Browsing by Author "Azman A.R"
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Kaedah Fiqh Al-Darurah Tuqaddar Biqadariha dalam Agihan Zakat untuk Mangsa Banjir(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Siti Fariza M.F ;Hasanah A.K ;Irwan M.SAzman A.RBanjir yang berlaku pada Disember 2014 dikategorikan sebagai paling buruk yang melanda kawasan Pantai Timur, Malaysia. Bencana ini telah melibatkan lebih 100,000 orang mangsa yang mengalami kemusnahan harta benda dan punca pendapatan. Mangsa memerlukan bantuan segera bagi memulihkan kembali kehidupan seperti sedia kala. Keadaan ini dikategorikan sebagai keadaan mendesak yang mengharuskan penggunaan kaedah fiqh dalam situasi darurat. Walau bagaimanapun, ia dibataskan dengan kaedah fiqh al-darurah tuqaddar biqadariha. Justeru, kajian akan mengkaji penggunaan kaedah fiqh ini dalam agihan zakat untuk mangsa banjir. Kajian juga akan mencadangkan penambahbaikan dalam penyelarasan agihan zakat yang diberikan kepada mereka. Hasil kajian mendapati kelayakan seseorang mangsa banjir dalam situasi darurat dilihat lebih tepat di bawah kaedah fiqh� al-darurat tubihul mahzurat (kemudaharatan membolehkan tegahan) tetapi perlu dibatasi dengan kaedah fiqh yang lain iaitu al-darurat tuqaddar bi qadariha (keadaan darurat ditentukan mengikut kadarnya). Implikasi kajian boleh dijadikan� garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan agihan zakat yang sepatutnya kepada mangsa banjir ini. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.� - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat dan Cadangan Pengaplikasiannya di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Siti Fariza M.F. ;Azman A.R ;Ahmad, S.Wahid, H.Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan Pantai Timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,955 orang mangsa. Mereka yang terlibat dengan bencana banjir kehilangan harta seperti tempat kediaman, kenderaan, ladang punca pendapatan dan peralatan asas untuk menjalani kehidupan. Keadaan yang dialami oleh mereka tidak terlepas daripada mata-mata masyarakat yang prihatin untuk menyalurkan bantuan. Timbul persoalan tentang kedudukan mangsa banjir sebagai asnaf yang berhak menerima zakat. Justeru, kajian ini akan menilai kedudukan mangsa banjir sebagai penerima zakat. Kajian ini juga akan mencadangakan skim bantuan yang sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir sekiranya mereka berhak menerima zakat. Hasil kajian mendapati mangsa banjir layak menerima bantuan zakat di bawah kategori asnaf al-gharimin menepati syarat sebagai penerima zakat. Skim bantuan yang dicadangkan adalah bantuan berbentuk keperluan asasi seperti skim bantuan tempat tinggal, makanan dan pakaian. Implikasi kajian memberikan garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan bantuan kepada mangsa banjir. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan skim bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengurusan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir: Penentuan Keperluan Asas Berasaskan Indeks Syariah Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Azman A.R ;Mohd Faez A.BSiti Zulaikha MokhtarBah banjir yang berlaku pada penghujung 2014 dikenali sebagai bah kuning. Bah banjir tersebut mengakibatkan keadaan rumah, kawasan dan sekitar daerah rosak akibat kesan kedatangan banjir tersebut. Pengurusan banjir dikategorikan dengan tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas. Isu ketidaktepatan dalam penentuan kutipan dan agihan barangan sumbangan kepada mangsa banjir sering ditimbulkan oleh mangsa banjir dan pihak-pihak tertentu. Justeru, objektif kajian ini membincangkan konsep Indeks Syariah Malaysia (ISM) dan pendekatan pengurusan sumbangan kepada mangsa banjir berasaskan ISM. Kajian ini juga akan menilai jenis- jenis sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir semasa berlaku banjir di samping penentuan keperluan asas berasaskan keutamaan. Reka bentuk kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif iaitu menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual serta soal selidik termasuk juga kajian secara dokumentasi yang menggunakan kaedah induktif dengan merujuk manual dan laporan pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Hasil kajian mendapati tujuh jenis kit kecemasan yang perlu diberikan kepada mangsa banjir semasa banjir iaitu kit ibadah, kit makanan, kit kesihatan, kit pakaian, kit pendidikan, kit penempatan dan kit simpanan barang berharga. Hasil kajian juga mendapati pengurusan sumbangan mangsa banjir semasa berlaku banjir memerlukan satu garis panduan yang khusus berasaskan ISM bagi tujuan penentuan keperluan asas dan jenis-jenis sumbangan mengikut keutamaan. Penentuan keperluan asas ini amat penting bagi mewujudkan kit-kit kecemasan yang boleh menjadi garis panduan kepada kerajaan, NGO-NGO dan pihak-pihak sukarelawan dalam membantu mangsa banjir. Kajian lanjutan berkaitan penentuan keperluan asas sebelum dan selepas banjir diperlukan bagi memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sebagaimana yang diperlukan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Mangsa Banjir Terhadap Pengurusan Pengagihan Sumbangan Bencana Banjir(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Azman A.RIsmail, N.Fenomena banjir menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar dan harta benda, bahkan kehilangan nyawa. Kejadian ini menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang lain untuk membantu mangsa banjir. Bantuan kepada mangsa banjir diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan bantuan kelengkapan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan sebagainya. Namun terdapat beberapa kes yang melibatkan mangsa banjir tidak mendapat bantuan ataupun bantuan yang diperolehi tidak dapat melengkapi keperluan asas mereka. