Browsing by Author "Ahmad Hafizuddin Mat Nawi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Media Sosial Dan Kepentingan Pendigitalan Hadis Pada Masa Kini Terhadap Ummah(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhamad Khairul Hizam Mazzuki ;Ahmad Hafizuddin Mat Nawi ;Muhammad Zaid Abdul KarimMaisarah SaidinHadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah SAW. Pada era globalisasi kini, peningkatan tahap pengetahuan dan kefahaman dalam mengamalkan hadis Nabi SAW dalam kehidupan seharian boleh dicapai secara digital melalui aplikasi gajet yang jauh lebih moden tanpa sempadan. Walaupun begitu, dalam pendigitalan hadis ini terdapat juga isu dan cabaran kepada masyarakat terutamya Islam dalam mendapatkan rujukan dan bahan bacaan berkaitan hadis Nabi SAW dengan mudah. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk menghuraikan kepentingan pendigitalan hadis pada masa kini terhadap ummah yang menjadi satu keperluan agar masyarakat dapat menggunakan teknologi dengan betul. Selain itu, dapat membendung penyebaran hadis-hadis palsu melalui media social. Metodologi kajian telah menggunakan sepenuhnya sumber rujukan seperti kitab-kitab hadis,artikel jurnal, buku dan sebagainya. Usaha ini bertujuan bagi mencapai ketelusan dalam menghasilkan kertas kerja ini. Maka, pendigitalan hadis ini dapat dilihat sebagai satu kepentingan dalam usaha membantu masyarakat dengan mendigitalkan hadis kepada paparan hadis dalam bentuk visual elektronik, perisian komputer, telefon bimbit dan sebagainya. Seterusnya, dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Islam khusunya dalam mentransformasi ilmu yang mulia ini dengan teknologi moden. Akhir sekali, diharap kertas kerja ini mampu membantu umat manusia Muslim khusunya supaya dapat bersama menjaga dan memelihara hadis itu sebagai rujukan serta semoga perkembangan ilmu hadis ini secara langsung dapat memperkasa dan memelihara keautoritian hadis di era ICT.