Browsing by Author "Aisah Mat Dan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan(USIM Press, 2023) ;Faridah Salleh ;Aisah Mat Dan ;Rabi’atul Aribah Muhammad Isa@Omar ;Syed LamsahSyed ChearLatipah Mohd NoorSekolah vernakular yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan negara sehingga kini masih dijadikan kontroversi terutamanya dalam perdebatan di media sosial dan kalangan ahli politik. Selain sekolah jenis kebangsaan, kini terdapat sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah agama yang mempunyai falsafah dan latar belakang penubuhan yang berbeza dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menimbulkan keraguan terhadap matlamat pembinaan identiti nasional seperti ternyata dalam matlamat pendidikan kebangsaan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai aspirasi masyarakat terhadap sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan. Pemilihan responden adalah secara bersasar melibatkan 322 ibu bapa berbangsa Melayu. Analisis data menunjukkan kalangan masyarakat Melayu menerima baik kewujudan kepelbagaian sekolah tetapi berharap sekolah agama perlu lebih kehadapan. Penerimaan tertinggi adalah terhadap peranan penting sekolah kebangsaan untuk menyediakan asas dan memperkukuh nilai budaya bangsa serta pengalaman silang budaya dalam kalangan para pelajar, manakala sekolah agama adalah untuk membantu pelajar menguasai ilmu agama. Pemilihan jenis sekolah lebih dipengaruhi oleh kehendak ibu bapa berbanding individu disekeliling dan ibu bapa bersedia memikul tanggungjawab serta mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian. Kajian ini memberi implikasi peningkatan stratifikasi antara kaum di sekolah-sekolah. Pembuat dasar dan agensi pendidikan di peringkat negeri dan kebangsaan dituntut untuk melaksanakan program rentas batasan kaum antara sekolah-sekolah. Kajian lanjutan untuk mengkaji potensi permuafakatan melibatkan agensi-agensi awam, swasta, berkepentingan kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah adalah disaran agar program yang dilaksabakan dapat meningkatkan persekitaran yang lebih terbuka antara sekolah-sekolah dan masyarakat secara umumnya.