ‘Irfan Wan Mohd Nazirin, ;Muhammad Faiz Abd. Shakor, ;Nurul Nadia Nozlan, ;Afaf Sukari, ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanWawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil. Terdapat tujuh teras strategik bagi merealisasikan dasar kerajaan ini antaranya ialah kesejahteraan sosial, modal sosial, modal insan dan lain-lain. Teras ketujuh strategik iaitu modal sosial yang mempunyai beberapa sasaran bagi meningkatkan positif indeks termasuk indeks kesihatan rakyat dilihat amat bertepatan dengan konsep crowdfunding bagi pesakit jantung di Malaysia bagi mencapai gagasan WKB 2030. Sistem crowdfunding merupakan salah satu kaedah pengumpulan dana melalui capaian internet menerusi laman sesawang yang dikhaskan kepada orang ramai untuk memberi sumbangan dengan lebih cepat. Kaedah ini sebenarnya menggalakkan orang ramai saling bantu-membantu antara satu sama lain. Namun, di Malaysia, penggunaan sistem crowfunding dalam konteks bantuan dana bagi pesakit jantung masih lagi di tahap yang rendah. Oleh itu, penggunaan sistem crowdfunding dilihat amat penting untuk dilaksanakan bagi mencari dan mengumpul dana pesakit jantung yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sistem crowdfunding yang telah dilaksanakan di Malaysia termasuk mengkaji keperluan pembangunaan sistem crowdfunding dalam membantu pesakit jantung. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati sistem crowdfunding bagi mengumpul dana kos rawatan kepada pesakit jantung di Malaysia amat perlu dibangunkan dan diperhalusi sebaik mungkin oleh pihak yang ingin menyediakan sistem ini di samping kerjasama erat bersama pihak IJN dan mereka yang ingin membantu dalam menjayakan projek ini. Kajian lanjutan berkaitan keperluan penggunaan sistem crowdfunding yang lebih sistematik dan berpusat perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan bebanan serta permasalahan yang berlaku kepada masyarakat hari ini terutama golongan pesakit jantung. Kata Kunci: Crowdfunding, Bantuan, Pesakit Jantung, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Malaysia.