Browsing by Author "Ahmad Syauqi Abdullah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Maqasid Al-Syariah dan Hubungkaitannya dengan Hak Kebebasan Beragama di Malaysia(UTM Press, 2023) ;Ahmad Syauqi AbdullahNisar Mohammad AhmadMalaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang bernaung di bawah undang-undang tertinggi yang sama iaitu Perlembagaan Persekutuan. Walaupun begitu, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan beberapa perkara yang memberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu dan penganut Islam. Sebagai contoh, Perkara 11 memperuntukkan hak kebebasan beragama terhadap setiap warganegara akan tetapi peruntukan ini tidak mutlak kepada penganut agama Islam yang mana ianya menyekat penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa hak kebebasan agama dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi salah satu prinsip Maqasid Al-Syariah iaitu memelihara agama. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis sejauh mana peruntukan hak kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan memenuhi prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan diikuti dengan analisis kandungan. Dapatan kajian ini telah membuktikan terdapat perkaitan antara Maqasid Al-Syariah dengan hak kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan sekaligus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap interpretasi hak kebebasan agama dan perkaitannya dengan Maqasid Al-Syariah.