Browsing by Author "Aisyah Nabihah Sofea"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kertas Konsep Pembangunan Modul Kesejahteraan Pintar Dan Berbakat (Qalbun Salim) Bagi Isu Kebimbangan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Pintar Berbakat Muslim Di Kolej Genius Insan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amnah Zanariah Abd Razak ;Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin ;Nor Raihan Zulkefly ;Ahmad Fuad Mohd Amin ;Diani Mardiana Mat Zin ;Amirah Zainun ;Aisyah Nabihah SofeaDaniel Fandi NgiengPelajar pintar dan berbakat adalah merupakan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi. Kebanyakan kajian lepas lebih memfokuskan kepada kajian tentang kognitif pelajar namun sebenarnya isu kesejahteraan sosioemosi pelajar sering diabaikan. Berdasarkan dapatan analisis keperluan yang dilaksanakan dalam kalangan pelajar dan guru, di dapati isu utama yang berlaku dalam kalangan pelajar ini adalah isu kebimbangan sosial. Isu kebimbangan sosial ini akan merencatkan potensi sebenar pelajar jika tidak ditangani segera. Isu kebimbangan sosial ni berlaku kerana kesilapan berfikir pelajar, penghindaran sosial dan tekanan (stres) dalam diri serta persekitaran. Oleh itu bagi membantu mengenali masalah sosioemosi kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat ini, pengkaji mencadangkan agar Modul Qalbun Salim dibangunkan dengan integrasi kaunseling Islam (Teori Kaunseling Psiko-Spiritual Al-Ghazali) serta teori kaunseling barat (Teori Kognitif Tingkah laku). Modul ini akan dibangunkan dengan melalui lima fasa reka bentuk dan pembangunan (Design development research-DDR) menggunakan pendekatan model ADDIE iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan perlaksanaan dan penilaian modul. Pembangunan modul ini juga merupakan inovasi dalam pengajaran pintar dan berbakat masa kini. Diharapkan Modul Qalbun Salim ini akan membantu pelajar dan memberi bimbingan kepada guru serta dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan sosioemosi pelajar dan membantu perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dalam usaha melahirkan pelajar sebagai Cendekiawan Islam di masa akan datang.