Browsing by Author "Anuar bin Hasin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication E-IFRAD COURSEWARE: Analisis Keperluan Pembangunan Aplikasi dalam Pengajian Qira’at di USIM(Penerbit USIM, 2022) ;Norazman bin Alias ;Zainora binti Daud ;Anuar bin Hasin ;Zulkifly bin Mohd ZakiAbdul Mun’im bin HilmiKajian ini dijalankan bertujuan untuk melestarikan pengajian qira’at yang bersifat tradisional dengan kemajuan teknologi multimedia dalam mendepani revolusi industri 4.0. Pengajian qira’at di malaysia masih memberikan tumpuan pada matanmatan dan syarahnya serta masih dalam batasan ilmu al-Riwayah. Akibatnya signifikan ilmu qira’at dan hubungannya dengan ilmu-ilmu lain seperti fikah, tafsir, bahasa dan sebagainya tidak dapat diterokai selagi ia tidak dipelajari dan diperbahaskan dalam konteks ilmu al-Dirayah. Malahan, metod pengambilan dan bacaan qira’at secara ifrad (satu riwayah demi satu riwayah) tidak pula diterangkan secara jelas dan mendalam menerusi silibus surah dan ayat yang ditetapkan. Selain itu, pelaksanaan kurikulum qira’at dari aspek masa pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar di dalam kelas perlu dipertingkatkan kerana kandungan kurikulumnya yang banyak merupakan salah satu faktor kemampuan pelajar yang menyumbang ketidakmampuan pelajar dalam pengajian qira’at. Justeru, kajian awal ini yang bersifat kuantitatif, akan menggunapakai kaedah borang soal selidik dalam mendapatkan data sebenar keperluan pembangunan sebuah aplikasi dalam pengajian qira’at di USIM menerusi E-Ifrad Courseware. Dapatan awal menunjukkan tahap penguasaan qira’at berada di tahap yang sederhana di kalangan pelajar USIM dan kemampuan mereka untuk mengamalkan qira’at di tahap yang rendah kerana beberapa faktor seperti anggapan pengajian qira’at sukar difahami terutamanya dalam bab usul dan farsh al- Huruf, masa tidak mencukupi, penggunaan bahasa arab sebagai pengantar bahasa utama dalam pengajaran dan pembelajaran serta kekurangan bahan-bahan rujukan.