Browsing by Author "Aisah Hasmam"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Pengetahuan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)(USIM Press, 2022) ;Abdul Hadi Sulaiman, ;Hasnurol Hashim, ;Zuraini Yaakub, ;Aisah Hasmam ;Abd Razak Abu Chik, ;Mohd Muhsinul Nidzam Abdullah, ;Sohaina Mohd SallehWan Ali Akbar Wan AbdullahIsu akidah dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan. Pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang goyah akan menyeret mereka dalam kancah ajaran sesat dan jenayah murtad. Walaupun sebahagian generasi muda mendapat pendidikan yang mantap, namun mereka masih terdedah dengan ajaran agama yang menyeleweng berikutan mudahnya memperoleh informasi menerusi rangkaian digital. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar IPGKRM terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejajar guru sebagai ikon serta ejen penting dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang bersifat pesampelan bertujuan bagi melaporkan secara statistik mengenai tahap pasti tahap pengetahuan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan pelajar IPGKRM. Tatacara kutipan data dilakukan dengan pengedaran instrumensoal-selidik secara dalam talian. Hasil analisis mendapati bahawa nilai min skor bagi tahap pengetahuan akidah ahli sunnah wal jamaah dalam kalangan pelajar adalah 637.3 / 165.0 = 3.86. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pelajar IPGKRM berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini turut mendapati tahap pengetahuan berkaitan aspek keimanan kepada rasul merupakan skor yang tertinggi. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya semua pelajar kampus IPGKRM perlu menguasai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga mampu menjadi jambatan untuk menyampaikan manhaj pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada masyarakat luar pada masa akan datang.