Browsing by Author "Ahmad, K."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadis Sebagai Sumber Rujukan dan Ambilan Hukum bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis: Kedudukan dan Aplikasi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Azid, M. A. ;Ahmad, K. ;Md Ariffin, M. F.Dahaman @ Dahlan, M. A.Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merupakan salah satu daripada institusi-institusi fatwa di Malaysia. Ia berperanan bagi memutuskan fatwa berkaitan hal ehwal Islam di negeri Perlis yang belum ada ketentuan hukumnya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam aspek sumber rujukan dan ambilan hukum fatwa bagi mereka. Hal ini kerana, al-Quran dan hadis dijadikan asas utama dalam berfatwa berbanding pendekatan mazhabi yang diamalkan oleh institusi-institusi fatwa yang lain di Malaysia. Asas ini berdasarkan peruntukan daripada Seksyen 54 ceraian 1 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perlis) 2006 yang menetapkan al-Quran dan hadis sebagai rujukan utama dalam berfatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Begitu juga fatwa yang bertajuk “Keputusan Fatwa Mengenai Ahli Sunnah Wa al-jama’ah” yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis turut menyenaraikan hadis sebagai sumber rujukan dan ambilan hukum bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Namun, di dalam enakmen dan fatwa di atas, tidak dijelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan hadis tersebut serta bagaiamana hadis tersebut perlu dipraktikkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi meneliti tafsiran kepada maksud hadis ṣaḥīḥ, mursaldan ḍa‘īfmenurut perspektif dan amalan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis serta merungkaikan pendekatan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengaplikasikan hadis dalam berfatwa. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berdasarkan kajian perpustakaan dantemu bual. Hasil kajian mendapati, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menerima pakai tiga kategori hadis sebagai sumber rujukan ambilan hukum iaitu hadis ṣaḥīḥ(termasuk hāṣan), mursaldan ḍa‘īf(ringan). Bagi pendekatan mengaplikasikan hadis dalam berfatwapula, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengutamakan zahir teks terlebih dahulu sebelum berpindah kepada kaedah-kaedah memahami hadis yang lain. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kriteria Utama dalam Pembangunan Laman Web Berkaitan Hadith: Satu Analisis dan Cadangan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ahmad, K. ;Suliaman, I. ;Ahmad Shah, F.Mohd Rokhibi, I. A.Dewasa kini, rujukan terhadap sumber daripada internet melalui laman sesawang, aplikasi dan blog-blog persendirian telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Realitinya, sebahagian daripada sumber internet itu tidak mempunyai sebarang autoriti, bahkan tiada pula kawalan yang sewajarnya sehingga apa sahaja boleh dirujuk dan diikuti tanpa batasan dan sempadan. Apabila melihat kepada bidang hadith, tidak dinafikan bahawa laman sesawang berteraskan hadith juga lahir sebagai sumber kepadarujukan hadith. Namun, dari sudut nilai dan autoriti laman tersebut sebahagiannya tidak boleh dijadikan rujukan kerana tidak menepati kriteria sebagai suatu sumber dalam bidang hadith. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan kriteria yang perlu ada bagi sesebuah laman sesawang dalam bidang hadith khususnya. Melalui metode analisis induktif, hasil kajian mendapati terdapat sepuluh kriteria penting yang perlu ada dalam pembangunan website hadith iaitu [1] Kandungan teks hadith yang berbaris lengkap; [2] Terjemahan hadith yang telah disemak; [3] Maklumat sumber dan takhrij hadith; [4] Kefahaman hadith secara ringkas; [5] Organisasi atau panel yang bertanggungjawab dan mempunyai kelayakan; [6] Pengantaramukaan (interface) yang mesra pengguna; [7] Lampiran Bentuk Shajarah Al-As?nid(Pemetaan Sanad Hadith); [8] Meletakkan tema kumpulan hadith; [9] Pembahagian hadith berdasarkan judul itab (bagi karya Jawi); [10] Penyediaan hadith-hadith alternatif bagi hadith yang palsu. Kesimpulan, pentingnya kriteria dalam pembangunan website hadith ini tidak lain melainkan bagi tujuan untuk menjaga dan memelihara autoriti hadith itu sebagai sumber rujukan serta dapat dijadikan sumber rujukan terus kepada masyarakat pada hari ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Vektor Zika dan Teknik Kawalan Haiwan Perosak Menurut Perspektif Hadis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Md Ariffin, M. F. ;Ahmad, K.Abd Shukur, M. I. M.Penularan virus Zika (ZIKV) telah menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat dunia amnya dan Malaysia khasnya setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 2007. Zika (ZIKV) disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti yang juga penyebab demam denggi, chikungunya dan demam kuning. Dalam tempoh tidak sampai setahun, virus Zika telah dikesan merebak hampir ke seluruh dunia. Kemuncaknya ialah pada 1 Februari 2016, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa menekan butang panik dan mengisytiharkan ZIKV sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC). Kini semua agensi dunia berkaitan telah dikerahkan bagi tujuan usaha pencegahan dan kawalan virus. Pelbagai tindakan kawalan yang difikirkan wajar telah mula dipergiatkan di peringkat Malaysia sendiri, termasuk mengadakan kempen banteras nyamuk Aedes dan menyaring aliran keluar masuk rakyat dan pelancong antarabangsa. Signifikannya, Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak dalam himpunan sabda Baginda SAW. Meskipun nyamuk tidak disebutkan sebagai haiwan fasiq (haiwan perosak) secara khusus, namun ancamannya telah melayakkan dikategorikan sebagai haiwan perosak menurut pandangan ulama qias. Justeru, makalah ini berusaha mengupas ancaman nyamuk dan asas hubungannya dengan haiwan fasiq (haiwan perosak). Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan terbaik menurut sunnah Nabi SAW.