Browsing by Author "Ain Sofiah Binti Rosli"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rasulullah sebagai Ikon Al-Qawwam(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Ain Sofiah Binti Rosli ;Nor Awatif Binti Zahid ;Nurazura Binti OthmanAl-Qawwam merupakan sifat yang penting dan perlu ada pada seorang lelaki. Menurut Ibn Kathir perkataan Al- Qawwam membawa makna pemimpin, pembesar, penguasa dan pendidik yang senantiasa mengurusi dan bertanggungjawab dalam sesuatu perkara. Umat Islam sendiri memiliki tokoh panutan yang tidak asing lagi iaitu Rasulullah sebagai contoh tauladan Al-Qawwam yang patut diikuti oleh pemimpin sesuatu organisasi. Namun pada masa kini pemuda-pemuda Islam tidak lagi menjadikan Rasulullah sebagai ikon utama dalam panduan kehidupan bahkan artis-artis bukan Islam diangkat menjadi idola. Hal ini dapat dilihat bahawa banyak keruntuhan organisasi kekeluargaan berlaku pada masyarakat dan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentang sifat al-Qawwam dari aspek kehidupan Rasulullah agar dapat dipraktikkan oleh pemimpin dan memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian di perpustakaan dan bahan-bahan rujukan melalui internet. Hasil kajian ini mendapati dengan adanya sifat Al-Qawwam pada pemimpin-pemimpin sesuatu organisasi mampu memberi impak positif kepada keluarga, masyarakat dan negara bahkan mampu menarik orang bukan Islam untuk mengenal keindahan agama ini. Kesimpulannya, para pemimpin khususnya para lelaki mestilah berusaha untuk menjadi insan yang melindungi, membimbing, dan menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mengukuhkan sesuatu organisasi.27 1202