Browsing by Author "Ahmad Kamel Bin Mohamed"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Metod Penulisan Kitab Antara Tafsir Marbawi dengan Tafsir Surah Yasin Uthman Bin Syahabudin(Penerbit USIM, 2023) ;Amran Bin Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Amiruddin bin Mohd Sobali ;Walid bin Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Ahmad Kamel Bin Mohamed ;Mesbahul Hoque ;Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar ;Mohd Azhar bin AbdullahMuhammad Abrar Bin Mohamed RazelanSelain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di alam Melayu, antaranya ialah Tafsir Marbawi dan Tafsir surah Yasin Uthman bin Syahabudin. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati penyusunan tafsir al-Quran al-Marbawi ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pendahuluan dan bahagian tafsiran ayat. Bahagian ini dimulai dengan lafaz " يهنملسرحا مب " pada bahagian atas muka surat diikuti kata-kata aluan sebagai pendahuluan pada perenggan pertama. Pada halaman berikutnya pula dinyatakan kaedah memakai tafsir tersebut sebagai panduan pembaca dan menyatakan bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa mentafsir ayat-ayat al-Quran. Bagi memudahkan para pembaca tafsir ini, beliau turut membuat senarai kandungan di bawah tajuk “Fihrasat ayat” yang merangkumi kandungan halaman surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah. Isi kandungan perbincangan bagi setiap halaman tafsiran ayat turut dinyatakan di bawah tajuk “ Kandungan di dalam juzuk alif lam mim”. Manakala Tafsir Surah Yasin Uthman Syahabudin pula merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain, Kaedah ini turut memudahkan para pembaca yang ingin mencari perbahasan terhadap ayat-ayat tertentu berdasarkan senarai kandungan ayat tersebut.