Browsing by Author "Amran Abdul Halim"
Now showing 1 - 20 of 68
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Al-Quran: Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat(Penerbit USIM, 2023) ;Nidzamuddin Zakaria ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed HassanWalid SaidKertas kerja ini membahaskan tentang takrifan, kedudukan dan peranan al-Quran sebagai rujukan dan panduan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan dan kemuliaan kitab suci al-Quran bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dikemukakan dalam perbahasan topik yang dikemukakan. Di samping itu, peranan dan fungsi kitab suci al-Quran sebagai sinergi pemangkin pembangunan umat sejagat dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan meraih kesenangan abadi di negeri akhirat nanti. Untuk itu, metod tadabur dan aplikasi kitab al-Quran ini perlu dijadikan amalan dalam usaha membumikan kurikulum langit ini sebagai way of life yang efisyen dan tuntas. Peminggiran kitab suci al-Quran daripada kehidupan dan ketamadunan insan akan mengakibatkan kemunduran jiwa dan iman serta kehinaan berkekalan dalam kehidupan. Usaha penghayatan al-Quran ini tidak akan berjaya melainkan perkara ini berlangsung secara komited dan konsisten dalam proses pendidikan yang holistik, teratur dan bersepadu demi mencapai Khaira Ummat atau kecemerlangan umat manusia sejagat. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan(Penerbit KUIPSAS, 2021) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor YahyaWalid Mohd SaidHadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Hadith Di Dalam Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Mohd. Fauzi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Mahsor Yahya ;Walid Mohd SaidMesbahul HoqueAgama Islam telah datang menerangi di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan Agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendiakawan yang hebat khususnya di tanah Pattani. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Fatani dan Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam dan lain-lain. Kelahiran ini bukan sahaja melahirkan tokoh yang terkenal malah kitab-kitab rujukan yang masih segar sehingga zaman moden ini. Antara kitab yang masih digunakan bagi Syeikh Abdullah bin Idris Bendam Badam ialah Kitab Kitab Risalah Tazkirah Al-Guflah Fi Bayan Asrar As-Solat. Kitab ini bukan sahaja menjadi bahan rujukan bahkan dijadikan sebagai bahan pembelajaran utama di beberapa institusi pondok yang masih wujud sehingga sekarang. Kitab ini sebagai asas pembelajaran mereka tentang solat, Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan hadith yang terkandung di dalamnya. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang kedudukan serta kajian hadith yang dilakukan terhadap kitab ini yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, dhaif dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang pengarang serta kitabnya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat dalam memberikan pendedahan tentang ilmu hadith, kedudukannya serta penggunaannya dalam kitab ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Manhaj Dabt Dalam Surah Al-baqarah: Kajian Manuskrip Al-quran Msma021 Koleksi Pusat Manuskrip Narathiwat(Academic Inspired Network, 2024) ;Abdulloh Salaeh ;Amran Abdul Halim ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimIdi Bin HamdiManuskrip Melayu adalah salah satu hasil seni dan bukti keunggulan serta kehebatan daya cipta masyarakat Melayu tradisional zaman dahulu, Antara kandungan manuskrip yang kerap ditulis adalah tentang kehebatan sesebuah kerajaan dan lain–lain. Dabt juga adalah suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan metode penandaan huruf-huruf alQuran. Disiplin ilmu ini berlandaskan hukum baik dari sudut bentuk tajwidnya. Fokus utama penelitian ini adalah Analisis Manhaj Dabt dalam Surah al-Baqarah: Kajian Manuskrip alQuran MSMA021 Koleksi Pusat Manusrip Narathiwat tulisan tangan yang terdapat di Narathiwat, Thailand. Kaedah kajian ini mengguna pendekatan filologis. Metode yang digunakan sepanjang penelitian ini adalah metode pengumpulan data melalui metode dokumentasi dengan menganalisis teks al-Quran MSMA021. Hasil penelitian yang diperolehi pada analisis pengetahuan dabt dalam naskah al-Quran MSMA021 jelas menunjukkan penulisan dabt mushaf al-Quran MSMA021 tidak mengikuti metode pengetahuan dabt yang sebenarnya seperti harakat lengkap, tanwin, mad, sabdu, sukun dan hamzah, tetapi lebih sesuai dengan pola penulisan normal. Sebagai hasil dari temuan penelitian ini, penulis mengajukan proposal agar penelitian ini dapat dilakukan secara seterusnya pada surah al-Quran lainnya di