Browsing by Author "Ahmad Murshidi Mustapa"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Terapi Waswas Menurut Perspektif Sarjana Islam Di Era Ketamadunan Islam Abad Ke 8 Sehingga 19 Masihi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Zahir Abdul Rahman ;Robiatul Adawiyah Mohd@Amat ;Zul Azlin Razali ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Shah Rizul Izyan ZulkiplyAhmad Murshidi MustapaWaswas atau kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD) merupakan antara sepuluh beban penyakit utama di seluruh dunia yang diklasifikasikan oleh World Health Organization (WHO) (Murray, 1996). Sehubungan itu, kupasan terhadap isu waswas ini dari aspek rawatan dan penyelidikan banyak dirujuk kepada psikiatri moden dan klinikal psikologi. Walaubagaimanapun pendekatan rawatan waswas menurut sarjana Islam di era ketamadunan Islam kurang diketengahkan kepada masyarakat. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengumpul dan mengenal pasti fokus rawatan waswas oleh sarjana Islam pada abad ke 8 sehingga abad 19 Masihi di bawah pemerintahan khilafah Islam berteraskan empat domain hidup iaitu biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Manakala dari aspek metode, kajian mengaplikasi sepenuhnya kajian kualitatif berasaskan dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebanyak 10 terapi berasaskan biologi, 6 pendekatan psikologi, 3 pendekatan bersifat sosial dan 2 amalan beserta 8 doa sebagai pendekatan rawatan secara spiritual. Penemuan ini amat berharga kepada masyarakat Islam kerana keperluan dalam keseimbangan empat elemen ini penting bagi mengatasi masalah waswas dan tidak hanya tertumpu kepada pendekatan rawatan bersifat spiritual.