Browsing by Author "Anita Abdul Rani"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kefahaman Kewajipan Solat dan Kefasihan Bacaan Al-Fatihah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan(USIM Press, 2022) ;Ahmad Muhaimin Mohamad ;Rohana Hamzah ;Anita Abdul Rani ;Rashidi Abbas ;Mohd Suhardi Mat Jusoh ;Siti Fatihah GhazaliNurul Fatihah Abdul RahmanThe aim of this research is to identify Al-Fatihah recitation level and Solat obligation among diploma, degree, and dual-degree students in engineering-based programme in one of technical based public university. Data collection was made by assigning individual task of university compulsory subject called Soft Skills. 712 Muslim students were involved in this research among 1165 registered students using purposive sampling technique. All task and evaluation process via e-learning portal. Qualitative approach namely content analysis followed by quantitative method namely descriptive analysis, one-way ANOVA, and Pearson correlation test were used to answer research question and hypothesis testing. As a result, there are significant different of Al-Fatihah recitation level and solat obligation among group. The correlation test show that there is significant correlation among the variable. The discussion assumes that cognitive and thinking level, personal and family background are the vital factors of analysis output. As a research contribution, the implication and further research was stated at the end of paper. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepentingan, Keperluan dan Cabaran dalam Pemerkasaan Pensijilan Halal Kategori Premis Makanan di Malaysia(Penerbit USIM, 2024) ;Mohammad Hafeez Md Ramli ;Tuan Sidek Bin Tuan MudaAnita Abdul RaniProduk dengan logo halal telah menjadi satu keperluan kepada pengguna Muslim di Malaysia pada hari ini. Kesedaran halal juga dilihat semakin meningkat. Di Malaysia terdapat 9 kategori pensijilan halal, salah satunya ialah premis makanan. Ia melibatkan pemberian sijil halal kepada dapur hotel, restoran, gerai, kiosk, medan selera, warung dan seumpamanya yang telah memenuhi syarat-syarat dan prosedur pensijilan halal. Walaupun pensijilan halal dalam kalangan industri makanan berkembang pesat iaitu dengan meningkatnya permohonan sijil halal, tetapi pensijilan halal dalam kategori premis makanan dilihat agak perlahan. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk membincangkan kepentingan, keperluan dan cabaran bagi memperkasa pensijilan halal dalam kategori ini. Kajian ini di buat menggunakan kaedah kualitatif. Data dikumpul dan dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan. Kajian mendapati pensijilan halal dalam premis makanan sangat penting dan perlu diperkasakan bagi memastikan pengguna mendapat jaminan untuk menikmati makanan yang halalal toyyiban, bukan sahaja terjamin dari sudut halal, tetapi juga terjamin dari sudut keselamatan makanan. Dengan pemerkasaan tersebut diharapkan isu-isu yang melibatkan keselamatan makanan yang sering kali berlaku di premis makanan tidak berulang. Kajian juga mendapati terdapat beberapa cabaran utama dalam proses memperkasa pensijilan halal dalam kategori ini antaranya kesukaran proses permohonan sijil halal, kos untuk pematuhan dan keperluan bahan mentah yang halal, kesulitan dalam memenuhi keperluan dokumentasi, kebersihan dan kos penambahbaikan premis. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep dan Perspektif Tauhidik dalam Meningkatkan Kebahagiaan Kendiri(Centre for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 2021); ;Anita Abdul Rani ;Umi Hamidaton Soffian Lee ;Muhd Khairi Mahyuddin ;Imaduddin AbidinMohd Suhardi Mat JusohIndeks Kesejahteraan Dunia 2019 melaporkan Malaysia adalah negara ke-80 paling bahagia daripada 156 negara di dunia. Ia mencatatkan penurunan kedudukan yang begitu besar, iaitu daripada tangga ke-35 pada tahun 2018. Manakala, indeks kesejahteraan psikologi Malaysia pada tahun 2020 pula mencatatkan skor sederhana iaitu 7.2. Kajian berkaitan kebahagiaan berdasarkan perspektif Islam dilihat masih lagi terhad dan minimal. Namun, aspek tekanan psikologi, kesejahteraan kendiri dan pengamalan nilai agama Islam merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian hidup seorang Muslim. Justeru, kajian ini bertujuan melihat konsep kebahagiaan dari sudut Islam dan kaedah atau strategi yang dilandaskan oleh Islam bagi meningkatkan kebahagiaan kendiri manusia dalam mendepani arus cabaran kehidupan dan tekanan. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Model PERMA oleh Martin Seligman telah digabung jalin dengan pandangan Teori Al-Ghazali, hadis dan al-Quran dalam merungkai permasalahan yang wujud ini. Dapatan kajian turut membincangkan konsep tauhidik Islam mendasari elemen Akidah, Syariah dan Akhlak. Selain itu, faktor yang mempengaruhi kebahagiaan seperti mendekatkan diri dengan Allah, menanam sifat syukur, memelihara akal dengan baik,memupuk sifat sabar, redha dan bertawakal dikenalpasti sebagai teras utama dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Tuntasnya, kajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan dalam membantu umat Islam mencapai kebahagian diri.