Browsing by Author "Anis Nadhirah Nor Mukshar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Konsep Filantropi Dalam Pembangunan Dana Takaful Mikro Di Malaysia(Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, 2022) ;Anis Nadhirah Nor Mukshar ;Noor Aimi Mohamad PuadKhairul Anuar AhmadTakaful mikro merupakan satu instrumen kewangan yang patuh syariah yang menawarkan skim perlindungan kepada individu yang berpendapatan rendah dan miskin pada kos yang berpatutan. Penawaran polisi ini bertujuan memastikan setiap lapisan masyarakat di Malaysia mampu memiliki perlindungan takaful tanpa mengira latar belakang kewangan. Namun begitu, isu dana risiko takaful mikro masih lagi menjadi masalah utama disebabkan majoriti golongan B40 tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil untuk disiplin dalam membayar caruman takaful. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan potensi konsep filantropi Islam untuk dijadikan sebagai dana sokongan dalam pembangunan takaful mikro di Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian perpustakaan dalam mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa integrasi konsep filantropi Islam adalah releven sebagai dana sokongan dalam pembangunan takaful mikro bagi membantu meringankan golongan B40 untuk membayar sumbangan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi peranan kepada pihak berkepentingan untuk memperkasakan lagi pembangunan industri takaful mikro dalam mendepani sebarang krisis kewangan yang timbul.