Perpustakaan Negara Malaysia yang belum dikaji secara komprehensif yang berasal dari dunia Melayu. Oleh kerana itu, naskhah al-Quran ini merupakan naskhah besar yang akan meningkatkan harakat dan martabat tulisan para ulama terdahulu secara akademik dan lebih berwibawa kepada generasi digital khususnya dalam bidang al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Rahsia Sumpah Allah SWT Dengan Masa Dalam Surah Ad-Dhuha(Penerbit USIM, 2023) ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed Hassan ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Kamel Mohamed ;Mohd Zohdi Mohd Amin ;Nidzamuddin Zakaria ;Norhasnira IbrahimKauthar Binti Abd KadirQuran adalah kalam Allah yang menjadi pedoman dalam hidup ini. Salah satu gaya bahasa yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam menyampaikan risalah suci-Nya dalam Quran adalah surah yang panjang dan ada surah yang pendek. Sesetengah surah pula dimulakan dengan menggunakan qasam atau sumpah. Adakala Allah bersumpah dengan zat-Nya, bersumpah dengan rasul-Nya dan sumpah dengan makhluk-Nya. Mengapa Allah SWT bersumpah serta apakah rahsia dan manfaat sumpah yang terkandung dalam Quran? Objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji tentang sumpah Allah SWT berkaitan garis masa dalam Quran khususnya Surah Ad-Dhuha. Kajian kepentingan masa serta rahsianya yang tersirat dalam surah ini. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang yang menganalisis segala maklumat yang diperolehi daripada kitab tafsir muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibnu Kathir, al-Qurtubi dan lain-lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa Allah SWT bersumpah dengan masa yang tertentu dengan tujuan yang tertentu. Seterusnya, akan dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berkaitan memandangkan kebanyakan masyarakat awam hidup dalam nikmat yang diabaikan iaitu nikmat waktu dhuha. Ini kerana kesan dan pengaruh media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Youtube dan sebagainya. Kesibukan dengan perkara tersebut menyebabkan generasi masa kini menjadi kurang berminat kepada agama dan membawa kepada kedaifan iman seseorang. Justeru, masyarakat awam perlu mempelajari dan memahami Quran dengan sebenar-benarnya agar dapat meningkatkan tahap keimanan dan mencapai redha Allah SWT. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kaedah Usul Fiqh Dalam Memahami Hadith-hadith Berkaitan Wabak Dan Penetapan Langkah Keselamatan(Secholian Publication, 2022) ;Helimy Aris ;Amran Abdul HalimNazri MuslimArtikel ini membahaskan tentang aplikasi beberapa Kaedah Usul Fiqh dalam memahami hadith-hadith wabak dan sejauh mana ia sesuai dijadikan sebagai asas dalam penetapan hukum dan prosidur keselamatan dalam usaha memutuskan rantaian sesuatu wabak melalui kaedah analisis teks. Hadith wabak adalah salah satu daripada teks nabawi yang perlu difahami melalui kerangka ilmu usul fiqh agar prinsip-prinsip Islam yang tersirat di sebaliknya dapat dihayati oleh masyarakat. Para sarjana Islam dilihat telah memainkan peranan dalam mengeluarkan ‘illah yang boleh dijadikan sandaran hukum ke atas situasi semasa yang perlu kepada pandangan dan penyelesaian Islam. Selain kaedah istinbatiyyah, kaedah istidlaliyyah seperti maslahah mursalah yang menjadi sebahagian perbahasan ilmu Usul Fiqh juga dilihat amat signifikan dalam menentukan keharusan atau sebaliknya tindakan pihak berwajib dalam membendung penularan penyakit berjangkit. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Pengajian Hadith Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Tumpuan Terhadap Pembelajaran Murid Sekolah Kebangsaan(USIM Press, 2020) ;Amran Abdul Halim ;Abdulloh Salaeh ;Shumsudin Yabi ;Norazmi Anas ;Muhammad Arif Yahya ;Mesbahul HoqueNorakyairee Mohd RausThe writing of this article is intended to apply the study of hadith taken from Sahih Bukhari to the students of primary schools in Malaysia. The method of writing in this article is that the author examines the hadiths from Sahih Bukhari to be used as teaching aids to students in primary schools. The author chooses a hadith from the book of al-Iman which is about the role or responsibility of a Muslim to another Muslim by taking care of his limbs and hands and also related to the advantages of congregational prayer in the Kitab al-Solat. While in terms of teaching methods or methods are teacher and student centered, the author has used Microsoft Powerpoint software as a tool or teaching aid (BBM) for primary school students based on topics related to the hadith. The special feature of this teaching aid is that students can look at it repeatedly at home and review it to strengthen their understanding of a hadith and apply it in their lives. Pupils can also share the material with their peers from other schools. It is hoped that through the tools or teaching aids (ABM) produced can give awareness to the current generation on the actions or practices that should be displayed on social media should always be guided by true Islamic guidelines and help teachers in diversifying their teaching methods in primary schools, especially the study of hadith in the subject of Islamic Education. