Browsing by Author "Amani Nawi,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Laman Web E-Multi Ling Mu'jam Sebagai Alternatif Pembelajaran Kendiri: Satu Analisis Keperluan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-09) ;Amani Nawi, ;Lubna Abd Rahman, ;Arnida A Bakar &Wahida MansorSejak pandemik Covid-19 melanda dunia dan negara secara khususnya, semua institusi pendidikan di pelbagai peringkat mula memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pembelajaran dalam talian sebagai kaedah penyampaian dan pemudahcaraan. Hal ini dapat dilihat menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak, selaras dengan kemudahan dan kemajuan teknologi yang semakin menarik, efektif dan bersifat dinamik. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan laman web sebagai alternatif pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan laman web sebagai platform pembelajaran. Kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif ini dijalankan sebagai satu analisis keperluan kepada pembangunan kamus kontekstual pelbagai bahasa berasaskan web yang dinamakan sebagai E-Multiling Mu’jam. Hasil kajian ini sangat penting bagi membantu para penyelidik mereka bentuk dan membangunkan laman web pembelajaran ini selari dengan kehendak dan keperluan pengguna. Responden kajian terdiri daripada para pelajar di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Terjemahan (BAL4143). Instrumen kajian berbentuk soal selidik akan digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel secara deskriptif untuk melihat min,peratusan dan kekerapan. Kajian ini diharap dapat dijadikan pemangkin kepada usaha mengintegrasi ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar terutamanya dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Kata kunci: Kamus berasaskan web, pembelajaran kendiri, laman web pembelajaran