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat persepsi mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan bencana banjir. Artikel ini juga akan membincangkan faktor-faktor ketidakpuasan hati�mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan. Hasil kajian mendapati sebahagian responden tidak berpuas hati dengan pengurusan pengagihan sumbangan mangsa banjir dan faktor utama adalah disebabkan sumbangan tidak sampai kepada mangsa banjir. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak kerajaan atau NGO-NGO, individu yang terlibat dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir supaya meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumbangan. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi menentukan kaedah yang terbaik dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Program Usahawan Bagi Memperkasakan Ekonomi Golongan Asnaf Pemantauan daripada Aplikasi Myema(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Azman A.R ;Mohamad Yazis Ali Basah ;Mohammad Noorizzuddin Nooh ;Mahdhir Abdullah ;Ahmad Anis Mohd FauziMohd Faez Abu BakarInstitusi Zakat pada masa kini telah memainkan peranan penting bagi memastikan setiap asnaf yang layak menerima bantuan dapat menggunakan bantuan tersebut sebaiknya. Anjakan paradigma yang telah dilakukan oleh beberapa pusat zakat dalam memastikan penerima bantuan zakat dapat dikeluarkan daripada golongan tersebut lalu menjadi sebagai pemberi zakat. Sebagai contoh, pengurusan dana tersebut telah melalui proses transformasi sehingga tercetusnya program usahawan asnaf. Objektif kajian ini adalah untuk menilai program keusahawanan asnaf di negeri Selangor dan Kuala Lumpur serta mengeluarkan satu model produktif pembangunan keusahawanan asnaf dan membincangkan pemakaian aplikasi MyEma sebagai instrumen untuk pemantauan. Sampel kajian ke atas dua negeri tersebut berdasarkan beberapa faktor iaitu antara negeri terawal yang melakukan program keusahawanan asnaf, peruntukan pemberian zakat berbentuk modal perniagaan yang tinggi dan kejayaan mengeluarkan usahawan asnaf daripada kelompok asnaf sehingga menjadi pembayar zakat. Kajian kualitatif ini menggunakan metode perpustakaan dan observasi untuk mengumpul data. Metode temubual dijalankan terhadap pegawai di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan kumpulan kajian di kawasan Selangor. Hasil kajian mendapati program usahawan asnaf amatlah tinggi nilainya serta memberi impak yang sangat berkesan kepada taraf ekonomi asnaf kerana program ini dapat mengeluarkan diri mereka daripada kelompok asnaf dan seterusnya dapat memberi rangsangan kepada ekonomi negara dan membantu ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi. Diharapkan institusi zakat yang masih belum menjalankan program pembangunan keusahawanan asnaf dapat menjadikan model yang dibangunkan ini sebagai struktur program tersebut di samping mengguna pakai aplikasi pemantauan MyEma sebagai instrumen bagi sektor pemantauan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Program Usahawan Bagi Memperkasakan Ekonomi Golongan Asnaf: Pemantauan daripada Aplikasi Myema(Universiti Sains Islam Malaysia, 2016) ;Azman A.R ;Mohamad Yazis Ali Basah ;Mohammad Noorizzuddin Nooh ;Mahdhir Abdullah ;Ahmad Anis Mohd FauziMohd Faez Abu BakarInstitusi Zakat pada masa kini telah memainkan peranan penting bagi memastikan setiap asnaf yang layak menerima bantuan dapat menggunakan bantuan tersebut sebaiknya. Anjakan paradigma yang telah dilakukan oleh beberapa pusat zakat dalam memastikan penerima bantuan zakat dapat dikeluarkan daripada golongan tersebut lalu menjadi sebagai pemberi zakat. Sebagai contoh, pengurusan dana tersebut telah melalui proses transformasi sehingga tercetusnya program usahawan asnaf. Objektif kajian ini adalah untuk menilai program keusahawanan asnaf di negeri Selangor dan Kuala Lumpur serta mengeluarkan satu model produktif pembangunan keusahawanan asnaf dan membincangkan pemakaian aplikasi MyEma sebagai instrumen untuk pemantauan. Sampel kajian ke atas dua negeri tersebut berdasarkan beberapa faktor iaitu antara negeri terawal yang melakukan program keusahawanan asnaf, peruntukan pemberian zakat berbentuk modal perniagaan yang tinggi dan kejayaan mengeluarkan usahawan asnaf daripada kelompok asnaf sehingga menjadi pembayar zakat. Kajian kualitatif ini menggunakan metode perpustakaan dan observasi untuk mengumpul data. Metode temubual dijalankan terhadap pegawai di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan kumpulan kajian di kawasan Selangor. Hasil kajian mendapati program usahawan asnaf amatlah tinggi nilainya serta memberi impak yang sangat berkesan kepada taraf ekonomi asnaf kerana program ini dapat mengeluarkan diri mereka daripada kelompok asnaf dan seterusnya dapat memberi rangsangan kepada ekonomi negara dan membantu ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi. Diharapkan institusi zakat yang masih belum menjalankan program pembangunan keusahawanan asnaf dapat menjadikan model yang dibangunkan ini sebagai struktur program tersebut di samping mengguna pakai aplikasi pemantauan MyEma sebagai instrumen bagi sektor pemantauan.