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Assessment of the Reasonability of the Division of Hadith Knowledge Into RIWĀYAH and DIRĀYAH(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Helimy Aris ;Amran Abdul HalimNazri MuslimThis article talks about the propriety of dividing Hadith Science into Riwāyah Hadith Science and Dirāyah Hadith Science and its effect on the understanding of Hadith Science, especially for beginners. After the death of the Prophet peace be upon him, when the hadith began to reach the tabi'īn generation (the generation after the companions) and the path of the hadith was getting longer, there was a reaction in evaluating the continuity hadith to Rasulullah peace be upon him or called the validity of hadith. The focus of Hadith Science is directed at two main aspects, namely identifying the authenticity of hadith and understanding the meaning and law contained in hadith. The author has used the library method in researching the views of hadith scholars on the matter. This research involves a collection of some textbooks, Journals, articles, virtual resources and internet access. The purpose of this design is to provide several comparisons of several existing theories. The research results show that the Science of Hadith is divided into several parts that are more helpful in giving an overview of the nature of the Science of Hadith which includes aspects of the chain of transmission, matan, narration, narrators and the status of hadith in addition to facilitating the process of understanding more accurately. Special knowledge about riwāyah or narration does exist and it is one of the five main hadith sciences, which are narrators, narration, the chain of transmission, matan and hadith status. Thus, dividing Hadith Science into only two, i.e. riwāyah and dirāyah, can confuse understanding Hadith Science. Thus, the appropriateness of its division into Riwayah and Dirayah Hadith Science can be disputed or re-evaluated. For further studies, researcher can studies on five main hadith sciences, which are narrators, narration, the chain of transmission, matan and hadith status. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bilangan dan Penilaian Darjat Hadith dalam Silibus Pendidikan Islam: Kajian Terhadap Silibus Tahun Lima dan Enam Sekolah Kebangsaan(Penerbit USIM, 2022) ;Amran Abdul Halim ;Nidzamuddin bin ZakariaWalid Mohd SaidBerdasarkan Silibus Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan di Malaysia, didapati sejumlah hadith telah dimasukkan sebagai dalil terhadap sesuatu peristiwa, hukum dan sebagainya. Sebahagian daripada hadith tersebut, tidak dinyatakan sumber atau hukumnya dan sekaligus menimbulkan pertanyaan terhadap status hadith itu sama ada sahih atau sebaliknya. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti bilangan hadith serta penilaian darjatnya dalam silibus berkenaan, memandangkan masih ramai dari kalangan guru-gurunya yang tidak dapat mengenalpasti sumber hadith berkenaan dan statusnya. Metode analisis yang digunakan adalah melalui metode induktif dan deduktif terhadap data yang bersifat kajian perpusatakaan sehingga hadith-hadith yang dinyatakan dalam buku tersebut dinukilkan dan diberikan ulasan takhrijnya. Hasil kajian mendapati bahawa dalam Silibus (buku teks) Pendidikan Islam Tahun Lima terhadap lapan (8) hadith dengan teks berbahasa Arab dan dua (2) hadith dalam Silibus Tahun Enam. Keseluruhan hadith bertaraf sahih atau hasan kecuali satu hadith yang dihukumkan sebagai hadith pals. Diharapkan hasil dari penulisan artikel ini dapat membantu dan meyakinkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menjelaskan hadith-hadith tersebut kepada murid-murid mereka serta menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang hadith. