Browsing by Author "Azman Ab Rahmani"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Institusi Fatwa Di Malaysia Dalam Menghadapi Revolusi Industri 4.0(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Muhamad Firdaus Ab Rahmani ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiAzman Ab RahmaniRevolusi Industri 4.0 sedang rancak berlaku diseluruh dunia dan ia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi tinggi dan sistem automasi lebih pintar. Revolusi ini menandakan kemuculan sistem fizikal siber yang melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi mesin dan keadah baharu teknologi. Dalam kata lainya, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan penggunaan tenaga manusia secara langsung. Perkembangan revolusi ini sudah pasti akan menimbulkan pelbagai isu terbaharu khususnya melibatkan hukum hakam kontemporari muamalah Islam. Institusi fatwa di Malaysia merupakan satu badan yang berperanan menyelesaikan permasalahan melibatkan masyarakat dalam perkara berkaitan hukum hakam agama Islam. Selari dengan perkembangan revolusi semasa, institusi fatwa perlu lebih keterhadapan dalam menangani isu-isu kontemporari yang sangat mencabar dan ia sudah pasti memberi cabaran besar kepada institusi fatwa terutamanya dalam proses pengeluaran hukum (istinbat hukum) kerana perubahan teknologi yang pantas mempunyai kesukaran untuk menjangka sesuatu perkara yang bakal berlaku dimasa hadapan. Justeru, objektif kajian ini akan mengenalpasti peranan serta proses pengeluaran fatwa di institusi fatwa di Malaysia, serta mengkaji cabaran yang dihadapi dalam mendepani revolusi industri 4.0. Metodologi kajian menggunakan metode kualitatif dengan menggabungkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan, makala penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati perkembangan revolusi ini telah menimbulkan pelbagai isu baharu dalam kalangan masyarakat yang memerlukan kepada resolusi dan garis panduan yang jelas dan lengkap. Implikasi kajian dalam menyelesaikan permasalahan semasa dan setempat, Institusi fatwa perlu melipatgandakan usaha dan mengatur strategi berkesan dalam menghadapi perubahan teknologi pantas bagi memastikan pengeluaran hukum senantiasa selari dengan perkembangan semasa, dinamis dan praktikal. Usaha-usaha berkenaan termasuklah meningkatkan prasarana pengurusan fatwa terutamanya prasarana teknologi, mengemaskini keanggotaan Jawatankuasa fatwa dan bergiat aktif dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R & D). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Dan Cabaran Institusi Pondok Dalam Mendepani Wabak Covid-19 Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azman Ab Rahmani ;Afaf Sukari ;Muhamad Firdaus Ab Rahman ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhd. Faiz Abd. ShakorPenularan wabak Covid-19 secara global telah memberikan impak yang luar biasa terhadap pelbagai sektor utama negara. Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan rangkaian famili virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi pernafasan sehingga menyebabkan kematian. Covid-19 boleh disimpulkan sebagai penyakit menular yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dikesan oleh manusia (KKM, 2019). Pada bulan Mei 2020, KKM telah mengesahkan beberapa institusi pondok telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalankan saringan terhadap pelajar, guru dan kakitangan akibat susulan penularan kes Covid-19 dalam kalangan peserta perhimpunan di Seri Petaling (Kluster Seri Petaling). Perkara ini telah menggusarkan banyak pihak sehingga menyebabkan beberapa buah pondok ditutup bagi menjalani rawatan pengesanan dan pemulihan penyakit Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan cabaran institusi pondok dalam mendepani wabak Covid-19. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat isu dari segi pendidikan, kesihatan dan kewangan yang dihadapi oleh institusi pondok dalam mendepani cabaran ketika wabak Covid-19. Kajian lanjutan perlu dilakukan dalam memperkasakan institusi pondok di Malaysia khususnya dalam membangunkan Model Tadbir Urus Institusi Pondok di Malaysia.