Browsing by Author "Badlihisham Mohd Nasir"
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Naratif Perang Canakkale 1915 Menurut Cerminan Sumber Primer Terpilih(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2020) ;Ezad Azraai Jamsari ;Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz ;Ermy Azziaty Rozali ;Badlihisham Mohd Nasir ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari ;Adibah SulaimanNoorsafuan Che NohMakalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber primer terpilih berkenaan Perang Çanakkale (Perang Gallipoli) yang berlaku pada tahun 1915 dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah, di samping memberi anotasi holistik kepada sumber-sumber tersebut. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti sumber-sumber primer terpilih dan anotasinya kepada Perang Çanakkale 1915. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer terpilih. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat kelompangan pada pemerolehan sumber-sumber berkaitan Perang Çanakkale 1915, khasnya dalam bahasa Melayu yang tercermin daripada perspektif anak watan. Justeru, kajian ini mengambil prakarsa untuk memfokuskan aspek analisis naratif bagi Perang Çanakkale 1915 dengan tumpuan pada beberapa sumber primer terpilih dalam bahasa Inggeris. Pencerakinan ini dilakukan secara holistik dengan penelitian anotasi terhadap bahan rujukan bagi sejarah Perang Çanakkale 1915 yang diklasifikasikan sebagai berwewenang. Analisis anotasi berkenaan dilakukan terhadap 10 bahan bagi kategori catatan perang (primer) yang dipilih secara rawak. Sumbangan kajian ini dapat memberi kemudahan dalam pencarian sumber berkaitan sejarah Perang Çanakkale 1915, khasnya dari sudut sumber primer berautoriti. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat memartabatkan bidang sejarah ketenteraan Islam, khususnya pada era ‘Uthmani kepada para pengkaji korpus sejarah dan tamadun Islam, di samping mewujudkan senarai rujukan Perang Çanakkale 1915 dalam bahasa Melayu bagi mengisi kelompangan yang dinyatakan sebelum ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaksanaan Perkhidmatan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam (DPMKI) di Bawah Kepimpinan Organisasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2013-12-03) ;Khairul Fauzi AzmiBadlihisham Mohd NasirDi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), perkhidmatan hal ehwal Islam khususnya bagi pelaksanaan pembinaan mental dan kerohanian Islam tidak diabaikan, bahkan peranan berkenaan diambil tanggungjawab secara khusus oleh salah satu Kor dalam Tentera Darat yang dikenali dengan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Role Of Islamic Movements In Enhancing Dakwah Work: The Malaysian Experience(Universiti Sains Malaysia, 2019-08) ;Badlihisham Mohd Nasir; Norhidayu Muhamad ZainDaʿwah work was one of the main means that helped spread Islam throughout the Malay Archipelago. The advent of Islamic resurgence in 1970s that came along with the emergence of influential Islamic movements had transformed the daʿwah work to become more sophisticated. This paper attempts at understanding the relationship between the traditional daʿwah work and the Islamic movements in Malaysia before looking indepth at the development of Islamic movements in establishing and improving daʿwah methodology and institutions. Findings reveal that the Islamic movements played a very significant role in reforming daʿwah work. They had introduced an alternative system in daʿwah work that had been manifested either in their own private institutions or through advocacy of daʿwah work policies as well as in its implementation within the existing daʿwah work. The findings also prove that the differences in political ideology were not a major obstacle for them in developing daʿwah work in the country. In conclusion, despite the varied understanding and approach of Islamic movements, their contribution in developing the nation through daʿwah work is significant. Overall, the Islamic movements now have to improve the quality of their daʿwah work and learning process in order to face current challenges and obstacles. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Awal Terhadap Modul Teras Fiqh Forensik Bagi Kegunaan Pegawai-pegawai Syariah Di Malaysia(Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2019); ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib ;Muhammad Hazim Ahmad ;Badlihisham Mohd NasirMohamad Amir Wan HarunThe advancement in the field of forensic science highly affects the legal and enforcement field. As for the Shariah law, Syariah officers in Malaysia face challenges in controlling scientific-based exhibits and evidence. This has been seen as a result of lack of exposure, knowledge and comprehensive training in evidencing procedures using scientific-based qarinah. This preliminary study discusses the proposal to establish fiqh forensics fundamental module for the use of Syariah officers in Islamic legal institutions in Malaysia. This qualitative study applied inductive and deductive approaches in obtaining general and specific conclusion from primary and secondary sources. The findings show that there is a need to propose for the development of a specific module to empower human capital which includes enforcement, shariah prosecutors, judges and registrars within the integration framework of forensic science integration and fiqh based on the concept of 'fiqh forensics'. As such, this study addresses the proposed development of the fiqh forensics fundamental module for the use of shariah legislation. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Uslub Dakwah dalam Diwan Imam Shafie(Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015) ;Siti Rugayah Tibek ;Khazri Osman ;Badlihisham Mohd NasirAhmad Irdha MokhtarPuisi bukan sekadar bait-bait yang dipersembahkan bagi tujuan hiburan, bahkan mempunyai peranan yang penting dalam dunia dakwah. Ungkapan yang terdapat dalam sesebuah puisi melambangkan pemikiran dan peribadi penciptanya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslūbdakwah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfi’ī, salah seorang ulama dan dāᶜiyang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Beliau gigih berdakwah memberi kefahaman kepada umatIslam melalui lisan dan tulisan. Puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai dakwah dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terkandung dalam DīwānImam Shāfi’ī dianalisis untuk mengenal pasti uslūbdakwah yang terkandung dalamnya. Hasil kajian ini mendapati antara uslūbdakwah yang terdapat dalam puisi beliau ialah uslūbjenaka, mengelak berdebat dengan orang yang kurang cerdik, berdebat dengansopan dan membalas keburukan dengan kebaikan.