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bullying Prevention Approach in the Klang Valley Education Sector: Issues & Challenges(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Abdul Halim Remly ;Amran Abdul Halim ;Ahmad Sanusi Azmi ;Norazmi AnasAnaztasia Natasha Muhamad RamlanBullying is a form of violence that is widespread within the education sector worldwide and has been deemed by the World Health Organization (WHO) as a global health issue affecting adolescents and children. As a result of serious injuries and even fatalities, bullying incidents in Malaysia's educational sector have gained considerable attention. Thus, the objective of this study is to analyze the preventive approaches to bullying employed in schools throughout the Klang Valley, as well as the challenges encountered in attempts to combat the crime of bullying in each institution. The study design is qualitative in nature, with case studies based on semi-structured interviews with teachers and school administrators within the Klang Valley. Six teachers/school administrators from five Klang Valley schools were chosen via purposive sampling specifically SMK Sungai Besi, SMK Taman Selayang, SK Bandar Tasik Selatan, SK Bandar Baru Salak Tinggi, and SK Rinching Hilir. Thematic analysis and ATLAS ti23 software were utilized to assess the interview findings. As per the study findings, it became apparent that the executed approaches and activities have notably contributed to a decrease in bullying cases in the study locations. The organized activities include: (i) Motivational talks, (ii) Congregational prayers and Quranic recitations, (iii) Sports and co-curricular activities, and (iv) Continuous counseling sessions. Nonetheless, schools confront a number of difficulties in implementing these ventures, including effects from gadgets, parental concerns, attendance, and external influences. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bullying Symptoms And Their Effects On Victims(Human Resource Management Academic Research Society, 2022) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Mohd Syukri Mohd Noor ;Mohamad Qamarulzaman Mohamad Zani ;Abdulloh Salaeh ;Walid Mohd. SaidHelimy ArisBullying symptoms refer to aggressive acts or behaviors aimed at abusing/torturing the others who are weaker than the bully, which can cause physical or psychological harm to the victim. In addition, victims of bullying will feel depressed, terrified, apprehensive, and agitated the whole time, with some suffering serious and permanent injuries, and even worse – death. Hence, this study aims to discuss the definitions and concepts of bullying symptoms, the effects on the victims, and the reasons of suppression by the victims. There are (9) reasons of the suppression: (i) Shame and embarrassment, (ii) Fear of retaliation, (iii) Fears of making things worse, (iv) Desire for acceptance, (v) Fear of not being believed, (vi) Concerned about "snitching", (vii) Low self-esteem, (viii) Failure to recognize bullying, and (ix) Thinking that it would not help. Therefore, the bullying symptoms need to be given a serious attention by all parties including the victims themselves, to reduce the number of cases from time to time, and to avoid the risk of fatal injuries. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Community And Legal Right On Elderly Care(HUMAN RESOURCE MANAGEMENT ACADEMIC RESEARCH SOCIETY, 2024) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Amiruddin Mohd. Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Syed Najihuddin Syed HassanMohd Izzuddin Agiman@AzmanFrom an Islamic standpoint, the obligation to care for the elderly is incumbent upon adult children for the duration of their elders' lives, necessitating a profound commitment. This responsibility often requires adjustments in the children's lifestyle to accommodate the needs of their elders. We are to instill a sense of duty and affection towards the elderly and to raise awareness in the community about the significance of parental care, particularly from an Islamic perspective. Hence, this study aims to discusses the elderly care from Islamic perspectives, also the relationship Muslim community with elderly, and the legal right of elderly in Islam. The intersection of community values and legal rights plays a crucial role in ensuring proper care for the elderly. Communities serve as the backbone of support, fostering environments where older individuals feel valued, respected, and included. This involves not only familial care but also broader societal structures that prioritize the well-being of elderly members. Legal frameworks serve to formalize and protect the rights of the elderly, ensuring access to essential services, healthcare, and protections against abuse or neglect. By enshrining these rights into law, societies acknowledge the inherent dignity and worth of older individuals, affirming their entitlement to care and support. The synergy between community values and legal rights is essential for addressing the complex challenges associated with elderly care. