Browsing by Author "Bharuddin, A.S."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Kemasyarakatan Muslim dengan Non-Muslim Mengikut Perspektif Maqasid Syariah di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Zahalan, N.M.H. ;Abous, M.Bharuddin, A.S.Artikal ini membincangkan mengenai pandangan Al-Quran dan As-sunnah dalam meraikan hubungan antara muslim dengan non-muslim dalam kerangka Maqasid Syariah Di Malaysia. Kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia merupakan satu keunikan dan ia juga satu nikmat yang tidak terhingga. Toleransi yang terdapat dalam Agama Islam menyebabkan hubungan kemasyarakatan dapat dibina dengan baik, ia membolehkan kita saling hormat menghormati antara satu sama yang lain serta ia juga salah satu bukti kehebatan dan keagungan Allah yang menciptakan manusia dari pelbagai jenis rupa, bentuk dan budaya. Maka dengan memahami objektif Islam dalam hubungan kemasyarakatan, ia bakal mewujudkan kesatuan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, yang mana ia saling melengkapkan diantara mereka bagi tujuan keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara. Perbezaan agama bukanlah menjadi penyebab akan kemunduran sesebuah negara, malahan Islam tidak pernah menghalang untuk mereka mempraktikan apa yang mereka yakini dan anuti. Ia berdasarkan Firman Allah "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku"(Al-Kafirun: 6). Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana hubungan kemasyarakatan muslim dengan non-muslim di Malaysia. Kajian ini juga akan menggunakan metod perpustakaan dan menjadikan kitab-kitab yang mu’tabar sebagai rujukan. Hasil dapatan kajian akan dicadangkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan agar dibuat satu dasar yang boleh menjaga pepaduan kemasyarakatan.