Browsing by Author "Ahmad Zaki bin Salleh"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Terhadap Pencegahan Rasuah Melalui Amalan Sifat dan Akhlak Nabi Muhammad SAW dalam Kehidupan Masyarakat(Penerbit USIM, 2023) ;Azman Ab Rahman ;Md Yunus Abd. Aziz ;Ahmad Zaki bin SallehAnis NabilahPada era globalisasi di zaman moden ini, gejala rasuah dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Hal ini terbukti melalui peningkatan yang ketara pada statistik pemberian dan penerimaan rasuah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, bagi menangani kegiatan rasuah dalam kalangan masyarakat, sifat dan keperibadian Nabi Muhammad SAW dilihat sebagai satu aspek yang penting untuk memupuk nilai yang murni dalam pembangunan jati diri individu. Objektif kajian memfokuskan kepada pendekatan pencegahan rasuah melalui amalan dan sifat akhlak Nabi Muhammad SAW. Kajian juga akan membincangkan impak pemerkasaan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan semasa. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk menganalisis isu rasuah serta mengenalpasti amalan sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan penyelesaian yang tuntas dalam membendung gejala rasuah di Malaysia seperti yang sangat ditekankan oleh agama Islam. Justeru menjadi satu perkara yang penting bagi masyarakat hari ini untuk menyedari akan kepentingan dalam mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan rasuah berleluasa.