Browsing by Author "Aini, Z."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Zakat Secara Atas Talian(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Rahim, N. N. ;Abd Khafidz, H.Aini, Z.Pembelajaran atas talian merupakan medium penting dalam era globalisasi yang terkesan daripada revolusi industri 4.0. Ia merupakan medium bagi menyebarkan dan mengembangkan sesuatu maklumat khususnya berkaitan pembelajaran zakat. Pembelajaran mengenai zakat secara atas talian boleh dicapai melalui medium seperti Youtube, laman sesawang, media sosial dan aplikasi. Kaedah pembelajaran berbantukan teknologi ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi penyampaian kandungan mengenai zakat kepada pengguna. Walaubagaimanapun pembelajaran zakat secara atas talian umumnya merupakan satu bentuk pembelajaran mikro dan ilmu asas sahaja yang menyebabkan pengguna tidak dapat menguasai topik-topik secara menyeluruh. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengkaji kandungan pembelajaran zakat secara atas talian. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik. Hasil kajian mendapati terdapat kekurangan kandungan pembelajaran zakat secara atas talian berbanding kandungan yang dibahaskan oleh fuqaha dalam sumber tekstual. Sehubungan dengan itu, implikasi daripada kajian ini ialah ahli akademik perlu membangunkan satu medium pembelajaran atas talian yang lebih lengkap dan menyeluruh. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengamalan Bentuk-Bentuk Komunikasi Dakwah Pendakwah Orang Asli(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Aini, Z. ;Don, A.G. ;Mokhtar, A.I.Nor Sad, N.H.D.This article is a fieldwork study done toward the muslim preachers who preach Islamic teaching to the Orang Asli community in Selangor. It involves the approach and communication skills that are used in conveying the message to the target group of da`wah. Therefore, this study aims to identify the types of dakwah communication used by the preachers in order to convey the dakwah messages to the target group namely the aboriginal (Orang Asli) community. This qualitative study utilizes the case study design. Eight preachers from Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) and Panel Dakwah Muallaf (PDM) in Selangor and a research informant are chosen for interviews. The data are organised and coded based on the themes and categories obtained from the complete transcriptions. Then, the data are analyzed descriptively. The findings show that there are three initial processes used by the preachers in developing the types of dakwah communication. It involves the initiatiation stage, planning as well as the preparation to begin a conversation on a certain topic when communicating with the Orang Asli. In order to ensure effective communication, the preachers is were not only applying verbal communication, but also non-verbal communication in order to open the channel of communication for dakwah. All the three stages influence the efficacy of the dakwah messages presented and give positive impacts towards Orang Asli community. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Topik-Topik Komunikasi Dakwah Dalam Mesej Akidah Kepada Masyarakat Orang Asli di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Aini, Z. ;Don, A. G. ;Mokhtar, A. I.Ahmad Fauzi, N. U.Elemen mesej dalam komunikasi merupakan salah satu faktor yang dapat memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang. Dalam konteks dakwah, pendakwah yang terlibat dalam proses komunikasi dakwah dengan Orang Asli seharusnya berkebolehan memastikan kandungan mesej yang disampaikan boleh difahami oleh sasaran dakwahnya. Di samping itu, pemilihan mesej dakwah yang betul mengikut keutamaan memudahkan proses perkongsian maklumat antara pendakwah dengan Orang Asli. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti topik-topik tertentu dalam mesej akidah yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli kepada pendakwah dan mengenalpasti maklum balas lisan yang diberikan oleh pendakwah kepada Orang Asli terhadap topik tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pengumpulan data melalui temu bual separa struktur. Temu bual melibatkan sembilan orang pendakwah yang aktif dalam aktiviti dakwah masyarakat Orang Asli di Selangor. Data kajian dianalisis secara tematik mengikut objektif yang ditentukan. Kajian ini mendapati bahawa topik-topik yang sering dikemukan oleh Orang Asli kepada pendakwah dalam penyampaian mesej akidah ialah berkenaan tentang keimanan kepada Allah SWT, keimanan kepada malaikat, dan keimanan kepada qada' dan qadar. Topik-topik berkenaan didapati berada dalam kerangka worldview kepercayaan dan amalan tradisi mereka. Sehubungan dengan itu, pendakwah memberikan maklum balas lisan terhadap topik-topik tersebut adalah berdasarkan keterangan yang jelas dan contoh yang tepat bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Penekanan terhadap topik-topik tersebut merupakan perkara yang penting dalam rangka mengukuhkan dan memurnikan akidah masyarakat Orang Asli.