Browsing by Author "Amir, R."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar Pengajian Islam[The Mastery of Soft Skills among Islamic Studies Students](Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Zakaria, S. K. ;Azman, N. ;Amir, R.Daud, M. N.Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara deskriptif bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar kursus Pengajian Islam. Seramai 346 sampel daripada 955 orang populasi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kursus Pengajian Islam daripada sebuah universiti awam tempatan terlibat dalam kajian. Tujuh attribut kemahiran insaniah (softskill) untuk pelajar IPT seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) merangkumi kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikir kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan dan kemahiran etika moral profesional (KPT 2006) digunapakai. Data kajian ini telah diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan prisian SPSS versi 17.0. Analisis min menunjukkan pelajar menguasai enam juzuk kemahiran insaniah pada tahap tinggi kecuali kemahiran keusahawanan pada tahap sederhana tinggi. Kemahiran yang paling tinggi dikuasai ialah kemahiran kerja berpasukan diikuti kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran kemahiran kepimpinan, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran etika moral dan profesional. Kemahiran keusahawanan yang paling rendah dikuasai perlu dipertingkatkan sebagai usaha menggalakkan graduan pengajian Islam menceburi bidang keusahawanan. Kajian mencadangkan pelajar Pengajian Islam menceburi bidang-bidang profesional yang lainnya tanpa melupakan peranan mulia sebagai penyebar mesej keislaman dan pendakwah dalam apa jua karier yang diceburi.