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elderly Care For Low-income Households (B40) In Malaysia: Intergenerational Relations In Reference To Sunnah Nabawiyyah(Hamdard Foundation Pakistan, 2020) ;Norazmi Anas ;Anaztasia Natasha Muhamad Ramlan ;Zakiah Samori ;Ishak SuliamanAmran Abdul HalimThe negligence cases of senior citizen are estimated at about 675,000 cases or equivalent to almost 30% of senior citizens in Malaysia. They seemed to be stemming from the attitudes of society who are too career-driven and focused on luxurious lives at the expense of their elderly, considering them to be burdens due to high cost of living and cost of medical care i.e. medicine. Hence, the writing of this paper aims to discuss the issues, challenges and realities of elderly care, primarily for the lower income group (B40) in Malaysia as well as intergenerational relationships from the perspective of sunnah nabawiyyah, since the mistreatment and negligence of senior citizens is contrary to the Islamic law that has bestowed responsibility for the care of elderly parents on their children. Not only that efforts of all parties such as the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM), the National Social Institute, the Human Rights Commission (SUHAKAM) and the Social Welfare Department (JKM) need to be enhanced for the senior citizens in Malaysia, but also the studies related to it need to be intensified so as to avoid this group from being neglected. This is in conformity with the main policy of the Malaysian government through the National Social Policy (DSN), the National Policy for the Elderly (DWEN) and the National Senior Citizens Action Plan (PTWEN), besides demonstrating commitment towards the elderly contained in the PH PRU-14 manifesto as the core of our new Malaysian government and parallel with the Industrial Revolution 5.0 targeting the "Super Smart Society" as a result of increased value to society - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication From Christianity to Islam: An Analysis of Ibn Rabban's Approach towards Sira Nabawiyya(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017) ;Ahmad Sanusi Azmi ;Zulhilmi Mohamed Nor ;Amiruddin Mohd Sobali ;Mohd Yusuf IsmailAmran Abdul HalimWith the expansion of Muslim territory in the ninth century, non-Muslim communities' reactions to the denials of the prophethood of Muhammad created an impact on the development of Islamic prophetology. Vigorous refutations from non-Muslim community, specifically the Jews, Christians and Brahmins urged Muslims to develop a solid mechanism in defence of the status of their beloved Prophet. One of the works that has been recognized as an apparatus to defend the Prophet Muhammad veracity is al-Din wa al-Dawla composed by Ibn Rabban, a physician of the Caliph's court. This study analyses the novelty of his approaches in exploring Sira Nabawiyya and defending the prophethood of Muhammad. The study employed a descriptive, comparative and critical approach where it analyses and extracts the author original approach in explaining the legitimacy of Muhammad's prophethood and enlightening the Prophet's biography. The study argues that most of Ibn Rabban arguments in this work are actually developed from the foundations of Biblical scripture. His style of interpreting Biblical passages indicates a possible dependence on Ibn al-Layth's letter. However, the way in which he presents Quranic references seems not to be in accordance with Ibn al-Layth's perspective. This is where the novelty of his approach is distinguished. As a result, the study also affirms that Ibn Rabban imposes his own standards of selection and interpretation of Quranic verses when he applies it as reference to the Prophet's life. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Genealogy Of The Prophet: Reassessing Ibn Saʿd’s Qur’anic Reference In Sira Nabawiyya(International Journal of Religion, 2024) ;Ahmad Sanusi Azmi ;Norazmi Anas ;Amran Abdul Halim ;Mohd Nor Adzhar IbrahimKhairul Aiman Wan MokhtarGenealogy plays a crucial role in historiography. An account of genealogy serves as an instrument to legalize kinship in the Arab tribal world. One of the most important aspects in understanding the history of Prophet Muḥammad’s life (the Sīra Nabawiyya) is his genealogy. It is not an exaggeration to say that almost all the biographies of Muḥammad commence their discussion by introducing his lineage, including Ibn Sa’d, one of the prominent figures in Islamic historiography. The present study seeks to explore Ibn Saʿd’s hermeneutical response to and understanding of Qur’ānic reference to the Prophet’s genealogy. It will also analyse for what specific reasons these understandings were developed in its socio-religious contexts. The study is qualitative in nature and is one in which the researcher will employ both descriptive and source-critical approaches. The study in its findings argues for the appropriateness of using 26:219 as reference to the Prophet’s genealogy. Its analysis proposes that it was the influence of his master that leads Ibn Sa’d to invent the connection between the Prophet’s genealogy and the Qur’ān. Furthermore, his approach to ‘Qur’ānise’ the nature of the narrative appears to be another reason that influence Ibn Saʿd to create such connection. