Browsing by Author "Faizahani Ab Rahman"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Model Resiliensi Terhadap Usahawan Oku Ke Arah Pembentukan Perniagaan Lestari(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2022) ;Marini Kasim ;Faizahani Ab Rahman ;Nazahah Abd RahimRosnia MasrukiOrang Kurang Upaya (OKU) merupakan individu yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria. Apabila OKU berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Cabaran dan tekanan hidup sebagai OKU adalah sangat tinggi terutamanya bagi individu yang dilahirkan sempurna. Perkaitan OKU dengan kesusahan dan kemiskinan sangat rapat kerana ketidakupayaan mereka untuk mengurus diri, menjalankan perniagaan atau mencari pekerjaan bagi memperoleh pendapatan. Kecekalan dan kekuatan untuk bangkit semula oleh seseorang individu yang dilanda musibah atau bencana menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mempunyai resiliensi yang tinggi. Kajian ini mengaplikasikan Model Resiliensi yang boleh digunakan sebagai garis panduan bagi membantu meningkatkan resiliensi dalam kalangan usahawan OKU. Dapatan kajian memfokuskan terdapat faktor pelindung luaran (sokongan sosial, intervensi psikologi, kemudahan awam dan sumber inspirasi) dan faktor pelindung dalaman (keagamaan, motivasi belajar, kesedaran sokongan komuniti dan identiti kendiri) yang mempengaruhi tahap resiliensi usahawan OKU. Oleh yang demikian, kajian ini dipercayai dapat membantu usahawan OKU sendiri terutamanya ke arah perniagaan yang lestari, manakala bagi pihak berwajib yang terlibat seperti Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat untuk meningkatkan peranan mereka dalam memantapkan lagi ekosistem mesra OKU. Kajian empirikal di masa depan mampu memantapkan lagi model resiliensi yang dicadangkan dalam kajian ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Students’ Perceptions Of French Vocabulary And The Effects On Their Choice Of Metacognitive Strategy Components(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-11-02) ;Ajhar Ahmad ;Wan Iman Wan Salim ;Shobehah Abdul Karim ;Akma Azlin Mohd ZainFaizahani Ab Rahman