Browsing by Author "Ahmad Fauzi, N. U."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Topik-Topik Komunikasi Dakwah Dalam Mesej Akidah Kepada Masyarakat Orang Asli di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Aini, Z. ;Don, A. G. ;Mokhtar, A. I.Ahmad Fauzi, N. U.Elemen mesej dalam komunikasi merupakan salah satu faktor yang dapat memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang. Dalam konteks dakwah, pendakwah yang terlibat dalam proses komunikasi dakwah dengan Orang Asli seharusnya berkebolehan memastikan kandungan mesej yang disampaikan boleh difahami oleh sasaran dakwahnya. Di samping itu, pemilihan mesej dakwah yang betul mengikut keutamaan memudahkan proses perkongsian maklumat antara pendakwah dengan Orang Asli. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti topik-topik tertentu dalam mesej akidah yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli kepada pendakwah dan mengenalpasti maklum balas lisan yang diberikan oleh pendakwah kepada Orang Asli terhadap topik tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pengumpulan data melalui temu bual separa struktur. Temu bual melibatkan sembilan orang pendakwah yang aktif dalam aktiviti dakwah masyarakat Orang Asli di Selangor. Data kajian dianalisis secara tematik mengikut objektif yang ditentukan. Kajian ini mendapati bahawa topik-topik yang sering dikemukan oleh Orang Asli kepada pendakwah dalam penyampaian mesej akidah ialah berkenaan tentang keimanan kepada Allah SWT, keimanan kepada malaikat, dan keimanan kepada qada' dan qadar. Topik-topik berkenaan didapati berada dalam kerangka worldview kepercayaan dan amalan tradisi mereka. Sehubungan dengan itu, pendakwah memberikan maklum balas lisan terhadap topik-topik tersebut adalah berdasarkan keterangan yang jelas dan contoh yang tepat bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Penekanan terhadap topik-topik tersebut merupakan perkara yang penting dalam rangka mengukuhkan dan memurnikan akidah masyarakat Orang Asli.