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islamic Tarbiyah System for Bullying Prevention(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Mohamad Qamarulzaman Mohamad Zani ;Walid Mohd Said ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh SalaehNidzamuddin ZakariaBullying has a negative impact on bullies, victims and the environment, especially in the education sector. Preventive measures through psychological methods are considered to be less effective, so bullying prevention based on Islamic Tarbiyah system is recommended. This study aims to elaborate the perceptions of bullying in society, and the Islamic Tarbiyah system for bullying prevention. A case study was conducted on 71 respondents among school students, university students and teachers aged 13 to 40. Using IBM SPSS version 26, the data of the questionnaire were analyzed descriptively. The results found that bullying occurred in educational institutions, especially boarding schools and day schools, due to factors such as friends, family, environment and personality. It can affect victims' physical injuries, emotional disorders and lack of self-confidence. As a result, the Islamic tarbiyah system has been proposed as a bullying prevention measure, and it believes that the role of teachers/mentors/murobbi is crucial for the success of the system in schools. It is hoped that this method will curb the recurrence of bullying symptoms in schools and improve students' safety and security from time to time. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Islamic Traditions On Elderly Care(HUMAN RESOURCE MANAGEMENT ACADEMIC RESEARCH SOCIETY, 2024) ;Amran Abdul Halim ;Norazmi Anas ;Ahmad Kamel Mohamed ;Walid Mohd Said ;Muhammad Amin Abdullah SabriAhmad Shafiq Danial Ahmad NazriIn the Muslim family, it is the responsibility of the children to make sure that the parents or elders are highly regarded and that their privileges are fully cared. The Quran and the Hadith have provided guidelines and instructions on how parents and the elderly should be treated. The responsibility of the children especially the adult ones for taking care of the well-being of their parents is emphasized by Allah SWT repeatedly in the Quran. From an Islamic perspective, taking care of the elderly is the responsibility that the children must fulfil. Therefore, it is incumbent upon adults to provide care for the elderly for the duration of their lives. Hence, this study aims to discusses the Islamic traditions on elderly care and also elder abuse and neglect. Through teachings found in the Quran and Hadith, Muslims are encouraged to treat their elderly with respect, compassion, and kindness, reflecting the values of filial piety and societal cohesion. Islamic teachings stress the provision of physical, emotional, and spiritual support for the elderly, promoting a sense of dignity and fulfillment in their later years. By upholding these traditions, individuals and communities can foster environments that prioritize the well-being and inclusion of older generations, enriching society. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Penulisan Tafsir Di Malaysia: Kajian Terhadap Tafsir Pedoman Muttaqin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Amran Abdul Halim ;Tengku Fathul Aziz Tengku Abd Mutalib ;Walid Mohd Said ;Nidzamuddin Zakaria ;Amiruddin Mohd Sobali ;Abdulloh Salaeh ;Mohd Fauzi Mohd Amin ;Ahmad Kamel Mohamed ;Syed Najihuddin Syed HassanMahsor YahyaPengajian al-Quran dan tafsir di Malaysia sudah bermula sejak lama dahulu, sama ada secara formal atau tidak formal. Pengajian ini bermula di rumah-rumah tok guru, surau, madrasah, masjid dan sebagainya. Pengajian ini juga lebih tersusun dan secara rasmi apabila sistem pengajian pondok diadakan di Malaysia dan dipelajari pula di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, satu usaha yang jitu perlu dilakukan bagi memelihara khazanah-khazanah ilmu ulama-ulama terdahulu dan diteliti kandungannya melalui kajian-kajian komprehensif