Browsing by Author "Ahmad Syukran Baharudin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembuktian Dokumen Persendirian Elektronik Berdasarkan Akta 561 Dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Perak) 2004 (EKMS PERAK 2004)(Usuli Faqih Research Centre PLT., 2024) ;Mohamed Fouzi Mokhtar ;Wan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharudinPerkembangan terkini memperlihatkan bahawa penggunaan dan kebergantungan masyarakat terhadap dokumen elektronik semakin bertambah setiap masa. Walaupun dokumen persendirian elektronik diterima sebagai pembuktian seperti dokumen persendirian biasa. Oleh itu, timbul persoalan apakah prinsip kebolehterimaan yang ditetapkan oleh undang-undang untuk diterima masuk ke dalam Mahkamah. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pembuktian dokumen persendirian elektronik tersebut berdasarkan Akta 561 dan EKMS Perak 2004. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti perbezaan kaedaah pembuktian bagi dokumen persendirian elektronik berdasarkan kedua-dua undang-undang tersebut. Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan kajian dokumentasi. Metode analisis yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap data-data yang diperolehi terhadap data-data yang diperolehi daripada dokumen-dokumen ilmiah seperti buku, artikel serta laporan kes dalam isu berkaitan dokumen persendirian elektronik. Kaedah pembuktian dokumen persendirian elektronik berdasarkan Akta 561 adalah sama dengan kaedah pembuktian dokumen persendirian biasa seperti pengakuan pembuat dokumen, dua orang saksi dokumen, dua orangsaksi tulisan, keterangan pakar dan sumpah. Keadaan ini berbeza dengan kaedah yang ditetapkan dalam EKMS Perak 2004 yang memperuntukkan dua cara iaitu pertama sama seperti Akta 561 dan kedua, peruntukan kaedah khas bagi pembuktian dokumen komputer. Kesimpulannya, kajian ini mendapati wujud perbezaan kaedah yang ditetapkan oleh kedua-dua undang-undang berkaitan pembuktian dokumen persendirian elektronik Kajian ini mencadangkan agar undang-undang keterangan di semua negeri diseragamkan bagi mengelakkan salah faham akibat perbezaan kaedah pembuktian.