Browsing by Author "Amin al Haadi Shafie"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Keterlibatan Perokok dalam Ketagihan Dadah: Satu Tinjauan dalam Kalangan Pelajar(Faculty of Leadership and Management, 2024) ;Nurun Najihah Musa; Amin al Haadi ShafieTinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendedahkan kelaziman perokok semasa adalah 21.3% di mana dianggarkan 4.8 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas sedang merokok. Tambah membimbangkan apabila jumlah penagihan dadah juga menunjukkan trend yang semakin meningkat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor kepada seseorang perokok terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ini adalah penyelidikan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Ia melibatkan 90 responden yang terdiri daripada 60 pelajar sekolah dan 30 pelajar institut komuniti tempatan di Kedah. Soalan tinjauan yang digunakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah diterapkan. Analisis data dilakukan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 yang melibatkan analisis data deskriptif. Dapatan kajian mendapati 47.8% (43) daripada responden bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya menjadi penyebab utama kepada penyalahgunaan dadah. Sementara itu, keputusan kajian ini turut menyenaraikan beberapa faktor lain seseorang perokok itu menyalahgunakan dadah. Ini penting bagi mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menghumban seseorang ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Dapatan daripada kajian tersebut boleh menjadi parameter dalam membantu badan-badan yang bertanggungjawab terhadap ketagihan belia dalam membentuk aktiviti bagi mengurangkan jumlah penagihan dadah dan rokok dalam kalangan remaja di Malaysia demi mencapai matlamat negara bebas dadah.