terhadap hasil-hasil penulisan tersebut dan mengetengahkan keistimewaan isi kandungannya serta diperbaiki mutu bahasanya agar ia terus dimanfaatkan generasi kini dan akan datang bukan sekadar dijadikan koleksi simpanan sahaja. Melalui penulisan artikel ini, penulis cuba meneliti salah satu kitab tafsir di Malaysia iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor dengan cara memerhatikan kaedah-kaedah penulisan beliau dalam kitab tafsirnya. Penulisan artikel kali ini berobjektifkan kepada sejarah penulisan tafsir atau latar belakang penulisan tafsir di Malaysia dengan lebih terperinci dan kaedah yang digunakan di dalam penulisan tafsir Melayu klasik yang biasa dibacakan di masjid dan surau tempat penulis tinggal. Diharapkan hasil dari penulisan ini dapat menonjolkan satu model atau contoh tafsir yang sesuai dengan kondisi masa kini khususnya masyarakat di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Kesedaran Pelajar Terhadap Hadis Mawdu’ dalam Kalangan Pelajar Da’wah dan Pengurusan Islam USIM(Penerbit USIM, 2024) ;Yusuf Mohd Shallehuddin ;NurNajjah Nadia Daroji ;Siti Nur Izzah SulaimanAmran Abdul HalimSecara umumnya, hadis adalah sumber kedua tertinggi selepas al-Quran dan digunakan sebagai sumber rujukan bagi umat islam. Namun, tidak semua hadis yang dinyatakan adalah benar kerana terdapat penipuan yang digunakan dengan menggunakan nama nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai hadis mawdu' (hadis palsu). Ini kerana kajian mendapati bahawa terdapat hadis yang di sampaikan tidak dinyatakan status dan perawi hadis, hal ini menyebabkan tersebarnya hadis palsu. Mengambil kira kebimbangan ini, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar mengenai penyebaran hadis mawdu’ dengan menganalisis ilmu pengetahuan pelajar mengenai ilmu hadis. Kajian ini di jalankan dengan memberikan beberapa soalan kaji selidik kepada pelajar Da’wah dan Pengurusan Islam USIM. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah dokumentasi iaitu dengan merujuk bahan-bahan ilmiah dan artikel. Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai hadis mawdu’. Di samping itu, pengkaji juga telah menggunakan sumber rujukan daripada laman sesawang rasmi dalam mengumpulkan maklumat tentang hadis mawdu’. Hasil daripada dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman berkaitan dengan hadis mawdu' adalah tahap sederhana dan sebahagian pelajar masih belum dapat mengenalpasti dengan jelas status hadis yang diterima. Oleh itu, kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar Da'wah dan Pengurusan Islam bahawa pentingnya untuk mengetahui ilmu hadis supaya para pelajar lebih berhati-hati dalam menyebarkan atau menerima hadis kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada amalan kehidupan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Metodologi Penulisan Tafsir Nur Ihsan(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019-10-08) ;Amran Abdul Halim ;Muhammad Abrar Mohamed Razelan ;Abdulloh Salaeh ;Ahmad Kamel MohamedSyed Najihuddin Syed HassanSelain daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, Tafsir fi Zilal al-Quran dan lain-lain, terdapat juga tafsir yang ditulis oleh para sarjana dan ilmuan di Malaysia, antaranya ialah Tafsir Nur Ihsan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti metodologi penulisan kitab tersebut yang ditulis oleh Haji Muhammad Said Umar dengan cara meneliti bentuk atau kaedah penulisannya. Hasilnya ialah penulis mendapati bahawa penulisan kitab ini adalah dengan cara tafsir al-quran secara ijmali iaitu dengan ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah di fahami. Metod ini mentafsirkan ayat satu persatu mengikut kronologi ayat setiap surah. Penulis juga mendapati bahawa kaedah penulisan kitab ini adalah mirip kepada penulisan kitab tafsir jalalain. Seterusnya kitab ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi lama. Seperti kitab-kitab yang menggunakan tulisan jawi lama, kebanyakannya tidak meletakkan tanda baca seperti koma dan titik dalam penulisan mereka. Walau bagaimana pun, pengarang meletakkan pemisah di antara dua surah dengan meletakkan nama surah dan bilangan ayat bagi setiap surah. Selain daripada itu, pengarang juga ada meletakkan tajuk umum bagi sesetengah ayat bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui perbincangan yang berkaitan dengan ayat yang akan di baca seperti hukum faraid. Hasil kajian juga mendapati beberapa kitab tafsir yang ditulis secara lengkap 30 juzuk dan terdapat sebilangan kitab tafsir ditulis mengikut surah. Selain itu metode yang digunakan oleh kebanyakan pentafsir-pentafsir adalah menggabungkan tafsiran dari kitab-kitab tafsir bahasa Arab yang muktabar.